Aku mencelikkan mata saat terasa ada air yang membasahi wajah. Edward yang berada di samping aku itu aku pandang dengan riak wajah sedih. Tidak lama kemudian, tangan kanan aku di sentuh. Aku menoleh.
Sayu hati melihat wajah Tuan Christoper bengkak dan luka. Edward pun sama. Muka lebam dan luka.
"Dah puas ke bergaduh?" Soalku pada mereka.
"Laki kau ni buat hal Cinta. Ikut hati, nak aje Along tembak." Kata Edward.
"Aku dah minta maaf kan? Aku tak pernah curang dengan bini aku Ed." Ucap Tuan Christoper.
"Tak curang? Dah tu berduaan dengan perempuan lain dalam bilik itu apa cerita?" Kata Edward. Nadanya sudah naik seoktaf.
"Along.." kataku cuba kawal keadaan.
Edward menarik wajah masam. Pandangan aku alihkan ke arah sang Suami. Perlahan jari jemari yang ada dalam genggamannya aku tarik. Berubah riak wajah Tuan Christoper melihat kelakuan aku.
"Kenapa Noni ada di sini dengan Awak?" Soalku. Mataku tepat memanah anak mata sang suami.
"Yes! Kenapa betina tu ada kat sini?" Ucap Edward.
Rahang Tuan Christoper bergerak. Jelas sang suami menahan perasaan di hati. Matanya tajam memandang ke arah Edward. Edward? Dia berlagak selamba dan meletakkan kedua tangan di belakang kepala. Kaki di silangkan. Ugh, kenapalah abang aku ni berlagak ya amat?
"Jawablah, kenapa kau diam? Tiba-tiba bisu?" Bakar Edward lagi. Aku memandang ke arah Edward.
Isyarat mata aku berikan. But, yeah. Edward is Edward. Dia tak akan dengar apa aku nak cakap.
"Fine, aku ceritakan semuanya." Bisik Tuan Christoper pada aku.
"Hey, bisik apa tu? Mungkin kau lupa, abang dia ada kat sini. Hello? Abang ipar kau masih di sini." Kata Edward.
Tangan di lambai ke arah Tuan Christoper. Aku geleng kepala. Kepala masih rasa berdenyut. Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat pengsan. Mungkin aku tak boleh tertekan. Tangan aku di capai semula oleh Tuan Christoper.
"Aku datang sini lepas tahu orang tua tu lari ke sini. Dia mulakan hidup baru di sini guna duit aku yang dia songlap. " Kata Tuan Christoper memulakan cerita.
"Ye, lepas tu kau datang sini dengan adik aku. Tinggalkan dia sendirian dan beromance dengan Noni tu sampai ajak balik sini. Dan kau kantoi. Begitulah ceritanya kan Chris?" Potong Edward.
"Kau ni, aku tak habis cerita lagi kau dah potong. Saja nak bagi hubungan aku dengan Cinta keruh ke apa?" Bidas Tuan Christoper.
"Abang? Senyap boleh?"kataku juga geram.
Edward menaikkan sebelah keningnya lalu menzip mulut menggunakan tangan. Tuan Christoper mengeluh nipis lalu bersuara.
"Aku datang sini untuk tengok sendiri orang tua tu hidup gembira dengan duit aku yang dia curi. Tapi, bila aku tiba di sini. Aku datang di tempat mereka tinggal. Aku terkejut sebab Noni ada nenek yang sangat uzur dan ibu Tiri yang terlantar di katil. Mereka Di tinggalkan bersama dengan seorang maid yang diupah untuk menguruskan mereka. " Kata Tuan Christoper.
"Maksud kau?" Ucap Edward.
"Aku dah tahu sebab apa Orang Tua tu rembat duit aku Ed." Ucap Tuan Christoper.
"Maksud kau?" Kata Edward mengulang pertanyaan.
"Dia perlukan duit untuk rawat isteri dia dan juga mentua dia." Ucap Tuan Christoper.
Aku diam. Kasihan juga aku dengar. Tapi, eh? kenapa Noni ada di sini? Aku pandang Tian Christoper. Baru nak buka mulut, Edward dah bersuara.
"So, Noni tu macam mana boleh ada kat sini?" Tanya Edward. Matanya mencerlung ke arah Tuan Christoper.
YOU ARE READING
Suami & Isteri (☑️)
Non-FictionCinta Lestari nama di beri. Mengandung, tapi belum berkahwin. Apalagi bersentuhan dengan mana-mana lelaki. Jadi, macam mana boleh mengandung? Christopher Lee, lelaki yang tidak pernah tersenyum. Dingin. Beku. Pewaris Syarikat milik Lee Empire. Kisa...