13 - Safe him

391 55 1
                                    

Aaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Taehyung menjerit sekuat kuatnya di tempat itu. Dia tidak peduli jika ramai yang sedang melihatnya ketika ini.

Dia rasa sakit hati. Sakit sangat. Hasratnya untuk melamar Sana pada akhir bulan ini telah musnah begitu sahaja. Hatinya rasa bagaikan di tikam apabila melihat Sana bersama lelaki lain.

Ini sudah kali kelima dia rasakan begini.

Adakah Taehyung tidak layak mendapatkan cinta? Rasa cinta yang dipendamkan pada Sana selama ini telah di musnahkan dengan begitu kejam.

Dia rasa seperti ingin pergi jauh. Pergi meninggalkan bumi ini. Tak guna hidup jika semuanya berterusan seperti ini.

Taehyung memanjat jambatan yang berada di hadapan matanya itu.

Dia tersenyum tawar.

"Selamat tinggal, Sana. Aku harap kita dapat hidup bersama di kehidupan selanjutnya" ucap Taehyung sebelum dia membuangkan dirinya ke dalam sungai yang deras itu.

.
.
.

"Taehyung!!!!!" Sana menjerit. Dadanya menjadi sesak. Dia rasa sukar untuk bernafas.

"Mimpi rupanya..." ujar Sana sambil mengusap dadanya.

dia melihat jam yang berada di dinding. 1:34 malam.

Sana baring kembali. Mencari posisi yang nyaman untuk masuk ke alam mimpi. Dia berharap agar tidak memimpikan perkara yang pelik pelik lagi.

Dia menutup mata, cuba untuk tidur.

Tetapi, mengapa hatinya berasa tidak tenang? Bukankah itu hanya mimpi.

"Tak mungkin akan berlaku, itu kan cuma mimpi..." kata Sana.

Sana menutup matanya dan cuba menenangkan fikiran.

"No!" Jerit Sana lalu mencapai telefonnya yang berada di atas meja.

Kemudian, dia menelefon seseorang.

"Mark, maaf sebab ganggu awak tidur. Tapi... boleh tak awak bawakan saya ke sungai han?"

"sekarang? "

"Ya... Sekarang"

"buat apa awak nak pergi sana malam malam macam ni? "

"Please awak... Saya mohon sangat sangat..."

Mark mendiamkan diri seketika.

"ya, ya... Cepat bersiap"

"Baiklah... Terima kasih"

...

Sana mencari seseorang di sekitar jambatan itu. Tetapi, masih tidak jumpa. Dia terus mencari walaupun hujan mula turun di sekitar bandar itu.

Mark pula, hanya menunggu Sana di dalam kereta.

"Kim Taehyung!!!" jerit Sana. Dia terus berlari ke arah lelaki yang sedang ingin memanjat tebing jambatan itu.

Sana memeluk lelaki itu dari belakang.

"Boss jangan buat macam ni..." rayu Sana sambil menangis.

Ya, lelaki itu adalah Taehyung.

"jangan halang aku, Sana!"

"boss... Saya mohon jangan buat macam ni... Boss tak sayangkan nyawa boss ke?" Soal Sana sambil menangis teresak esak.

"Untuk apa? Tak guna aku hidup!"

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now