36

199 16 19
                                    

FLASHBACK

“Dik boleh tolong akak tak?” sapa wanita itu.

Redzuan menoleh bila disapa.

Terpana wanita itu seketika. Ini bidadara ke? Manusia betul? Kenapa handsome sangatt? Hati wanita itu berteka-teki.

“Boleh, apa dia kak?” sengaja ditundukkan pandangan. Pakaian wanita tu sungguh menjolok mata.

Haih, ni la wanita zaman sekarang, nampak kaya, tapi tak mampu beli banyak kain. Sempat hatinya berbisik.

Tersedar wanita itu dari lamunan panjang.

“Tak payah panggil akak la. Nampak macam i ni tua la pulak. Hii, i'm Dalina!” eleh tadi sibuk sangat panggil diri tu akak. Ni apa citer?

Huluran tangan tidak disambut Redzuan. Sempat dia mengucapkan kata maaf.

Sekali lagi hati Dalina terpana melihatkan lelaki serupa Redzuan itu. Sungguh jarang benar dia jumpa lelaki perangai macam tu.

“Apa yang kak nak mintak tolong tu?” tegur Redzuan bila dia melihat reaksi Dalina yang seolah terpegun melihatnya itu.

Ada yang tak kena ke kat muka aku ni? Urghh! Dia ni okay ke tak? Kutuk hati Redzuan selamba lagi.

“Just call me Dalina, dear. I nak mintak tolong angkatkan barang I kat kereta boleh? Sebab tadi asyik sangat I beli barang sampai tak ingat I tak cukup tangan” terangnya satu nafas.

Ish, geli aku dengar dia ni panggil aku dear! Sayang tolong abang! Abang jumpa orang gilaa! Bentak hati Redzuan sekali lagi.

Berkerut seribu dahi Redzuan.

“Boleh, tapi kejap ya?” balasnya senada.

Dalina hanya mengangguk. Dan cepat saja Redzuan menjauhkan diri sebelum nampak kelibat dua ekor kesayangannya itu.

“Syaf, Naz. Meh tolong aku angkat barang perempuan tak cukup kain tu. Gila! Miang doh akak tu. Umur aku 16 kot! Ish! Beribu kali cantik lagi bini aku la!” sempat lagi Redzuan membebel melepaskan geram.

Nak terlepas tawa mereka berdua melihat Redzuan yang serupa mak nenek membebel tak tentu pasal itu. Siapa dengan tangan-tangan dia naik sebab membebel. Dengan muka berkerut seribu, mana tak lawak.

Mereka pergi ke arah Dalina yang seolah tertunggu akan kedatangannya.

Buat sekali lagi Dalina terpegun melihat ciptaan Allah yang begitu indah. Tiga-tiga handsome! OMG! Jerit hatinya.

“Siapa ni you?” Dalina masih belum tahu nama Redzuan jadinya dia hanya berkata begitu.

Redzuan menghantar isyarat mata tidak selesa dengan wanita itu pada Syafiq dan Nazrul.

“How old are you, duh?” soal Syafiq secara tiba-tiba.

“I muda lagi, I‘m 28. You guys umur berapa? Nampak macam 29”

Buat kesekian kalinya tawa mereka bertiga hendak terlepas. Ya Allah, miangnya wanita ni! Masing-masing merungut.

“16” balas mereka serentak.

Hampir terbuntang mata Dalina mendengarkan kenyataan itu. GILA! Sungguh gila! Tak nampak macam umur 16 langsung!

“Tak pe, jodoh tak kenal umur” hajatnya mahu berkata dalam hati, namun nasib tidak menyebelahinya bila mulutnya derhaka pada tuannya.

Kau imamku, Aku makmummuWhere stories live. Discover now