Bab 19

1.6K 126 5
                                        

"AUCH!!! Jangan kuat-kuat. Sakit." Chanyeol mengaduh apabila tangan Choi Hanna terlalu kuat mencuci lukanya pada belakang tubuhnya itu. Ini adalah angkara Tiffany yang tiba-tiba sahaja membuat hal. Konon nak bercakap kenapa dia berpindah, tapi haram! Entah melarat kepada benda yang entah apa-apa entah. Ketika itu Tiffany semakin lama semakin berperangai lain macam. Tiba-tiba, Tao memekik dan tidak lama kemudian, bajunya pula terkoyak pada bahagian belakang. Disebabkan kuku Tiffany yang panjang macam pontianak itu membuatkan belakang badannya terluka dan berdarah. Sakit dan pedih itu memang ada. Sama seperti hatinya pedih merasa apa yang Tiffany cuba buat kepadanya.

"Mian..." Hanna meminta maaf dan meneruskan lagi tugasnya. Betapa dia terkejut apabila melihat Chanyeol dalam kesakitan.

Bila ditanya siapa yang buat lelaki idamannya itu sehingga terluka macam itu sekali, nama seorang wanita disebut. Dari A sampai Z Chanyeol cerita kepadanya. Waktu itu, hatinya sedikit marah. Tapi, apa haknya untuk meletuskan kemarahan? Dia hanyalah budak praktikal sahaja. Tidak lebih daripada itu pun. Lainlah kalau dia ni kekasih Chanyeol, kakak ke, adik perempuan ke, tak pun isteri ke? Boleh juga dia naik angin. Ini setakat... alah baik tak payahlah.

"Sakit lagi tak?" Tanya Hanna prihatin. Dia membuat sentuhan terakhir pada luka belakang badan Chanyeol. Melihat luka yang panjang serta berparut merah itu pun sudah menyakinkan Hanna bahawa luka itu pedih! Sepedih hatinya mendengar yang Tiffany cuba untuk menggoda Chanyeol.

"Tak. Kalau awak yang cuci luka ni, tak sakit dah." Chanyeol mula berseloroh. Adalah sikit keberaniannya untuk bergurau dengan Hanna lebih-lebih kerana tadikan dia sudah mengakui yang dia mencintai gadis itu. Yang paling best apa, Hanna langsung tidak memarahinya ataupun apa-apalah! Siap senyum-senyum lagi tu!! Siapa tak happy??!

"Tak lawaklah." Hanna membuat wajah seriusnya. Dia agak kurang senang bila Chanyeol bergurau dengannya macam tu. Sebab apa? Sebab jantungnya berdetak terlalu laju sehinggakan seluruh badan boleh menggigil.

Sama seperti tadi. Ketika Chanyeol mengakui yang lelaki itu menyukainya. Dia langsung tidak tahu mahu berkata apa melainkan senyum sahaja sehingga mengudang salah faham kepada Chanyeol. Mungkin lelaki itu fikir dia menyukai juga sebab tulah dia senyum. Tapi, memang betul pun. Cuma dia sahaja yang segan nak mengaku juga. Padahal Chanyeol dah sukakan dia juga tu. Kira untung sebab tak bertepuk sebelah tangan.

"Eleh, dah suka tu, cakaplah suka. Nak buat muka serius konon." Chanyeol semakin berani bergurau. Siap tersenyum-senyum lagi. Hanna punya menyampah. Geram punya pasal, dia mengambil satu ketul kapas dan ditenyeh-tenyeh pada luka panjang pada belakang lelaki itu.

"Auch!!! Sakitlah, Hanna!" Chanyeol mengaduh. Kali ini dia marah tetapi wajahnya sahaja. Hatinya langsung tak terguris pun dengan tindakan drastik Hanna. Hatinya semakin suka adalah. Berbunga-bunga riang lagi.

"Tu lah! Lain kali, berguraulah macam tu. Makin sakit belakang awak saya kerjakan." Ugut Hanna dengan wajahnya yang masam. Kepalanya ditundukkan dan mengemas kotak first aid yang diambil di dalam dewan tadi. Dia langsung tidak tahu yang Chanyeol juga turut menyinga.

Tanpa menunggu Hanna yang sedang mengemas, Chanyeol terus bangun. Kakinya diatur menuju ke pintu tanpa berbaju. Hanna yang pelik melihat perangai Chanyeol yang berubah tiba-tiba mengerutkan dahi.

"Chanyeol!" Panggil Hanna.

Diam.

"Chanyeol yah!" Hanna menyeru lagi. Kali ini Chanyeol diam tetapi dia berhenti berjalan. Kepalanya menoleh sedikit. Mungkin isyarat 'ada apa?'

"Kenapa dengan awak?" Soal Hanna lurus. Dia memang tidak faham. Entah apa kena dengan Chanyeol ni? Tiba-tiba berubah. Tak faham betul aku dengan dia ni.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now