Pada malamnya, Namjoon menghantar Y/n pulang.
"Awak balik dengan siapa?" Taehyung menyoal sebaik sahaja turun dari tingkat atas.
Y/n tengok Taehyung atas bawah. Kaki kiri dan tangan kiri patah. Melihat Taehyung menggunakan tongkat terbit rasa kasihan kepadanya tapi cepat cepat y/n menepis perasaan itu.
"Awak?" Taehyung memetik jarinya apabila nampak y/n termenung.
"Takyah sibuk" Y/n terus berjalan masuk ke biliknya.
"Sayang.." Taehyung memanggil. Y/n memberhentikan langkahnya.
"Saya lapar.." Taehyung pout.
"Suruh isteri awak masakkan" ujar y/n lalu berlari masuk ke bilik.
Taehyung menunduk. Nak sedih takde guna. Salah dia juga tak jujur. Sekarang y/n dah tahu sendiri makin teruk keadaan.
---
Taehyung masuk ke biliknya dan Y/n. Dia baring disebelah Y/n.
Tangannya melingkari pinggang Y/n.
"Sayang.. saya tahu awak tak tidur lagi.. Boleh kita cakap sekejap?" Taehyung cuba memujuk.
Y/n hanya diam dan mengendahkan Taehyung.
"Sayang.. please.. dengar penjelasan saya.." Taehyung memujuk lagi.
"Sayang-"
"Murah sangat sayang awak tu.. semaklah!" Y/n menolak kasar tangan Taehyung yang melingkari pinggangnya dan terus keluar dari bilik itu.
Taehyung menahan tangisnya. Dia tahu salahnya tapi sekarang salah siapa ? Y/n yang taknak dengar penjelasan.
Taehyung tak putus asa. Dia pergi ke ruang tamu dimana Y/n tidur.
----
Taehyung nampak y/n sedang text seseorang pada phonenya sambil tersenyum.
"Chat dengan siapa?" Taehyung menegur.
"Takyah sibuklah" Y/n menjeling Taehyung.
"Y/n.. dengar penjelasan saya please.." Taehyung separa merayu.
"Penjelasan apa? Jin dah bagitahu semua. Niat awak nak tolong dia kan? Tapi apasal sampai kahwin? Tak kahwin tak boleh?" Y/n mulai naik angin.
"Saya tak sanggup tengok orang susah" jawab Taehyung.
"Habistu awak sanggup tengok saya diperbodohkan? Suka??"
"Saya tak bodohkan awak, sayang.. saya sayang awak sangat sangat--"
"Kalau betul awak sayang saya dan awak memang hanya nak tolong perempuan tu, awak akan jelaskan pada saya awal awal lagi Taehyung.. tapi apa yang awak buat? Awak sorokkan dan tipu saya" Tangisan y/n terhambur juga.
"Sayang.. please faham saya.. saya tak cintakan dia langsung, y/n.. saya hanya jaga dia dan anak dia je.." Taehyung separa merayu.
"Ada awak spend time dengan Jihyun? Takdekan? Kalau Jihyun tahu pasal ni, dia akan benci awak, Taehyung.."
"Please jangan buat saya macam ni.." Taehyung merayu sambil menangis.
"Habistu? Nak saya buat apa lagi?? Keluar dari rumah ni??"
Taehyung terus memeluk Y/n erat.
"J-jangan.. saya sayang awak, Y/n.. saya tak sanggup.. please.. jangan.. awak boleh hukum saya tapi jangan tinggalkan saya, sayang.."
Y/n terdiam. Dia dapat rasa yang Taehyung ikhlas tapi dia tetap tak percayakan Taehyung.
"Awak kata awak rela dihukum kan?" soal Y/n. Taehyung mengangguk.
"Duduk rumah isteri awak tu selama sebulan dan jangan balik sini langsung. Jangan jumpa Jihyun" kata Y/n sebelum beredar ke bilik tetamu.
Taehyung jatuh melutut dan menangis teresak esak.
"K-kenapa.." Taehyung menumbuk dadanya yang sakit akibat tangisan yang kuat.
------
Y/n hanya melihat Taehyung menangis. Nak sahaja dia memeluk Taehyung dengan erat tapi dia tak boleh.
TBC
YOU ARE READING
[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park Jimin
Teen Fiction"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your reading list 🌸 - author notes : Thank you for supporting this fanfic 💖 I love you <3 Highest Ranking: #1...