Bab 15

2.2K 132 7
                                        

SEBUAH kereta mewah berwarna merah jambu meluncur laju masuk ke dalam perkarangan pakir kereta untuk pelajar di dalam kawasan bangunan Universiti Konkuk ini. Terdapat 5 orang gadis memakai pakaian yang boleh dikatakan seksi berada di dalam kereta tersebut. Kereta itu mempunyai pembukaan bumbung secara automatik, jadi semua orang dapat melihat apa yang berada di dalamnya.

Semua orang pasti terkejut jika melihat 5 orang gadis yang merupakan pelajar jurusan fesyen ini. Sudahlah kereta berwarna merah jambu, kusyen yang elok-elok dari kedai berwarna origanal, ditempah khas berwarna merah jambu pula. Dah tu, bahagian dalam kereta pula berwarna merah jambu tetapi coraknya seperti bulu harimau bintang. Sakit bijij mata asyik melihat warna merah jambu sahaja. Belum lagi melihat fesyen mereka ber-5 yang lagi membengkakkan mata.

"Ish, queenka dah sampai!"

"Menyampahnya aku tengok."

"Entah, bajet cantik. Kejap lagi gelaran queenka diorang tu lari tak lama lagi."

Pelbagai percakapan yang dikeluarkan oleh pelajar-pelajar yang berada dekat dengan mereka ber-5.Tidak semua orang menyukai perangai queenka ini. Sudahlah sombong, bajet cantik, kerjanya asyik mendengki orang sahaja. Kadang-kala sampai ada yang mahu pindah ke tempat lain kerana tidak tahan asyik didengki oleh queenka ini. Tidak mahu mengaku salah sendiri pula tu. Tu yang panas hati pelajar-pelajar di universiti ini.

"Ehem! Tolong ke tepi ya? Kami nak masuk!" Ujar Hyorin, yang merupakan ketua gengnya ini. Cermin mata hitam mereka ber-5 semua sama. Berbingkai berwarna merah jambu cuma yang Hyorin punya sahaja ada corak polkadot berwarna putih. Ketuakan? Mestilah lain. Tak nak sama dengan ahli-ahli yang lain.

Pelajar-pelajar yang berada di situ langsung tidak memandang kelima-lima gadis belagak ini. Kalau boleh, mereka mahu sahaja membaling ketulan-ketulan lumpur ke arah wajah cantik mereka berlima. Biar puas sikit hati.

"Hyorin, kita pergi tandas sekejap, jom! Aku punya rambut ni macam kusut sikitlah." Ajak Tiffany. Lagi tadi dia memegang rambutnya yang berwarna coklat keperangan itu. Entah apa yang kusutnya. Okey aje kut. Yelah, divakan?

"No problem." Jawab Hyorin dan terus meneruskan langkah menuju ke tandas. Tiga orang ahlinya yang lain hanya mengikut langkah Hyorin tanpa banyak soal.

"Korang pernah dengar tak, yang U ni ada budak praktikal baru? Tak silap aku ada 20 orang. Tapi yang dua lagi tu, katanya hot. Sampai ada yang update kat Facebook, diorang berdua ni layak ambil tahkta queenka kita." Cerita Ji Yeon bersungguh-sungguh membuatkan Hyorin dan Tiffany berhenti berjalan. Hyuna dan Suzy yang sibuk bermain telefon bimbit terempuh tubuh Hyorin menyebabkan gadis itu terdorong ke hadapan dan terjatuh seperti nangka busuk di situ juga. Hyuna dan Suzy menekup mulut mereka dengan tangan. Tidak sangka yang Hyorin boleh terjatuh di situ pula.

"Korang ni kenapa?! Buta eh? Dah tahu aku berhenti kat sini, janganlah langgar aku pula! Bodoh betul!" Cemuh Hyorin geram. Sudahlah ramai pelajar-pelajar melewati di situ. Habis air mukanya jatuh gara-gara dua orang ahlinya yang sedikit lurus dan tidak pandai mengikut rentaknya ini.

Hyuna dan Suzy hanya diam dan mengeluh berat sahaja. Mereka sudah lali mendapat cemuh-cemuhan daripada Hyorin. Pedih tu memang pedih, nak melawan pun tak guna. Hyorin juga yang menang nanti. Baik diam je dari terus bertekak.

Hyorin mengangkat tubuh dan menjeling tajam ke arah Hyuna dan Suzy. Dari dulu lagi dia tidak berapa menyukai Hyuna dan Suzy ini. Tetapi disebabkan kecantikan mereka berdua, dia mengangkat dua gadis itu sebagai ahli barunya kerana sebelum ini hanya dia, Tiffany dan Ji Yeon sahaja yang hot di sekolah ini. Bila ada datangnya Hyuna dan Suzy, gelaran hot mereka terus bertukar menjadi queenka. Maksudnya adalah, pelajar paling cantik, dan paling dikenali di universiti ini. Tiga tahun berturut-turut mereka mendapat gelaran tersebut oleh para pelajar bawahan.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon