❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞
•inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna'
•not a typical love story
Start:...
Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Masing-masing terkejut dengan tindakan Jennie yang secara tiba-tiba memeluk Kai itu. Kai pun lagilah, matanya membulat sebaik sahaja Jennie menyebut nama sebenarnya.
Itu belum lagi dengan reaksi yang diberikan oleh Jinyoung dan Jisoo. Kedua-dua pekerja hotel itu ternganga sehingga lalat hampir masuk ke dalam mulut mereka berdua. Nasib baik mereka sempat menutup mulut kalau tidak ish ish ish ish.
Jennie melepaskan pelukan pada badan Kai. Wajah milik dua orang pekerjanya beserta Yoongi dan Rowoon direnung tajam. “Keluar.” arahnya tegas. Serentak dengan itu, Jisoo dan Jinyoung terus menarik badan Yoongi dan Rowoon keluar dari bilik itu.
Seram apabila melihat wajah Jennie sewaktu memberikan arahan itu tadi. Sudah serupa macam rupa pembunuh bersiri sahaja. Pintu bilik pejabat Jennie kemudian ditutup oleh Jinyoung meninggalkan Jennie dan Kai berseorangan di dalam bilik itu.
Jennie mengalihkan wajahnya kembali memandang Kai.
“Kim Jongin.”
“Kim Jongin.”
“Kim Jongin.”
Sebut Jennie berulang kali. Mukanya ceria sahaja sewaktu menyebut nama Kai itu. Tangannya naik menyentuh wajah Kai pula. Pipi Kai disentuh lembut.
“K–Kenapa baru sekarang saya ingat awak? After 50 years. Mianhae.”
Kai kembali memeluk tubuh Jennie. Kepala milik Jennie diusap lembut. “Bukan salah awak, Jennie–ahh.” sayu sahaja suara Kai menuturkan ayat tersebut.
“Walau 1000 tahun awak tak ingat saya, saya tetap akan ingat awak. Sudah menjadi hukuman kepada grim reaper yang ingatan kami tidak akan dipadamkan.”
“Tapi awak terseksa sebab saya kan?” Jennie memotong kata-kata Kai. Dia melepaskan pelukan Kai lalu matanya merenung mata Kai.
“Awak terseksa kerana asyik mengingati memori buruk itu. Tak macam saya, semua memori saya dipadamkan oleh Dewi Mago tak guna tu.” ujar Jennie sambil mengutuk Dewi Mago.
Kai hampir tergelak apabila Jennie mengutuk Dewi Mago. Sempat lagi dia.
“Bukan salah dia, dia hanya menjalankan tugas dia sahaja.” lembut sahaja Kai memberi nasihat kepada Jennie. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis.
“Awak akan bebas sebaik sahaja Inspektor Kim meninggal dunia. Lagipun, dia sedang berada di hospital dan keadaannya sangatlah kritikal.” beritahu Kai.
“How about you?”
“Saya perlu selesaikan kes Chaeyoung dan Lisa terlebih dahulu. Kemudian, baru saya bebas.” balas Kai.
“Chaeyoung dan Lisa?” soal Jennie. Dahinya dikerutkan. Dia pelik.
Apa kena mengena kes Chaeyoung dan Lisa dengan tugas Kai sebagai grim reaper?
Lagipun Chaeyoung dan Lisa langsung tiada kena mengena dengan mereka berdua melainkan hubungan sekadar majikan dan pekerja.
Kai mengeluh lemah. Nampaknya rahsia pembunuhan Chaeyoung dan Lisa perly diberitahu pada Jennie juga. Kalau tidak sampai bila dia perlu merahsiakan perkara ini.
“Chaeyoung dan Lisa dibunuh—”
“Yes, I know about it.”
“—Oleh orang yang sama.”
° ° ° ° °
“Terima kasih, sila datang la—” kata Chaeyoung tanpa sempat menghabiskan kata-katanya apabila melihat wajah Rowoon dan Yoongi yang melalui meja penyambut tetamu untuk keluar dari situ.
Dua orang pegawai polis itu melangkah keluar dari hotel mempedulikan Chaeyoung langsung.
Manakala mata Chaeyoung sudah berkaca. Badannya juga menggigil sebaik sahaja melihat wajah individu yang telah membunuhnya.
Dia mengenggam penumbuknya. Secara perlahan-lahan, dia mengikuti dua orang pegawai polis itu dari arah belakang. Tubuh badannya juga sengaja dihalimunankan.
Dia tersenyum sinis. Peluangnya untuk membalas dendam berada di hadapan matanya jadi mengapa dia perlu mensia-siakan peluang tersebut?
Rowoon dan Yoongi meloloskan diri mereka ke dalam badan perut kereta. Begitu juga dengan Chaeyoung. Dia meloloskan badannya ke dalam kereta tanpa perlu membuka pintu kereta. Tempat duduk bahagian penumpang belakang diambil.
Dia bertekad, pada hari ini dia akan menyebabkan kemalangan ngeri agar pembunuhnya mati.
__________
To be continue....
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]