3

72 5 0
                                    

"kak, nampaknya minyak dah nak habis ni." - ujar julia yang kelihatan mula cemas.

"tak apa berhenti dekat petronas yang terdekat" - balas kath dengan tenang.

Kelihatan bar minyak sudah tinggal dua. Sudah sejauh 40 km mereka bergerak daripada sekolah mereka membuatkan minyak kereta mereka tinggal sedikit. Setelah 5 minit akhirnya mereka menjumpai petronas untuk mereka mengisi minyak kereta tersebut. Julia memparking kereta di petronas tersebut dan turun dengan berhati-hati diikuti kath, jane, kayl dan percy yang kebetulan mereka di tempat duduk yang paling senang keluar. Masing-masing sudah memegang senjata masing-masing. Julia dan jane memasuki petronas, percy dan kayl berjaga diluar kedai petronas tersebut manakala kath tunggu di tangki minyak kereta. Julia perlu mengatur pembahagian minyak yang perlu mereka keluarkan di tangki bernombor 3 dimana kereta mereka disitu. Setelah selesai julia dan jane mula mengambil botol mineral besar yang berada di dalam kedai petronas itu. Mereka mengambil 3 botol air mineral, mereka membuang air di dalam botol air tersebut dan mendekati kenderaan mereka. Kath mengisi minyak setelah dirasakan penuh kath mengisi pula 3 botol air mineral itu dengan minyak bagi membuat persediaan minyak kereta tersebut.

Setelah selesai mereka kembali masuk ke kereta tanpa mereka sedari ada sekumpulan zombie mula mendekati kereta mereka. Kath baru ingin memasuki kenderaan terkejut dengan bunyi tembakan yang dihasilkan kayl. Kelihatan zombie dibelakangnya sudah terkapar. Dia tidak menyedari perkara tersebut tetapi beruntungnya kayl menyedari perkara tersebut. Bukan setakat kath sahaja yang lain juga ikut terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan kayl sebentar tadi.

"lain kali hati-hati kath" - ujar kayl segera memasuki kereta.

Bunyi tembakan kayl membuatkan para zombie yang bersembunyi memunculkan diri mereka membuatkan mereka meninggalkan kawasan tersebut dengan segera.

"kayl thank you sis" - ujar kath kepada kayl.

"no problem sis kau pun dah selamatkan aku" - balas kayl dengan tersenyum.

Mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa hala tuju. Mereka dapat melihat sekitar banyak zombie yang berkeliaran. Mereka memasuki jalan besar dimana jalanan tersebut bersih daripada sebarang kereta yang ditinggalkan oleh orang-orang. Pemanduan julia makin perlahan, kath melihat ke tepi kelihatan adiknya itu sudah pun mengantuk. Dia melihat ke belakang semuanya sudah tertidur.

"dik. Biar kakak yang memandu. Adik tidurlah dulu" - ujar kath.

Julia mendengarkan ucapan kakaknya itu hanya mengangguk dan memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan. Mereka bertukar tempat kini kath memandu dan julia tertidur disebelahnya. Ketika itu hari sudah pun mendekati malam. Minyak kereta mereka kini makin berkurang kembali. Sudah jauh kath memandu tetapi tiada seorang pun manusia yang dilihatnya hanya zombie yang berkeliaran sahaja. Kath memutuskan untuk merehatkan kereta mereka disamping jalan besar. Jalan itu kelihatan tenang tiada apapun disitu hanya ada kereta mereka sahaja. Kath turun daripada kereta mengambil satu botol minyak dan mengisi minyak kereta mereka.

"woi!" - sergahan percy membuatkan kath terkejut.

"oiii! Eh kau ni! Terkejut aku!" - balas kath mengelus-gelus dadanya.

"berani betul kau turun sorang-sorang dekat kawasan gelap macam ni" - balas percy sambil menyadarkan badannya di kereta.

"kenapa nak takut? Zombie tu bukannya nampak kita time malam pun. Lagipun kau tengok sekeliling. Aku dah pilih tempat paling tenang untuk kita berehat sekarang ni." - balas kath yang kini menutup botol mineral itu kembali setelah selesai menuangkan minyak ke tangki.

" kau dah chek air kereta? "-percy bersuara lagi.

" belum. Kau ambil touch light, aku nak pergi chek"-kath bergerak ke depan kereta membuka bonet depan kereta.

surviveWhere stories live. Discover now