Aku keluar dari kereta, sekali lagi aku tergamam bila nampak rumah mewah depan mata. Aku toleh ke arah Charles yang tiba-tiba genggam tangan aku.
"kenapa Chad?.. Hmm Charles." Aku berdecit bila tersedar kesilapan nama Charles.
Chad, nama yang aku guna untuk panggil anak aku masa Dia masih bersama dengan aku dulu. Semasa aku serahkan Dia pada Tuan Chris dulu, Semua tentang Charles aku cerita tanpa Ada yang tinggal. Makanan yang disukai, minuman, time tidur Dan semuanya. Dan syukur, keluarga Tuan Chris masih menggunakan nama panggilan ini untuk Charles.
Charles tiba-tiba peluk aku. Eh, aku lagilah suka. Cepat je aku balas pelukkan Charles. Yelah, anak aku kot.
"Mama." bisik Charles di telinga aku.
AKU kaku kejap, aku tolak lembut badan Charles. Dia Ingat aku? Di kenal aku ke? Aku tatap matanya. Aku pandang pula Tuan Christian yang ada di sebelah aku. Dia Senyum senget. Hmm, aku ketawa kekok.
"Nak panggil mama ke? Boleh je." kata ku pada Charles.
Anak aku itu memutarkan Bola mata keatas. Wahh, dah pandai eh sekarang. Kecil-kecil dah tahu buat muka menyampah. Aku cuit hidung Charles.
"jom masuk." ajak Tuan Christian. Aku angguk Dan pimpin tangan Anak lelaki aku mengikuti langkah Tuan Christian.
Kini, aku berada di ruang tamu rumah mewah ni, aku pelik juga sebab katanya rumah agam. Tapi, kenapa macam rumah banglo Besar je? Ah, siapa kisah. Mereka orang Kaya, mesti banyak rumah.
"Akak.. Eh, Cinta.. Hantar Charles naik ke tingkat dua ya," kata Tuan Christian. Aku angguk.
AKU Nak ambil beg yang berisi kain baju aku, tapi tiba-tiba Tuan Christian ni bersuara.
"tak apa Cinta, nanti Ada bibik angkatkan." Aku bulatkan mata. Kenapa bibik yang kena angkat?
"erm, Tuan. Saya boleh angkat sendiri." Aku Cuba bersuara.
"tak apa.. Awak Bawa Charles naik atas." Arah Tuan Christian.
AKU dengan berat Hati, melangkah mengikuti langkah kecil milik Charles. Ikut Hati, Nak aje aku gomol anak ni. Tapi sabarlah dulu, Kang tak pasal-pasal, aku kantoi pula. Kaki aku berhenti depan pintu bilik yang ada di tengah.
"bilik Chad ke? Jomlah masuk, Aunty boleh tolong mandikan kalau Nak." kataku sambil menatap wajah Charles.
Tanpa berkata apa, Charles membuka pintu bilik Dan masuk ke dalam. Aku juga mengikuti langkahnya.
"Mama pergi mana selama ini?" Tanya Charles tiba-tiba.
Aku yang baru saja ingin duduk kembali berdiri tegak Dan wajah Anak lelaki tu aku pandang.
"Aunty Kat kampung Aunty." jawabku tipu.
"Chad kenal mama.. Akhirnya, mama cari Chad juga." kata Charles lalu memeluk aku semula.
Aku dah cuak. Macam mana ni? Dahi aku berpeluh. Aku balas pelukkan Charles.
"erm, Mama minta Maaf. Tapi masa tu.." kataku tak habis sebab Charles dah bersuara.
"tak apa, Atuk Ada beritahu, mama kena jaga nenek.. Cepat atau lambat, mama Akan datang juga cari Chad." jawab anak lelaki itu dengan tangisan.
"erm, papa Chad tahu ke tentang mama?" Charles geleng kepala. Aku tarik nafas lega.
"Chad sayang mama tak?" tanyaku lagi.
"sayang.. Sangat sayang." jawab Chad polos.
"kalau sayang, jangan beritahu Ayah ya." kataku memujuk.
YOU ARE READING
Suami & Isteri (☑️)
Non-FictionCinta Lestari nama di beri. Mengandung, tapi belum berkahwin. Apalagi bersentuhan dengan mana-mana lelaki. Jadi, macam mana boleh mengandung? Christopher Lee, lelaki yang tidak pernah tersenyum. Dingin. Beku. Pewaris Syarikat milik Lee Empire. Kisa...