Langkah kaki diatur menuju ke kelasnya, 10 Khubbaizah. Bila tiba di hadapan kelasnya itu, semua yang berada dalam kelasnya itu diam dan mengeluarkan Al-Quran masing-masing dalam beg.
Aaliyah kalau dia marah, bukan main lantang suara dia. Tegas sangat. Tapi tu semua untuk kebaikkan semua supaya tidak terkeluar dari landasan akidah Islam.
Sebab tu dia dilantik sebagai Penolong Ketua Prefek. Walaupun dia masih lagi dalam form 4, tetapi, tetap orang akan mengundi dia kerana ketegasannya dan dia sangat adil dan jujur dalam melakukan apa sahaja tugas.
Dia anggap semua kawan, tak de yang musuh. Dia ni terlalu friendly. Sampaikan, ada orang kata dia ni terlalu active sebagai orang yang berpurdah. Active dengan apa jua activity dilakukan. Sebab tu banyak orang suka dia. Dia tak memilih kasih. Tu yang penting.
Ketua Prefek pulak, siapa lagi kalau bukan Syed Fawwaz Redzuan.
Aaliyah sangat berbangga dengan mereka semua kerana terlalu memberi kerjasama.
"Woi! Apa lah yang kau menungkan tu, Al?" tegur Raisya.
Selepas ditegur, dia seolah-olah baru kembali ke alam nyata.
Dia menuju ke tempatnya dan menyuruh mereka membaca surah Ar-Rahman.
Kalau sempat, dia akan membaca terjemahannya. Pernah sampai satu kelas menangis kerana terlalu menghayati. Dengan cara Aaliyah menyampaikan itu, sudah cukup membuat hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang mereka telah lakukan.
.....
"Hey, what's up?" sapa Syafiq kepada Redzuan dan Nazrul.
"Wa'alaikumsalam" jawab Redzuan dan Nazrul serentak. Lebih kepada menyindir.
Syafiq tersengih malu.
"Dah kafir ke wei? Tak reti bagi salam?" soal Nazrul pedas.
Syafiq tercengang dengan soalan yang dilemparkan Nazrul itu.
"Kejam gilaa! Sini kau!" bila Syafiq berkata begitu, Nazrul sudah memulakan langkah seribu untuk lari dari Syafiq.
"Huaarrgghh! Tak nakkk!!" jerit Nazrul sambil berlari.
Redzuan sudah tergeleng-geleng melihat perangai tak semengah kawannya itu.
"Dah, dah lah tu wei! Junior tengok laa" Redzuan menjerit sedikit kepada dua ekor kawan beruk dia yang masih berkejar-kejaran bagai oang bercinta yang bergelak-tawa(persis gay ada jugak).
Nazrul yang masih belum berjaya Syafiq dapatkan itu terus terhenti dengan jeritan Redzuan itu tadi, dia tidak sedar yang syafiq masih lagi ingin membalas dendam itu mengejarnya.
"Naz!!" panggil Syafiq bila tiba di belakang Nazrul.
Nazrul terus menoleh.
Syafiq terus menumbuk bahu Nazrul kasar untuk membalas dendam. Biasalah permainan lelaki kann. Memang lah bagi mereka tak sakit.
Nazrul hanya mampu mengeluh kerana dia terlalu percaya dengan panggilan Syafiq itu. Sepatutnya tadi itu, dia berhenti terus kat belakang Redzuan ini tidak.
Redzuan dan Syafiq sudah tergelak terbahak-bahak melihat muka cemberut Nazrul.
Dengan langkah yang longlai tidak lupa jugak masih dengan cemberut di wajah menuju ke arah Syafiq dan Redzuan.
Semakin galak mereka mentertawakan Nazrul.
Nazrul mengemas segala buku-bukunya masuk ke dalam beg.
Sebelum pergi dari situ, sempat dia menjeling syafiq dan Redzuan. Redzuan dan Syafiq hanya buat tak endah malah mereka menyambung mengulang pelajaran mereka.

CZYTASZ
Kau imamku, Aku makmummu
LosoweDinikahkan ketika berusia 16 tahun. Memang orang akan cakap "GILA". Tapi tidak bagi Redzuan dan juga Aaliyah. Mereka cuba untuk berkahwin diumur muda dan membina cinta selepas sahaja mereka di ijab kabulkan. Mereka sangat bahagia selepas sahaja mem...