15

52 4 0
                                    

Bunyi motor berkuasa tinggi dan 2 buah kereta sport sukses membuat orang-orang di dalam bangunan menjenguk keluar bagi melihat siapa yang membawa kenderaan yang menimbulkan bunyi bising tersebut. Begitu juga leona dan victoria.

Diana turun daripada motor berkuasa tingginnya. Dia membuka helmetnya membuatkan leona dan victoria terkejut dengan kehadiran diana.

"diana!!" - ucap leona dan victoria serentak.

Diana menoleh ke leona dan victoria, dia melemparkan senyumannya kepada kawan-kawan akak julia nya itu. Kemudian julia dan kath juga turun daripada kereta mereka membuatkan orang-orang yang berada di situ terkejut besar melihay kedatangan kath dan julia kembali.

Philip, brent, ethan dan louis membawa kath, julia dan diana ke ruangan lab. Disitu kelihatan percy, lucas, jane, keith, kayl, angel dan olivia sedang berehat.

"guys tengok siapa dekat sini!" - ucap louis dengan gembira.

Mereka menoleh dan terkejut dengan kedatangan adik beradik lewis.

"wey!! Kau pergi mana bahalul" - ucap jane mendekati kath.

"woii lia kau pergi mana ha! Pergi tak bagitahu" - ujar olivia.

"adik kau pun ade lia?" - ucap angel sambil melihat diana.

Diana hanya melemparkan senyumannya kepada kawan-kawan kakaknya itu.

"apa benda kau bawak tu kath?" - soal jane lagi.

"tabung gas asap" - ucap kath dengan tenang.

"tu untuk apa?" - soal percy.

"untuk seburkan gas vaksin dekat setiap daerah" - balas kath.

"tapi asal pecah macam ni" - melihat tabung gas tersebut.

"kau tanya la dorang" - ucap kath sambil menunjuk ke philip dan louis.

"wey tak berat ke benda tu?" - tanya keith.

Kath menghulurkan tabung gas tersebut. Keith mengangkatnya dan hampir sahaja dia mahu terjatuh sekali dengan tabung gas tersebut tetapi nasib jane menahannya.

"pergh berat laa do! Macam mane kau boleh angkat benda alah ni."- dia menghulur kembali tabung gas itu kepada kath.

Kath meletakkan tabung gas itu dengan berhati-hati di atas meja yang ada di ruangan lab tersebut.

"tolong baiki benda ni" - ucap kath dingin.

Lucas dan keith mengangguk. Percy, jane, kayl, angel dan olivia menarik kath, julia dan diana ke bilik mereka.

"wey betul ke kayl cerita dekat kitaorang" - ujar june.

"kayl, kayl" - kath mengelengkan kepalanya.

"kayl kau lari sekarang" - ucap kath.

Kayl memandang pelik ke kath begitu juga percy dan jane.

"apahal pula?" - balas kayl.

"aku kira sampai 3. 1....2"- kayl berlari keluar daripada bilik mereka.

Kath bangun merengangkan badannya.

"kau buat apa bangang?" - ucap percy.

"apa lagi. Aku nak belasah kayl dulu. Kau nak ikut ak? Jom" - kath keluar daripada bilik mereka.

Kelihatan kayl berada tidak jauh daripada kath.

"kau lari jauh-jauh kayl. Aku dapat kau, aku belasah kau nanti" - jerit kath.

surviveKde žijí příběhy. Začni objevovat