12 - Mad

448 55 6
                                    

Sudah hampir 7 jam Sana tidak menyedarkan diri.

Dan kini, Momo, Mina, Nayeon, Tzuyu, Mark dan tidak lupa juga Taehyung sedang berada di hospital untuk melawatnya.

"Korang kalau dah mengantuk, balik je lah. Biar aku tengok tengokkan Sana" ujar Momo.

"Tak apa ke wei? Rasa bersalah pula" balas Tzuyu.

"Tak apa... Aku ada. Lagi pun, esok korang kerja" kata Momo.

"Hmm... Ye lah, kalau macam tu, aku balik dulu" ujar Nayeon dan diikuti mina, tzuyu dan mark.

"Boss, tak nak balik ke?" soal Tzuyu.

Taehyung hanya mendiamkan dirinya. Beberapa saat kemudian, dia menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu... Kami balik dulu" kata Mina lalu mereka berempat terus melangkah pergi.

sunyi.

Mereka berdua hanya termenung, melayan perasaan masing masing.

Momo sedang duduk di tepi katil Sana. Manakala, Taehyung sedang duduk di sofa yang berjauhan 2 meter daripada mereka berdua.

Setelah hampir 1 jam berlalu, lamunan mereka terhenti apabila telefon momo berbunyi.

"Taehyung, aku keluar kejap" ujar Momo lalu keluar daripada wad Sana.

Taehyung hanya mendiamkan diri. Dia menatap Sana yang terbaring di atas katil.

"Maafkan aku, Sana" itu sahaja yang di ucap Taehyung.

Setelah itu, Momo kembali masuk ke dalam wad Sana dan memandang Taehyung dengan pandangan yang rasa serba salah.

"Taehyung... Aku kena balik. Hee chul dah marah aku tadi. Hmm... Kalau kau nak balik, balik je lah. Nanti aku suruhkan doktor untuk tengok tengokkan Sa--"

"Balik je lah..." kata Taehyung. Wajahnya yang dingin itu terlihat seperti sedang marah.

"Ya... Aku balik dulu" kata Momo lalu melangkah pergi.

...

Taehyung memegang tangan Sana. Tangan perempuan itu di usap lembut dan di cium beberapa kali.

Kemudian, dia memainkan jari jemari mereka berdua.

"even tangan kita pun sesuai bersama.Apa lagi, orangnya" kata Taehyung sendiri. Heh, perasan.

"Sana bangunlah. Kalau di sebabkan aku kau jadi macam ni.... kau pukul je lah aku. Pukul je sepuas puasnya, aku sanggup. Kalau itu yang dapat membuatkan kemarahan kau jadi hilang" ujar Taehyung.

tiada pembalasan dari Sana membuatkan Taehyung tersenyum tawar.

Taehyung bangun dan mencium dahi Sana sekilas. Kemudian, kepala Sana di usap lembut. Taehyung tersenyum, kemudian dia mencium Sana kembali. Bukan di dahi, Tapi di bibir, dia melumat lumatkan bibirnya ke bibir Sana dengan lembut.

"Aku harap kau jadi milik aku" ucap Taehyung sebelum melangkah keluar dari wad itu.

...

seminggu telah berlalu semenjak kejadian di mana Sana masuk ke dalam wad. Kini, Sana telah sembuh sepenuhnya.

Interaksi antara Taehyung dan Sana menjadi agak sepi. Sana hanya mengikuti apa sahaja yang di arahkan oleh Taehyung, dia tidak banyak bercakap dengan lelaki itu. Begitu juga Taehyung.

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now