11 - Kiss

526 55 5
                                    

"Sana, kau free tak malam ni?" soal Mark.

"Hmm... Free. Kenapa?" balas Sana.

"kalau kau tak keberatan, Aku nak ajak kau dinner malam ni. Itu pun kalau kau sudi"

Sana memikirkan seketika.

"Hmm... Okay. Tapi kau belanja" kata Sana.

"itu semestinya. So... Malam ni, aku ambik kau pukul 8 malam, okay?" ujar Mark.

"okay!"

...

9 p.m.

Ting ting!!!

Ini sudah kali ke 10 taehyung menekan loceng apartment Sana, tetapi gadis itu masih lagi tidak membuka pintu.

"Dia tidur ke?" soal Taehyung kepada dirinya.

Setelah menunggu lama di luar, Taehyung terus mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya kembali.

Dalam perjalanan ke rumahnya, Taehyung ternampak sebuah taman. Dia singgah di situ sebentar.

Taehyung duduk di sebuah bangku yang tersedia di taman itu. Hembusan angin malam menerpa wajahnya. Sangat tenang.

Seketika, memorinya kembali berputar. Momen di mana dia bersama bekas tunangnya, Jennie Kim.

Taehyung masih ingat, mereka selalu berjalan bersama sama di taman ini sambil memegang tangan. Tetapi kini tidak lagi, Jennie sudah menyakiti hatinya pada 1 tahun yang lalu. Dan hal itu membuatkan Taehyung memutuskan pertunangan mereka.

"Kenapa kau buat aku macam ni?!" soal Taehyung sambil memandang langit malam. sedari tadi dia menahan air matanya daripada jatuh. Taehyung tidak mahu menjatuhkan air matanya hanya kerana seorang perempuan yang bermain di belakangnya.

Jennie betul betul sudah berubah. Dulu, dia merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan pemalu. Tetapi sekarang, dia menjadi liar dan suka bersosial.

Taehyung menghembuskan nafasnya dengan kasar. Dia menyesal kerana telah mengenali Jennie. Dan sekarang, dia tidak dapat melupakan perempuan itu di fikirannya.

Memang sulit untuk di katakan.
Tetapi, dia masih cintakan Jennie.

Dia perlu kuat menahan rasa cinta ini. Dia perlu melupakan kisah manis dan pahitnya demi seorang perempuan yang telah mencuri hatinya sejak akhir akhir ini. Seorang gadis yang membuatkan dirinya menjadi bahagia kembali.

Ya! Gadis itu adalah Minatozaki Sana. Gadis jepun yang tak kalah cantiknya seperti Jennie.

Menurut Taehyung, kedua dua mereka sangat cantik. Cuma yang membezakan mereka adalah jiwa dan sifat.

Tiba tiba, lamunan Taehyung terhenti apabila matanya tertancap ke arah dua orang yang sangat dikenalinya.

"Sana, Mark? " soal Taehyung seorang diri.

Air mata yang di tahan sejak dari tadi, tiba tiba terjatuh.

...

"Boss, kenapa boss diam je hari ni? Selalunya, boss tak macam ni"

Taehyung hanya mendiamkan dirinya sambil membuat kerja.

"Boss ada masalah ke?" soal Sana lagi.

Taehyung mendiamkan diri lagi.

"Boss kalau ada masalah, share lah dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong" kata Sana.

Boss ; kth ✓Där berättelser lever. Upptäck nu