Final

569 61 1
                                    

Taehyung dan Sana dalam perjalanan ke rumah mereka.

Taehyung sedang memandu kereta, manakala Sana hanya termenung jauh.

"Sayang... Kenapa ni, hmm?" Soal Taehyung sambil meraih tangan Sana.

"Tak ada apa... Awak bawa je lah kereta. Jangan pegang tangan saya. Bahaya..." Balas Sana.

Taehyung tersenyum melihat Sana kemudian dia memberhentikan kereta ke tepi.

"Kenapa dengan sayang saya ni? Macam sedih je saya tengok" ujar Taehyung sambil mengusap pipi Sana dengan lembut.

Sana menghembuskan nafas panjang.

"Lepas ni saya dah tak dapat jumpa omma dengan appa saya lagi..." Balas Sana.

"Siapa kata? Saya tak jahat lagi lah..."

"Awak ni... Bukan itu maksud saya. Maksud saya, saya dah tak boleh manja dengan diorang selalu. Lepas ni, akan jarang jumpa. Lebih lebih lagi, diorang tinggal dekat jepun" ujar Sana.

"Saya kan ada... Saya akan selalu ada di sisi awak, Sana..." Pujuk Taehyung.

Taehyung menyeka air mata Sana.

"Jangan nangis lagi. Ini hari pertama kita. Awak kena happy, okay..." Pujuk Taehyung.

Sana hanya menganggukkan kepalanya.

Taehyung tersenyum tipis kemudian dia menghidupkan enjin kereta kembali.

...

"Tae, tolong bukakan zip baju ni" minta Sana.

"sini, dekat dengan saya" ucap taehyung sambil menarik tangan Sana. Kemudian, zip baju itu di buka sehingga ke bahagian pinggang Sana.

"Thanks! Saya mandi dulu" kata Sana lalu melarikan diri.

"Nak mandi sekali..."

"Tak boleh, jangan nak menggatal"

"Dengan suami sendiri pun kedekut" taehyung mencebikkan bibir.

Selepas Sana habis mandi, taehyung pula masuk ke dalam bilik air.

Sana mengeringkan rambutnya dengan hair drayer. Kemudian, dia lari ke arah katil dan terus tidur.

Tiba tiba, seseorang menelefonnya.

"Aish... Siapa pula ni. Aku baru nak terlena tadi" rungut Sana.

Sana segera mengangkat panggilan tersebut.

"Hello"

"Hello Sana! Kau tengah buat apa?" Soal Momo dengan bersemangat.

"Tengah OTW nak bunuh kau. Kau nak apa?!"

"Amboi... Janganlah marah. Aku tengah kacau korang berdua ke?"

"Tak lah, mana ada. Taehyung tengah mandi lah"

"Oh... Ingatkan tengah buat tu..."

"Buat apa?!"

"Elele... Jangan nak pura pura innocent lah"

"Ish... Kau ni... Dah lah kacau aku tidur! Aku baru je nak terlelap tadi. Tiba tiba kau telefon aku" kata Sana dengan geram.

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now