BAB 23

2.9K 115 11
                                    

Aku tegakkan tempat duduk bila Tuan Christopher melangkah masuk ke dalam bilik meeting. Ni adalah perbincangan terakhir kami berkenaan dengan project yang kami jalankan bersama. Mr Thomas Dan Mr Paul juga ada bersama kami. Mereka juga salah satu pemilik saham dalam project yang sedang aku usahakan.

Sebulan selepas pertemuan aku dengan Tuan Christopher di rumah ayah. Kami sudah tidak berhubung. Tuan Christopher hanya datang melihat Charlos Dan setelah itu kembali ke rumahnya. Hidup aku seperti wanita yang tidak bersuami. Dan aku sudah nekad. Biarkan semua begini sehingga Charlos berumur enam tahun, setelah itu. Aku akan selesaikan semuanya.

Aku Cuba bersikap professional. Rebecca yang memang sentiasa bersama dengan Tuan Christopher itu aku dengan senyuman. Wanita itu menunjukkan riak wajah pelik melihat senyuman aku. Well, aku rasa kena terima dia jadi madu aku. Lagi pun, Tuan Christopher Sudah memilih dia.

"Selamat pagi Tuan." tegur Mr Thomas.

Tuan Christopher sekadar mengangguk mendengar sapaan itu. Matanya memandang aku. Aku tundukkan wajah tanda hormat. Seperti Rebecca, Tuan Christopher juga pelik melihat kelakuan ku.

"Can we start now?" Ujar Jason yang telah sedia dengan pembentangan.

"Ya, sure." Ucap Mr Paul.

Jason pun mulakan tugas dengan memberi penjelasan tentang project. Terkadang saja Mr Paul dan Mr Thomas bersuara bertanya kan soalan.

"So, any questions?" soal Jason setelah selesai memberi penjelasan. Mereka semua geleng kepala.

"So, I am done here. Let my bos Madam Bunga to take over. And explain for the next project." Ujar Jason.

Setelah Jason melabuhkan punggung. Aku berdiri sambil membetulkan rambut ku Dan menutupi lurah yang terdedah. Oh, Iya aku suka berpakaian seperti itu kerana kebanyakkan baju aku semua style seperti itu.

"Ok, for the next project, we need to building one of our own business in this area." ujarku sambil jari telunjuk mengetuk board yang ada di depan. Entah bagaimana, marker board yang ada terjatuh dan berguling ke arah kaki Mr Thomas.

Aku tunduk memungut marker board itu sambil tangan kanan menutup lurah di bahagian dada. Belum sempat tangan aku mengutipnya, Satu tangan telah pun mencapai marker itu dan di hulur kepada aku.

"Thanks," Ucapku pada Mr Thomas.

"Welcome sweetie." Ucap Mr Thomas.

Aku tersenyum lalu menyambung perbincangan kami. Setelah selesai. Aku Dan Jason mula mengemas file dan kertas kerja. Sementara menunggu kontrak itu di tanda tangan oleh Tuan Christoper. Jason di panggil Dan file itu di serahkan. Aku tersenyum pada Mr Thomas yang memandang aku tanpa henti.

Tuan Christopher berdiri lalu memaut pinggang Rebecca. Bibirnya tersenyum sinis. Aku hanya memandangnya dengan riak kosong. Tiba-tiba Mr Thomas menghampiri aku dan menyentuh belakang pinggang aku. Aku terkaku tapi sempat mengawal riak wajah.

"Jom lunch.. Lapar lah." bisik Mr Thomas padaku.

Mr Thomas berdiri sangat rapat dengan aku. Lagaknya seperti kami ni pasangan kekasih saja. What the hell? Aku perasaan Tuan Christopher memandang aku. So, why not aku pula balas balik apa yang dia buat tadi? Adilla kan?

"Boleh je. Naik kereta you ke?" soalku manja.

"Anytime sweetie." jawab Mr Thomas.

Wajahnya mendekat. Lagi beberapa inci saja aku undur ke belakang. Damn! Apa yang tak kena dengan Mr Thomas ni?

"Come.. Barang you ni nak I tolong Bawa kan ke?" Ucap Mr Thomas. Aku geleng.

"J, help me.." kataku sambil hulur beg kerja padanya.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now