AYUNA mengelap rambut perang kecoklatannya dengan tuala. Segar sedikit badan selepas mandi dengan mandian orang Jepun. Banyak betul sabun mandian yang disediakan di dalam bilik air tadi sampai pening dia dibuatnya.
Punggung dilabuhkan di sofa yang disediakan di dalam bilik besar ini. Kalau dibandingkan dengan bilik latihan nenarinya, ianya sama besar.
Mata diperhati sekeliling. Hanna dilihat sibuk dengan Ipadnya tetapi gadis itu berbaring. Satu badan sudah selubung bermakna kejap lagi tidurlah.
Dia? Nanti jelah. Sebenarnya dia terlupa yang iPhone5 nya berbunyi tadi. Berapa kali entah. Tapi yang pasti, ketika telefon itu berbunyi, dia sedang mandi di dalam bilik air. Lama juga dia mandi. Dekat 20 minit. Patut segar badan.
Telefon yang sudah penuh dicharge dicapai. Kaki dirapatkan ke perut dan tubuh disandar. Dagu diletakkan pada kepala lutut. Sejuk pula lama-lama. Sudahlah hanya berseluar pendek dan berbaju T tidak berlengan.
Jarinya menyentuh petak aplikasi LINE yang terdapat di Widgetnya. Banyak betul SMS daripada lelaki kesayangannya. Ada 11 teks tapi satu pun dia tidak perasan. Perasaan bersalah mula menguasai diri.
"Oppa, mianheayo... Tadi Ayuna ada hal sikit. Check in hotel apa semua. Mian..." -Ayuna-
Ayuna terus melepaskan jarinya setelah menahan lama untuk merekod audio kepada Tao. Dia melihat kembali ke 11 SMS yang dihantar Tao.
"Kesiannya dia. Tak dilayan. Jacksonlah punya pasal!" Dalam diam dia memarahi Jackson. Bercakap pasal lelaki itu, rasa menyampah nenyelubungi diri. Kenapa Jackson suka memberi hukuman yang pelik? Dan yang paling menyakitkan, kenapa Jackson suka mengugut?! Sakit hati betul! Nak diadu, takut melarat pula nanti.
Kring! Kring!
Isyarat mesej LINE berbunyi bermakna Tao sudah membalasnya. Dengan tenang, dia melihat. Mesej audio.
"Kenapa check in lama sangat? Ada apa-apa yang berlaku ke, jagiya?" -Tao-
Ayuna ketawa melihat emotion 'marah' dan 'risau' yang diberikan oleh Tao. Tak lama seleas itu, Tao menghantar satu lagi emotion yang memang sangat Ayuna faham. Emotion merajuk!
"Oppa... don't be like thatlah... tak sanggup nak layan." -Ayuna-
"Bilik dah penuh. Sebab tu lambat." -Ayuna-
Tak lama selepas itu, Tao membalas pula.
"Habis tu Ayuna tidur dekat mana? Sejuk sayang kat sana. Please take care yourself." -Tao-
"Don't be naughty. And one more, jangan nak menggatal dengan orang sana. Kat sini yang sakitnya nanti." -Tao-
Terletus ketawa Ayuna akhirnya. Kenapalah suara Tao comel sangat hari ni? Cair betul hatinya mendengar. Suara Tao lebih kepada orang yang baru sahaja bangun tidur. Kalau diikutkan, perbezaan masa antara Korea dan Los Angeles 5 jam sahaja. Jika di Korea jam 1:00 pagi, di sana jam 5:00 petang. Mungkin baru bangun tidur agaknya.
"Mana ada! Oppa tu je yang take care apa semua. Jangan nak mengada-ngada dengan minah salih kat sana. Bukan Ayuna tak tahu! Kalau Ayuna dapat tahu, siap oppa!" -Ayuna-
"Okey. Oppa janji tak menggatal dengan sesiapa. Tapi kalau yeoja sana usha oppa, jangan marah oppa, ya sayang?" -Tao-
![[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.](https://img.wattpad.com/cover/31007866-64-k955446.jpg)