Sejak semalam aku asyik diamkan diri.
Jimin tanya sepatah, sepatahlah aku jawab.
Dia tanya kenapa dengan aku, aku hanya jawab takde apa apa.
Aku tak nak dia terkilan aku sedih disebabkan Jungkook.
Aku terkilan sangat sangat dengan Jungkook. Dia tukar nombor phone tak bagitahu. Bila call, perempuan yang jawab..
Aku mengeluh buat kali ke berapa entah.
"Call jelah dia sekali lagi, sayang.." Jimin letakkan phone aku dihadapan aku.
Aku pandangnya.
"Awak ingat saya tak tahu?" katanya tiba tiba.
Aku pun call Jungkook dengan ragu ragu.
"Hello"
Suara Jungkook...
"Erm.. hello.. y/n ni.."
And talian terus tamat.
Laju sahaja air mata aku mengalir.
Jimin pula hanya mampu gosok belakang badan aku dan peluk aku.
"Sabar.. dia mesti ada sebab dia sendiri.."
Aku menangis lagi dan lagi.
Aku risaukan dia macam orang gila tapi ni dia balas?
"Kita cari dia nak?" ajak Jimin. Aku menggeleng.
Cukuplah, Jimin.. Cukup.. kau dah banyak berkorban..
"Saya risau awak macam ni, sayang.. makan sikit, bercakap pun sepatah je.." kata Jimin dengan riak risau.
"Tak.. saya tak patut sedih sebab dia.. maaf.."
Jimin menggeleng.
"Dia antara orang penting dalam hidup awak.. saya faham apa yang awak rasa sekarang.. saya pernah laluinya.. please jangan camni.. kita cari dia ya?" Jimin mencapai kunci keretanya.
Aku masih statik di sofa.
"Jom sayang.. saya percaya Jungkook ada sebab yang munasabah kenapa dia end call tu tadi.." Jimin menarik tangannya aku supaya bangun.
Kenapa dia sanggup..
"Saya sayang awak dan tak nak awak sedih. Ingat tak apa saya cakap masa awal awal kita kahwin? Kebahagiaan awak ialah kebahagiaan saya jugak.. tapi kesakitan saya bukan kesakitan awak"
kata Jimin tiba tiba seakan boleh membaca fikiran aku.
tbc
YOU ARE READING
[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park Jimin
Teen Fiction"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your reading list 🌸 - author notes : Thank you for supporting this fanfic 💖 I love you <3 Highest Ranking: #1...