16

58 5 0
                                    

Sambungan flashback..

Kio dibawa masuk ke dalam sebuah van. Di situ dia melihat ada beberapa orang sudah diikat dan mulut mereka diikat dengan kain sama seperti dirinya sekarang. Dia didudukkan di kerusi paling hadapan dan paling dekat 2 orang gadis cantik tersebut. Seorang gadis mula menghidupkan enjin van mereka dan mula meninggalkan kawasan apartment tersebut.

Kio tidak dapat mengenal pasti wajah kesemua mereka disebabkan wajah mereka yang masih tertutup dengan mask itu. Tetapi tiba-tiba sahaja salah satu penumpang di situ tiba-tiba menjadi agresif. Dia rupanya sudah terinfeksi kemudian satu per satu di dalam van itu mula berubah. Mereka yang memakai itu hanya tenang melihat kejadian itu. Tidak lama kemudian kio juga ikut berubah tetapi kio tidak menganas seperti orang yang terinfeksi lain. Dia kelihatan tenang sahaja.

"ok bagi dorang keluar" - ucap gadis yang memandu van tersebut.

Salah satu gadis yang duduk di kerusi penumpang membuka pintu van membuatkan para zombie terjatuh daripada van mereka. Satu per satu mereka menarik masuk ke rumah dan membawa ke lab bawah tanah.

"kak ju laki ni nak letak mane?" - ucap dia sambil memegang lengan kio dengan erat.

"letak dia dekat bilik kaca sebelah sana" - sambil menunjuk ke bilik kaca yang ada dihujung ruangan.

Setelah memasukkan zombie-zombie tersebut mereka mula meninggalkan lab mereka dan naik ke atas.

"kak. Boleh kita pulihkan kio awal tak? " - tanya julia kepada kath.

"memangnya kenapa?" - memandang hairan adiknya itu.

"emmm kalau tak boleh tak apa la" - julia ingin berlalu pergi daripada bilik kakaknya.

"macam-macam je kau ju. Pergilah. Ju tahu jugakkan untuk hidupkan mesin tu" - ucap kath.

Julia mengangguk kemudian tersenyum. Dia turun ke bawah tanah dimana lab mereka berada. Dia melihat kio berada di bilik kaca yang terletak dihujung. Kio seperti zombie kelaparan apabila melihat julia berada di hadapan cermin kaca itu. Julia mula mengaktifkan mesin tersebut dan keluarlah asap yang memenuhi bilik kaca yang ditempati kio. Kelihatan kio jatuh pengsan ke lantai.

Kio tersedar daripada pengsannya dan melihat sekeliling ruangan tersebut. Dia melihat di hujung kiri ada bilik kaca yang memperlihatkan para zombie yang sedang merayau-rayau di dalam bilik kaca itu. Kio terduduk, dia bingung dengan apa yang dilihatnya.

"aku dekat mana ni?" - ucap kio.

Tiba-tiba sahaja seorang gadis muncul dan ini cukup membuat kio terkejut.

"kath?!" - kio terjerit membuatkan kath memandangnya.

Kath mendekati bilik kaca yang ditempati Kio terlebih dahulu. Kath tersenyum melihat vaksin yang diciptanya berfungsi. Kath mengeluarkan kio daripada bilik kaca tersebut.

"kath? Kau ke ni?" - ucap kio yang masih lagi terkejut.

Kath memandang kio sekilas lalu mengangguk. Dia sibuk dengan mikroskop dihadapannya itu.

"kau boleh naik julia ada dekat atas" - ucap kath tanpa memandang kio.

Kio hanya diam. Dia melangkah naik ke atas dan dia melihat kebesaran rumah itu tidak perlu dipertikaikan sememangnya rumah itu sangat besar. Kio mula menjelajahi rumah tersebut sehinggalah dia sampai di dapur.

"julia?" - panggil kio dengan perlahan.

Gadis itu menoleh dan itu bukan julia melainkan diana.

surviveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang