S3 : 14

3K 305 96
                                    

Taehyung tak tidur dah beberapa hari akibat Y/n tak henti henti menangis tapi Taehyung langsung tak merungut atau marah Y/n.

Dia tahu apa yang Y/n rasa.

"Sayang.. dah 4 Hari awak tak tidur dan tak berhenti nangis ni.. cukuplah.." Taehyung memeluk Y/n dan membiarkan Y/n menangis dibahunya.

"Awak takkan faham, Taehyung.. takkan.."

"Saya faham, Y/n.. baby tu anak saya juga.. saya pun sedih, Y/n.. kalau boleh saya pun nak nangis macam awak sekarang ni tapi saya redha, sayang.. tuhan lebih sayangkan dia.." akhirnya Taehyung menangis juga. Dah lama dia tahan.

"Kenapa dia tak bawa saya sekali.."

"Sebab dia nak awak teman saya, sayang.. kalau awak takde, tak tahulah apa jadi dekat saya nanti.." Taehyung mengukirkan senyuman nipis.

Perlahan lahan tangisan Y/n berhenti.

"Dah.. jom tidur" Taehyung mengesat air matanya dan membaringkan Y/n.

Y/n dan Taehyung memeluk erat satu sama lain.





---





"kita pergi bercuti nak tak?" Taehyung mengajak secara tiba tiba.

"Dalam keadaan macam ni awak nak bercuti? Awak gila ke apa?"

"Kita pergi hilangkan stress, sayang.. okay? Sayang nak pergi mana?" Taehyung bermain dengan rambut Y/n.

"Suka hati awaklah."

Taehyung tersengih.

"What about Japan? Dekat skit.. hehe" Taehyung tunjukkan gambar pada laptopnya. Y/n hanya mengangguk.

Taehyung pun beli tiket secara online.

"Okeh! Done purchase! Lusa kita jumpa Jihyun dengan Yoonji dekat rumah eomma dulu.. minggu depan kita ke.........."

"Japan!!" Taehyung mendukung Y/n.

"Yah yah! Turunkanlah! Apa ni?!!" Y/n meraung minta diturunkan.

"Jom lompat" Taehyung berlari ke kolam renang.

"Tak nak Taehyung! Saya tak pandai berenang lah!!" Y/n memukul mukul Taehyung.

"Satu..."

"Taehyung! Turunkanlah!"

"Dua..."

"Taehyung!! Saya tak pandai berenang--"

Tiba tiba sahaja memori Y/n dan Taehyung bermain di kolam itu datang semula. Y/n memegang kepalanya yang sakit.

"Tiga!!" Taehyung pun lompat ke dalam kolam itu bersama Y/n.













tbc


tataulah nak kata Y/n or Tae yg bodo dalam chapter ni 😀

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now