18

44 2 0
                                    

Sambungan flashback..

"esok kau akan sebarkan vaksin lagi ke?" - soal kayl.

Kath mengangguk.

"aku nak ikut." - ucap percy bersemangat.

"aku pun!" - ucap jane.

"boleh juga la aku nak join" - ucap kayl.

"tak boleh bahaya nanti" - ujar kath dengan nada kerisauan.

"tak. Kitaorang akan jaga diri kitaorang. Boleh laa kath." - pujuk percy.

"ye do. Kau pun dah tipu kitaorang kan pasal semua ni. So kau tebus balik dosa kau dengan bagi kitaorang ikut." - ucap jane.

"amboi" - kath memandang jane atas bawah dia mencekak pinggangnya.

"ala boleh la kath. Kitaorang pun nak juga tolong." - ucap kayl.

Kath banyak kali menolah untuk mereka ikut serta tetapi percy, jane dan kayl tidak habis-habis memujuk kath untuk membawa mereka sekali membuatkan kath mengeluh.

"ok ok. Aku bawa. Puas hati?" - ucap kath.

End flashback..



Mereka mula bergerak meninggalkan bangunan yang menjadi markas mereka. Diana seperti biasa memimpin perjalanan mereka. Mereka sampai di suatu kota. Kelihatan kota itu sudah porak peranda tiada orang yang terlihat begitu juga zombie. Tiada satu pun terlihat membuatkan mereka semua kehairanan. Mereka sudah terpisah dan mengambil port masing-masing. Diana memberhentikan motor berkuasa tingginya di tengah - tengah jalan raya itu. Diana melihat sekeliling kawasan tersebut.

"kak, nampaknya dorang dah mengalami peningkatan." - ucap diana ke walkie talkie miliknya.

Kath dan julia yang memahami itu mula mengeluh. Mereka tahu benda ini akan terjadi bila dibiarkan lama.

"cari cara bagi mereka keluar. Vaksin ni tk akan berfungsi kalau mereka tak berkumpul." - ucap kath.

Diana menghidupkan enjin dia kembali. Bunyi enjin motor berkuasa tinggi diana itu memang bising dan boleh menyebabkan para zombie itu keluar tetapi tiada satu pun zombie keluar ketika itu.

" kath ade 3 zombie dekat sini"- ucap percy di walkie talkie.

" pancing mereka keluar" - balas percy.

"kayl jaga kereta" - percy keluar daripada kereta yang dinaiki mereka berdua.

Percy mula memperlihatkan dirinya di hadapan 3 zombie itu membuatkan zombie itu mendekatinya. Percy berlari daripada serangan para zombie itu dan ya percy berjaya memancing para zombie keluar daripada tempat persembunyiaan mereka. Mereka mula mengejar percy. Kayl yang melihat itu mula berasa risau dengan percy yang terpaksa berlari daripada menghindari para zombie.

Percy berlari sehingga ke tempat diana yang ada di tengah-tengah jalan raya. Percy sudah kelihatan penat kerana sudah jauh dia berlari. Diana sudah sedia dengan motornya. Percy dengan segera melompat naik ke motor berkuasa tinggi milik diana. Diana dengan cepat menjalankan motornya. Para zombie juga tidak ketinggalan mengejar mereka boleh dilihat para zombie ini sudah mula menujukkan peningkatan dengan kelajuan berlari mereka yang boleh dikatakan tak berada jauh daripada motor berkuasa tinggi diana.

Diana membuat pusingan u bagi membawa balik para zombie ke tengah kota. Di sana sudah ada yang lain bersedia dengan gas asap yang mereka akan lepaskan kepada para zombie.

"ana, hati-hati dekat depan" - ucap percy dengan risau.

Di hadapan sudah ada beberapa zombie menghalang jalan mereka. Diana tidak gentar dengan zombie yang ada. Dia mempercepatkan lagi lajuan motornya sehingga 250kmj boleh dikatakan kelajuannya boleh membuatkan mereka dalam bahaya kalau diana tidak dapat mengawal ye. Mereka semakin hampir dengan sekumpulan zombie tersebut dan yah! Kelajuan motor diana hampir membuat mereka hampir kemalangan kerana diana menghindari zombie yang ada di hadapan.

surviveWhere stories live. Discover now