Bab 17

1.7K 125 0
                                        

SUDAH hampir dua minggu Kim Ayuna dan Choi Hanna menjalani praktikal di Universiti Konkuk. Dan hampir dua minggu jugalah Kim Ayuna dan Choi Hanna merasakan sesuatu yang berbeza bila mereka mendekati Tao dan Chanyeol. Perasaan mereka sama seperti Chanyeol dan Tao rasa sebelum ini. Ini bermakna, mereka sudah saling jatuh cinta. Cuma hati itu sahaja yang tidak dapat tangkap apa sebenarnya perasaan tu.

Kini, Tao dan Kim Ayuna berada di bilik latihan mereka berdua sementara Choi Hanna ke tandas sebentar. Chanyeol pergi ke kantin untuk membeli makanan. Petang nanti, mereka ada reahsel untuk majlis perpisahan Prof. Jung lusa. Penat betul.

"Ayuna," seru Tao. Kim Ayuna yang sedang bermain telefon bimbitnya mengangkat kepala.

"Apa dia?"

"Emm... actually, I want to tell you something." Beritahu Tao perlahan. Dia yang tadi berada di penjuru bilik tarian, merangkak mendekati Kim Ayuna yang hanya beberapa tapak sahaja darinya. Kim Ayuna menoleh.

Dup, dap, dup, dap!

Jantungnya sudah mula bergendang lain macam. Tadi semasa mengajar pelajar-pelajarnya okey je. Ini dah mula balik bila Tao duduk di sebelahnya. 'Apa sebenarnya perasaan ni?'

"Apa dia? Cakaplah..."

Tao menarik nafas panjang sedikit. Rasa berdebar pula mahu memberitahu perkara yang satu ini.

"Oppa, apa dia?" Soal Kim Ayuna tidak sabar. Wajah Tao yang kelihatan sedikit tidak senang mengundang rasa curiganya di dalam hati.

Tao terdiam sebentar. Perlu ke dia memberitahu berita ini atau membiarkan Kim Ayuna tahu sendiri nanti?

"Ermm... kita tunggu Chanyeol dengan Hanna dulu. Baru saya beritahu awak." Kata Tao. Kim Ayuna menunjukkan muncungnya. Tertanya-tanya dia dibuatnya sementara menunggu dua insan lagi tiba di sini.

"Mian, lambat. Ada ni je kat kantin." Chanyeol menyergah mereka berdua sambil menjinjit dua beg plastik hitam yang berisi bibimbap, sushi dan beberapa bekas kecil kimchi. Lapar punya pasal, makanan mewah tak ada pun tetap jalan seperti biasa.

Tao dan Kim Ayuna mengesot sedikit dan mengambil tempat bersebelahan. Tao sengaja melagakan bahunya dengan bahu Kim Ayuna supaya keadaan mereka seakan-akan pasangan kekasih. Baju pun warna sama iaitu putih. Bercorak yang sama iaitu 'I ♥ You'. Entah dari mana mereka beli dan boleh tergerak hati pula nak pakai sama. Corak tu yang tak boleh blah.

"Hanna mana, oppa?" Soal Kim Ayuna sambil menyumbat dua potong cebisan sayur kimchi ke dalam mulut. Kepalanya masih lagi memikirkan apa yang Tao mahu sampaikan tadi.

"Tadi dia ke toilet lepas tu ikut oppa pergi beli makanan. Dia pergi beli air sementara tunggu makanan-makanan ni siap. Maybe ramai orang kut. Sebab tu lambat." Terang Chanyeol yang Kim Ayuna bahasakannya dengan oppa itu. Chanyeol menjamu selera dengan tenang.

Kim Ayuna menoleh ke arah Tao yang lagi tadi senyap itu. Entah kenapa, hari ini Tao dan Chanyeol tidak banyak bercakap. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.

"Tao oppa..." Kim Ayuna bersuara. Dia akan memanggil Tao oppa jika lelaki itu seperti down saja. Perlahan tangan Tao yang sudah biasa berada di atas pahanya jika duduk berdua seperti ini dipegang. Dia berani berkelakuan begitu kerana Chanyeol sedang menjawab panggilan di telefon.

Tao menolehkan wajahnya menghadap Kim Ayuna. Bibirnya mengukir senyuman nipis kerana senang dengan kelakuan Kim Ayuna itu. Hatinya yang sedang gundah ini sedikit tenang bila Kim Ayuna berbuat begitu. Nak je dia peluk tubuh tu kat situ juga. Tapi bila fikir keberadaan mereka sekarang ini, Tao pasrah.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now