6 - Jennie Kim

489 64 26
                                    

Mereka berdua mencari Sana di sekitar bandar geumsa-dong itu. Lama mereka mencari, tetapi masih tidak jumpa lagi.

45 minit kemudian, Taehyung ternampak seorang perempuan yang sedang tidur di atas kerusi bos stop.

"Akhirnya, aku jumpa kau" ucap Taehyung sambil tersenyum. Dia mendekat ke arah perempuan itu.

Dia betul betul rasa bersalah.

"Sana..." Panggil Taehyung sambil menggerakkan tubuh Sana dengan lembut.

Dia yakin, Sana mesti sedang kesejukan kerana salji mula turun di sekitar bandar itu.

"Sana...bangunlah. jom kita balik" Kata Taehyung. Sana tetap tidak bangun.

Taehyung menyentuh dahi Sana. Sejuk. Sangat sejuk.

Taehyung terus mendukung Sana.

"Maafkan aku" ucap Taehyung.

Kemudian, Taehyung membawa Sana ke keretanya. Dia tidak peduli jika ketika ini ramai yang melihat ke arah mereka berdua.

"Aku betul betul minta maaf. Tolong bangun..." mohon Taehyung.

...

Setelah sampai di rumah Taehyung, Sana masih tidak bangun. Dan hal itu membuatkan Taehyung berasa sangat risau.

Taehyung membawa Sana ke dalam biliknya. Kemudian, dia membaringkan tubuh Sana ke katil lalu menyelimuti tubuh gadis itu.

Kepala Sana diusap usapkan dengan lembut.

"Maafkan aku" ucap Taehyung sambil menggengam tangan Sana.

Dahi Sana dicium sekilas.

...

Sana bangun. Dia mendapati dirinya berada di tempat yang asing.

Sana melihat sekeliling bilik itu. Dia ternampak Taehyung yang sedang baring di atas sofa sambil termenung jauh.

"Boss... Saya dekat mana ni?" soal Sana. Taehyung tidak menjawap pertanyaan Sana. Sebaliknya, dia mendekati ke arah Sana lalu tubuh Sana di peluk erat.

Sana berasa sedikit terkejut dengan tindakan Taehyung itu. Tetapi, dia hanya membiarkan.

"Saya dekat mana ni?" soal Sana lagi.

"Kau dekat rumah aku" balas Taehyung.

"Tapi... Bukan ke sema--"

"Ya... Aku minta maaf. Aku tak patut buat kau macam tu" kata taehyung.

Sana hanya mendiamkan dirinya.

"Maafkan aku..." ucap Taehyung lagi.

...

Ting! ting!

Telefon Taehyung sedari tadi berbunyi. Tetapi, Dia hanya membiarkan sahaja.

Ting ting!

Dengan rasa malas dia mengangkat panggilan tersebut.

"Hello" ucap orang di seberang panggilan itu.

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now