1 4🍕

25 3 0
                                        

“S–Saya nampak dia bunuh perempuan tu, inspektor Kim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“S–Saya nampak dia bunuh perempuan tu, inspektor Kim.” beritahu Jennie tergagap-gagap, mungkin masih terkejut dengan kenyataan yang teman lelakinya telah membunuh seseorang di hadapan matanya.

“Awak pasti dia adalah Kim Jongin?”

Jennie menganggukkan kepalanya laju tanda ‘ya’. Lelaki yang digelar inspektor Kim itu mengeluh lemah. “Baiklah, pihak kami akan tahan dia pada malam ini.”



Jennie tersedar dari lenanya. Dia bangun dari pembaringannya. Mimpi itu lagi!

Jennie mengeluh lemah. Dalam fikirannya, dia hanya memikirkan wajah lelaki yang bernama Jongin itu.

Mengapa, mengapa nama itu agak biasa dengan dirinya. Jennie seperti tidak kekok apabila mendengar nama itu.

“Jongin..” sebut Jennie perlahan. Seusai itu, kepalanya terus sakit mencucuk-cucuk.

“Argh argh.” Jennie mengerang kesakitan. Dia tidak pernah berasa sakit sebegini semenjak 50 tahun lalu. Tetapi mengapa apabila dia menyebut nama itu, kepalanya terus berasa sakit?

Sakit yang mencucuk-cucuk pula tu!

Saya tak bunuh dia, Jennie.”

Jebal, percayakan saya.”

Jennie menutup matanya. S–suara itu. Suara itu lagi.

“Jennie–ahh, sekurang-kurangnya kalau saya mati saya tak perlu menghadapi kecaman daripada orang ramai.”


K–Kenapa suara itu agak familiar? Sepertinya suara itu baru didengari oleh Jennie selama beberapa hari ini.

Jennie sedaya upaya cuba mengingati suara semua orang yang dikenali walaupun kepalanya masih terasa sakit.

“Argh Argh.”

Jennie jatuh terduduk kerana tidak sanggup menahan sakit kepalanya yang dihadapinya. Dia akhirnya jatuh terkulai di lantai biliknya. Penglihatannga mulai kabur.

Bang!

Pintu biliknya secara tiba-tiba dirempuh dari luar. Kelihatan seorang lelaki berlari ke arah Jennie dalam keadaan yang kelam kabut.

Lelaki itu menarik Jennie masuk ke dalam dakapannya. “Jennie, Jennie–ahh.” panggil lelaki itu. Sambil-sambil itu tangannya menepuk pipi tembam Jennie secara perlahan-lahan.

S–suara itu. Suara yang sama seperti di dalam mimpinya.

Jennie cuba untuk melihat wajah lelaki itu dengan teliti tetapi hampa. Penglihatannya masih kabur.

“J–Jongin?” hanya nama itu sahaja yang keluar daripada mulut Jennie sebelum gadis itu pengsan.

° ° ° ° °


“Rowoon, bos suruh kita siasat sebuah hotel yang terletak di persimpangan jalan berdekatan dengan kafe yang kau selalu pergi tu.” kata Yoongi secara tiba-tiba.

Rowoon yang sedang menyemak dokumen segera mengangkat wajahnya memandang Yoongi. “Kenapa tiba-tiba ni?” soal Rowoon sambil mengerutkan dahinya.

Rowoon pelik. Secara tiba-tiba sahaja Tuan Kim menyuruh mereka menyiasat tentang hotel itu. Sudahlah keadaan hotel itu agak menyeramkan. Lagilah dia takut untuk menyiasatnya.

“Tuan Kim kata ada perkara pelik yang terjadi di sana, jadi dia suruh kita pergi menyiasat tentang.”

Rowoon mengerutkan pelipisnya. Kes pembunuhan Lisa pun tidak selesai lagi. Sekarang ditambah dengan satu lagi kerja.

Haishhh. Penat.
Rowoon penat bekerja sebagai seorang pegawai polis.

Rowoon tahu dia tidak sepatutnya mengeluh memandangkan semua ini memang tugas seorang pegawai polis.

Rowoon mengeluh. Dia bangun dari duduknya. “Jomlah, kita pergi. Cepat pergi, cepat siap.” ajak Rowoon. Dokumen-dokumen yang berada di atas meja berkenaan kes-kes yang diuruskannya dikemas. Tangannya kemudian mencapai kunci kereta yang berada di atas mejanya.

Rowoon melangkah keluar dari balai polis itu bersama dengan Yoongi disampingnya. Destinasinya cuma satu iaitu ‘Hotel Pink Moon’.

______________

To be continue...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now