5

64 5 0
                                    

Kath masuk ke ruangan introgasi itu. Brent masih duduk di ruangan itu memandang kath. Aura yang ditunjukkan kath lebih dingin daripada julia yang sememangnya dingin. Brent terdiam seketika memandang wajah serius kath.

Mata kath memandang tajam brent. Brent yang melihat tatapan tajam dan dingin dilemparkan kath kepadanya hanya diam. Dia juga turut membalas pandangan kath dengan tatapan dinginnya.

"macam mane korang boleh sampai sini" - sekali lagi soalan itu diajukan.

"dah 8 kali korang tanya soalan ni pada kami. Memangnya apa yang korang cuba korek daripada kami" - kath bersuara dingin.

Brent dihadapannya mengerutkan dahinya. Memang dia mendengar apa yang dikatakan rakan-rakannya itu?

Philip yang melihat di sebalik cermin itu juga turut hairan. Selama ini dia memerhati mereka, kath lebih banyak diam dan tidur di dalam sel nya. Dia tidak turut serta dalam perbualan rakan-rakannya itu.

"korang pelik kenapa kitaorang boleh sampai sini bukan?" - ujar kath lagi.

Soalan mendadak kath sukses membuat mereka terkejut. Bagaimana gadis itu mengetahui apa yang mereka fikirkan.

"aku tahu korang curiga dengan kehadiran kami. Korang pun pelik juga bukan kenapa kami tidak mengalami kecederaan apa pun di luar sana sedangkan ratusan manusia sudah pun terinfeksi." - tenang sahaja kath menyoal kembali mereka.

Brent yang di hadapan kath turut terkejut dengan pernyataan dilemparkan kath. Brent memandang cermin di tepinya begitu juga dengan kath.

" inikan yang bermain dalam fikiran kamu jeneral philip"-riak wajah dingin kath memandang ke cermin membuat mereka cukup heran dengan gadis itu.

Bagaimana gadis itu mengetahui tentang philip dan bagaimana wanita itu tahu siapa di balik kaca cermin itu.

"macam mane kau tahu?" - brent bersuara dia terkejut dengan gadis di hadapannya ini.

"kenapa? Memang aku tak boleh ke tahu pasal korang ke tuan brent?" - kath memandang brent.

Brent terdiam mendengar nama ye di sebut. Bagaimana wanita ini mengenali dirinya. Mereka hanya dikurung di ruang bawah tanah itu dan ini kali pertama mereka bertemu. Mengapa gadis dihadapannya ini mengetahui namanya?

Klik...

Pintu terbuka memperlihatkan philip di depan pintu membuatkan brent segera bangun dan menunduk hormat, memandangkan philip ini merupakan atasan mereka. Philip mendekati brent dan berbisik kepada brent. Brent hanya mengangguk dan keluar daripada ruangan tersebut.

Kini philip sendiri berhadapan dengan gadis di hadapannya ini. Raut wajah dingin kath di pandang ye. Dia kagum dengan kecantikan wanita itu miliki tetapi dia merasa sesuatu yang janggal terhadap wanita itu.

"apa yang kau cakap tu memang betul. Apa yang kitaorang fikirkan tentang korang semuanya betul. Jadi ye aku nak kau jawab semua persoalan tu." - ujar philip tegas.

"semua persoalan tu aku boleh ceritakan tapi dengan satu syarat" - wajah dingin kath masih terlihat.

"apa dia?" - philip juga tidak kalah dingin.

"lepaskan dorang semua daripada sel tahanan tu" - jawab kath dingin.

"tu tak boleh. Korang masih dalam pemantauan baru seminggu korang dalam tu kenapa tergesa-gesa nak keluar" - suara philip kedengaran seperti marah.

"ok then" - kath diam di tempatnya dan hanya memandang wajah kacak philip.

Philip melihat kath yang memandangnya, kath hanya diam tanpa bersuara sedikit pun membuatkan dia frustasi dengan gadis di hadapannya ini. Ini lebih teruk daripada julia.

surviveWhere stories live. Discover now