BAB 21

3K 119 24
                                    

MALAYSIA

AKU melihat beberapa orang pelabur mula meninggalkan ruang bilik kerja. Sepanjang perbincangan berlaku, aku langsung tak boleh nak beri perhatian. Tak selesa langsung bila mata Tuan Christopher tu asyik merenung ke arah aku. Aku cucuk juga mata tu guna pen biru ni.

Jason yang aku tugaskan untuk berjumpa dengan Tuan Christopher bagi menyerahkan file yang tertulis kontrak persetujuan kerjasama di antara dua buah syarikat melangkah menghampiri aku. Wajahnya yang tersenyum tu aku pandang dengan rasa pelik.

"Done?" soalku. Jason geleng kepala.

"Why?" soalku lagi. Jason hulurkan file itu pada aku.

Kening aku bercantum melihat kelakuan pelik Jason. File kini bertukar tangan. Aku berdecit kesal melihat ruang untuk Tuan Christopher tanda tangan masih kosong. Wajah Jason aku pandang tajam.

"Hey, don't blame me. He want to see you." Ucap Jason.

"For what?" soalku geram. Jason angkat bahu.

Aku merengus kasar! Kenapa susah sangat nak sign? Bukan berat pun kerjanya. Ambil pen turunkan tanda tangan kan dah! Ni Nak kena jumpa bagai. Dia tak tahu ke aku tak nak jumpa dia? Madu aku ni pun tak Nak berenggang langsung dengan Tuan Christopher. Yang nak pergi jumpa ni buat aku geram! Eiii! Sabar Cinta, bertenang, dan senyum.

Fikir dan set dalam kepala kau datang sini sebab kerja so, kau kena professional. Aku genggam erat file hitam, nak tak nak. Aku kena juga sendiri jumpa Tuan Christopher ni. Wajah aku kawal sebaik mungkin. Dengan file di tangan, aku melangkah menghampiri meja paling depan di mana Tuan Christopher sedang duduk bersama madu aku.

"Maaf tuan sebab menganggu." Ucapku penuh sopan.

Christian dan Tuan Christoper berhenti berbual, madu aku pula laju saja memaut lengan Tuan Christopher. Ugh! Benci betul aku menghadap benda ni semua, ni kali terakhir aku nak berurusan dengan syarikat milik Tuan Christopher.

"Nanti kita sambung," Ucap Tuan Christopher pada Christian.

Christian angguk lalu menutup file merah. Dengan senyuman Christian keluar dari bilik kerja. Aku kerut dahi melihat Jason juga mengatur langkah menuju pintu keluar, the hell?

"Saya perlukan tanda tangan tuan di ruang ni." Ucapku sambil menghulurkan file pada Tuan Christopher.

"Rebecca, out." arah Tuan Christopher. Aku tegak kan badan.

Dah kenapa pula semua keluar dari bilik kerja ni? Tak akan nak tinggal kami berdua saja? Aduh mak aii, aku takut pula. Wanita bernama Rebecca tu tidak berkata apa, kerusi di tolak ke belakang. Kaki di atur mahu keluar dari bilik kerja tapi aku pantas bersuara.

"Urm, Miss. Can you just stay here with us?" Ucapku pada Rebecca.

Rebecca memandang ke arah Tuan Christopher, gelengan kepala dari Tuan Christopher itu membuat Rebecca keluar dari bilik kerja. What the fish! Dia tak cemburu ke aku berduaan dengan suami dia dalam ni?

Tup! Pintu bilik kerja tertutup, tinggal lah aku dah Tuan Christopher berdua dalam ni. Degupan jantung aku terasa sangat kuat. Argh nafas terasa sesak. Tapi, demi kerja Dan syarikat. Aku kena hadap, aku janji ini kali terakhir aku berkerjasama dengan syarikat Tuan Christopher.

"Duduk." arah Tuan Christopher.

Aku turuti arahannya. Kerusi yang di duduki oleh Christian tadi aku tarik. Gaun yang ternaik sedikit aku betul kan. Rambut aku yang memang sudah panjang itu aku tarik ke depan dan tutup lurah yang terlihat. Walaupun Tuan Christopher ni masih suami aku, tapi aku tak nak ambil risiko. Kang kena ngap mati aku weh.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now