Malamnya, Taehyung ke bilik Jihyun dan Yoonji. Dia memang tak puas hati selagi tak tahu kenapa mereka jauhkan diri.
Sebaik sahaja Taehyung masuk, mereka menyorok dalam selimut.
Taehyung tarik selimut dan nampak Jihyun dan Yoonji menangis.
"Hey kenapa ni.." Taehyung tarik Yoonji dan Jihyun bangun.
Mereka hanya diam dan cuba untuk tak menangis depan Taehyung.
"Bagitahulah.. kenapa ni.. appa ada buat salah ke?"
Mereka menggeleng laju.
"Habistu? Ada orang buli lagi?"
Mereka menggeleng juga.
"Habistu kenapa nangis ni? Tengok dah tak comel dah" Taehyung lap air mata Yoonji.
Mereka masih diam tak nak bagitahu.
"Tak nak bagitahu eh? Okay" Taehyung ambil telefon, ipad, laptop dan PS5 Yoonji dan Jihyun.
Mereka masih diam.
Taehyung agak pelik tapi dia biarkan.
"Appa ambil ni sampai Yoonji dan Jihyun bagitahu apa yang jadi" kata Taehyung lalu keluar dari bilik itu.
Jihyun dan Yoonji menangis lagi.
---
Seminggu berlalu..
Jihyun dan Yoonji masih diamkan diri.
Mereka buat kerja sekolah bersama sama dimeja makan dan tiba tiba Taehyung lempar telefon, iPad dan PS5 mereka atas meja itu.
" bagitahu atau appa buang semua ni" Taehyung menyilangkan tangannya.
Yoonji dan Jihyun berpandangan sesama sendiri.
"Buanglah" kata Jihyun.
"Jihyun cabar appa?"
Jihyun hanya menunduk.
Taehyung terus lempar PS5 ke dinding sehingga hancur. Taehyung tahu Jihyun sayangkan PS5 itu.
Jihyun ternganga.
"Bagitahu atau ipad ni---"
"Okay okay!" Yoonji pantas mencapai ipad yang Taehyung pegang. Dia sayang ipad tu.
"Bagitahu" Taehyung duduk dihadapan mereka.
Yoonji agak takut.
"Okay kalau tak nak bagitahu---" baru sahaja Taehyung nak lempar ipad itu tapi Yoonji pantas bersuara,
"Cikgu sekolah kata appa tak sayang Yoonji dan Jihyun!"
Taehyung mengerutkan dahinya pelik.
"Kenapa pula?" soal Taehyung pelik. Tiba tiba je.
"C-cikgu kata sebab appa bukan appa betul Yoonji.. dia cakap appa jaga Jihyun dan Yoonji terpaksa je.. tak ikhlas.." Yoonji mulai menangis.
Taehyung mengeluh. Patutlah.
"Hey.. dengar sini.. ye, memang appa bukan appa betul Yoonji dan Jihyun tapi appa sayang korang tau.." Taehyung peluk mereka.
"Appa tak tipu kan?" soal Jihyun dengab tangisannya yang masih tak berhenti.
"Tak sayang.. appa sayang sangat sangat korang.. kalau betullah appa tak sayang Yoonji dan Jihyun, dah lama appa humban dalam rumah kebajikan" kata Taehyung.
".. jangan layan la apa yang orang kata.. orang tak tahu apa yang kita lalui.. okay?" pujuk Taehyung lagi.
Tiba tiba Yoonji menangis dengan lebih kuat dan peluk Taehyung dengan erat.
"Wae?" Taehyung risau.
"Hiks.. cikgu kata.. cikgu kata.. hiks" Yoonji tak dapat nak terangkan.
"Kenapa ni? Jihyun, kenapa dengan adik?"
Jihyun menggeleng.
Taehyung pun dukung Yoonji dan duduk disofa. Yoonji pula duduk diatas pehanya dan memeluk lehernya (paham paham jela)
Taehyung biarkan Yoonji habiskan tangisannya dulu.
Yoonji pula hanya hamburkan tangisannya didada Taehyung.
Selepas beberapa puluh minit menangis, Yoonji tertidur.
Taehyung mengeluh. Dia tengok Jihyun juga dah tertidur.
Taehyung bawa Yoonji ke bilik dahulu sebelum Jihyun.
"Good night" Taehyung kucup pipi Yoonji dan Jihyun lalu menyelimutkan mereka.
----
Keesokkan paginya Taehyung ke bilik mereka.
"Yoonji.." Taehyung angkat Yoonji duduk atas peha nya.
Yoonji hanya menunduk.
"Bagitahulah kenapa.. appa risaulah.." Taehyung memujuk.
"K-kawan Yoonji.."
"Kenapa dengan dia?" soal Taehyung tak sabar.
tbc
YOU ARE READING
[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park Jimin
Teen Fiction"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your reading list 🌸 - author notes : Thank you for supporting this fanfic 💖 I love you <3 Highest Ranking: #1...