1

152 6 2
                                    

Kelihatan katherina dan julia memasuki perkarangan sekolah. Mereka terlihat lesu pada pagi itu memandangkan hari ini merupakan hari isnin membuatkan mereka sangat tidak bermaya untuk menuju ke sekolah.

"Hey lia kau asal?" - ujar oli

Julia hanya memamerkan riak wajah bosan lalu meninggalkan rakan-rakannya di belakang.

"Lia!! Kau tinggalkan kitaorang macam tu je. Kalau aku tahu aku tak tunggu kau" - kata ria sambil mengejar langkah lia yang kian menjauh

"Hm adik aku tak pernah nak berubah" - ujar kath yang melihat sahaja tingkah laku adiknya bersama rakan-rakannya itu.

Kath meneruskan langkahnya ke kelas.

"Yow kath lambat harini kau datang. "- ujar kayl yang memang selalu datang awal ke sekolah.

"Emmm adik akulah terhengeh-hegeh betul" - balas kath yang mendekati tempat duduknya yang berada di belakang tempat duduk kayl.

"mana percy? Lambat ye dia harini?" ujar kath yang melihat kayl yang ada dihadapannya itu.

"entahlah. Nanti kejap lagi dia datanglah tu" - balas kayl yang memusingkan kembali badannya ke hadapan.

"emm panjang umur dua ekor tu baru je sebut" - kayl bersuara membuatkan kath memandang ke pintu kelas.

Jane dan percy sudah pun tiba di kelas. Mereka segera mengambil tempat dimana percy duduk disebelah kayl dan jane disebelah kath.

"hai buat apa tu?" - tegur jane kepada kath yang sedang membeluk buku novelnya itu.

"ni tengah gali kubur ni. Tak nampak ke?" - ujar kath sinis.

"ish kau ni. Tak pernah nak jawab elok-elokkan bila aku tanya" - balas jane yang menunjukkan wajah cemberutnya.

"kalau iye pun jane janganlah jadi bodoh sangat dah sah-sah kath baca novel. Kau tanya lagi kenapa? - ujar kayl yang kini sedang berdiri berhadapan dengan jane.

Jane hanya diam dan menjeling. Sakit betul hatinya dengan rakan-rakannya ini. Jane kembali ke tempat duduknya begitu juga kayl apabila melihat guru mereka sudah memasuki kelas.

Jam 11 pagi

"wey kita kena pergi makmal komputer sekarang" - ujar kayl yang tangannya ligat mengemas buku-buku di mejanya.

"yeke? Siapa yang suruh kita pergi sana?" - balas jane memandang curiga kepada kayl.

"iye. Cikgu mulut besar tu yang suruh kita pergi makmal komputer tu kata ada tugasan nak buat" - balas percy dengan selamba.

"wey HAHAHAHAHA mulut besar. Bengonglah kau, cikgu tu. Tak berkat ilmu nanti" - kath tertawa mendengar kata-kata percy

"apa? Memang betulkan mulut dia besar. Bosan aku dengar bebelan dia hari-hari" - balas percy dengan nada menyampah.

"percy, percy. tak baik cakap macam tu. Dia tetap cikgu kita" - balas jane dengan nada ayu.

"hm pape jelah. Dah jom kita gerak" - percy mula melangkah keluar daripada kelas dan diikuti kath, jane dan kayl.

4 sekawan itu sangat riuh berborak ketika melewati jalanan di tingkat 2 yang sepi itu. Jalanan itu sangat sepi ketika itu hanya ada mereka sahaja. Tiba-tiba mata kath terarah ke bawah dimana dataran mereka berada. Kath menghentikan langkahnya dan memandang dengan tajam sosok tubuh yang berjalan di tengah-tengah dataran dengan langkah yang longlai seperti orang yang sedang mabuk.

surviveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang