0 3🍕

46 7 0
                                        

“ Don't do it again

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Don't do it again. Awak terselamat kali ini disebabkan saya ”ujar Jennie. Wajah Lisa direnungnya.

“ Nasib baik saya sempat datang. Kalau tidak, sudah tentu awak sudah dihapuskan sekarang ini ”

Lisa hanya menundukkan kepalanya ke lantai, tidak berani rasanya dia mahu bertentang mata dengan pemilik hotel ini.

Dia hampir membuat masalah besar yang bakal memusnahkan dirinya. Nasib baik Jennie sempat menyelamatkan dirinya. Kalau tidak dia perlu ucap selamat tinggal untuk dilahirkan semula.

“ Oh ya. Lagi satu, awak pasti lelaki itu yang membunuh awak? ” soal Jennie.

Pandangannya ditumpukan sepenuhnya pada Lisa. Dia ingin tahu tentang pembunuh gadis ini.

Lelaki tempoh hari merupakan seorang polis. Takkanlah seorang polis sanggup membunuh seorang gadis.

He's a police. Takkanlah dia sanggup nak bunuh awak ” sangkal Jennie. Sebelah matanya dijongketkan, meminta kepastian daripada Lisa.

Lisa tergamam dengan kata-kata Jennie. Jennie seperti tidak mempercayai semua kejadian yang menyebabkan dia terbunuh.

Do you want to know something? Kadang kala memori roh akan bercampur baur. Mereka tidak ingat sesuatu kejadian dengan teliti. Dan saya rasa awak tergolong dalam golongan tersebut— ”

“ —Mungkin awak pernah berjumpa dengan polis tersebut lalu menganggap polis itu yang membunuh awak. Sedangkan tidak ” kata Jennie lagi. Tangannya disilangkan di dada. Matanya tetap merenung Lisa untuk meminta jawapan.

Lisa tercengang dengan kata-kata Jennie. Kepalanya digelengkan laju.

Ingatannya tidak salah sama sekali. Dia masih ingat lagi ketika lelaki itu menikam perutnya berkali-kali sehingga dia putus nafas. Lelaki seperti itu layak digelar binatang berbanding manusia!

“ Tak. Ingatan saya tak salah. Memang dia yang bunuh saya! ” kata Lisa dengan yakin. Dia membalas renungan mata Jennie.

Jennie berdecit. Jari-jemarinya mengurut pelipis kepalanya.

Dia pasti ingatan Lisa silap!

Kenapalah roh di hadapannya degil sangat. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengurung roh ini di dalam sebuah bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya, makanan, minuman dan keselesaan.

Tetapi bila mengingatkan dia perlu memberikan keselasaan kepada pelanggan bagi menjamin kehidupannya selepas ini, dia perlu membatalkan niatnya ini.

Jennie memejamkan matanya. Nafas ditarik dan dihembus sebagai salah satu cara untuk menenangkan dirinya.

Seusai itu, matanya kembali memandang Lisa.

“ Baiklah Cik Lisa. Saya akan siasat perkara ini. Jadi, Cik boleh berehat dahulu ” arah Jennie. Tangannya dihalakan ke arah pintu, menunjukkan Lisa laluan keluar.

Lisa mencebik. Dia tahu Jennie malas mahu melayannya. Jadi gadis itu menghalau dirinya.

Tanpa berseloroh, Lisa melangkah beredar dari situ.

Jennie menghembus nafas lega. Nasib baik roh itu jenis yang mengikut kata, kalau jenis yang degil. Memang mahu kena hempuk dengan dirinya!

_____________

Kai melihat sekeping kad yang berada di tangannya. Kad tersebut dibaca.

“ Kim Juwon. Berumur 30 tahun. Mati akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya. ” katanya tanpa sebarang perasaan. Lelaki yang berada di hadapannya dilihat.

“ Itu awak bukan? ” soal Kai. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

Dahi lelaki itu berkerut memandang Kai, tidak faham dengan apa yang baru diperkatakan oleh Kai.

“ Rasanya awak salah orang. Memang nama saya Kim Juwon. Tapi saya masih hidup ” ujar Juwon. Dia tersenyum apabila menuturkan ayat tersebut. Matanya kembali berfokus pada dua buah kereta yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya?
Dia sudah mati?
Kemerapuan apa yang sedang berlaku ini?

Memang dia sedang menyaksikan tempat kejadian kemalangan tersebut. Tetapi dia masih hidup.
Buktinya, dia masih berdiri utuh di situ tanpa sebarang kecederaan.

Kai mengeluh kecil mendengar kata-katw Juwon. Dia hanya berdiri di belakang lelaki itu sehingga lelaki itu sedar dengan kematiannya.

Juwon melangkah semakin ke hadapan, ingin melihat mangsa kemalangan tersebut. Secara tiba-tiba matanya tertacap pada seorang lelaki yang berada di tempat bahagian pemandu sebuah kereta.

Lelaki tersebut mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kepala dan seluruh badannya.

Badan Juwon menggigil seketika apabila melihat dirinya.

Kai melangkah setapak ke hadapan. Dia berdiri di samping Juwon.

“ Itu awak Kim Juwon. You are already dead

Juwon jatuh terduduk. Tubuhnya yang berada di dalam kereta itu dilihat lama.

Follow me. You must go somewhere else ” arah Kai. Juwon bangun dari duduknya secara perlahan-lahan.

Wajah Kai dilihat. “ Pergi ke mana? ”

“ Hotel Pink Moon ”

° ° ° ° °
To be continued

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

🖤❤️

[C] Another DayWhere stories live. Discover now