❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞
•inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna'
•not a typical love story
Start:...
Jennie membuka matanya secara perlahan-lahan. Matanya silau disebabkan cahaya-cahaya yang memasuki ruang matanya.
Dia mengerutkan dahinya ketika membuka mata. Keadaan tempat ini teramatlah silau bagi matanya!
Setelah beberapa saat, matanya dapat menyesuaikan dengan cahaya yang berada di sekeliling. Kelopak matanya dibuka dengan luas.
Selepas itu, bebola matanya bergerak-gerak melihat keadaan sekeliling. Keadaan yang sungguh aneh bagi dirinya ketika ini.
Tempat ini seperti di dalam bilik. Bukan bilik yang kecil tetapi bilik yang tersangatlah besar.
Bilik tersebut dipenuhi dengan perabot-perabot yang antik tetapi cantik di mata Jennie.
" Ah! " jerit Jennie perlahan apabila teringat kejadian yang sudah berlaku sebentar tadi. Badannya dibelek-belek.
Kakinya kemudian melangkah mendekati sebuah cermin besar yang terdapat di penjuru bilik. Mukanya dibelek. Badannya juga dipusingkan di hadapan cermin itu buat beberapa kali untuk melihat sebarang perubahan yang terdapat pada badannya.
Tetapi hampa. Dia tidak mempunyai sebarang kecederaan langsung!
Dia dan lelaki itu terjun dari bangunan bersama-sama tetapi mengapa badannya tidak mempunyai sebarang kecederaan langsung?
Dan seperkara lagi, di manakah lelaki itu berada?
Jennie mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang pelik dan luar biasa sedang berlaku sekarang ini.
" Kamu dah sedar? " tegur seseorang secara tiba-tiba. Suaranya seperti suara wanita tua.
Jennie menolehkan kepalanya ke arah suara tersebut.
Kelihatan seorang wanita tua bersama seorang lelaki muda di sampingnya.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Jennie memegang kepalanya apabila kepalanya terasa sakit secara tiba-tiba.
" Ah! " Jennie menjerit kesakitan sehingga menyebabkan dia terduduk.
Kesakitan pada kepalanya sekarang ini terasa seperti kepalanya sudah pecah.
" omoomo! " jerit wanita tua itu. Dia berlari mendapatkan Jennie. Riak wajah risau ditunjukkan pada Jennie seperti dia kisah akan keadaan gadis itu.
Tangannya kemudian menghulurkan sebotol kecil minuman kepada Jennie.
" Minum ini. Ia dapat menghilangkan sakit pada kepala kamu " kata wanita tua itu.
Jennie mengambil minuman tersebut tanpa teragak-agak. Minuman tersebut diminum dengan rakus.
Dia berharap agar kesakitannya akan hilang selepas ini.
Tetapi sangkaannya meleset, kepalanya lagi bertambah sakit.
Jennie memegang kepalanya dengan lebih kuat kali ini. Kepalanya didongakkan memandang wanita tua itu.
Wanita tua itu tersenyum melihat keadaan Jennie itu.
Jennie terasa seperti dirinya sudah diperangkap!
Wanita itu mahu membunuh dirinya. Tebak Jennie.
" Kau bagi aku minum air apa tadi? " soal Jennie dalam kesakitan. Matanya tajam merenung wanita tua itu.
" Awak akan lupakan semua perkara buruk yang telah berlaku pada awak termasuklah kejadian tadi. You will forget all about it " ujar wanita tua itu.
Lelaki yang berada di sampingnya dilihat sekilas. " Soo Hyun. Tugas awak dah tamat. Mulai hari ini dia akan menjadi pemilik Hotel Blue Moon yang baru " ucap wanita tua itu lagi.
Lelaki yang bernama Soo Hyun itu menanggalkan cincin yang berada di jarinya. Kemudian cincin tersebut disarungkan pada jari Jennie.
" Mulai sekarang tiada lagi Hotel Blue Moon, hanya ada Hotel Pink Moon. Dan pemiliknya adalah kamu, Kim Jennie "
Jennie mengerutkan dahinya.
Perkara pelik apa yang wanita tua ini katakan?
Dia langsung tidak memahami satu apa pun!
" Welcome Kim Jennie to our Hotel Pink Moon family! Hotel persinggahan roh sebelum pergi ke seberang "
______________
To be continued...
So macam mana dengan chapter ni? Ok tak?
[ Sila tekan like atau komen kalau anda rasa ff ni best ]