24

348 27 3
                                    

"Sayang, kalau abang bagitau, abang harap sayang kuat dari segi fizikal dan mental ya ?" tutur Redzuan penuh kasih sayang dengan menggapai tangan isterinya yang masih kelihatan lemah dan pucat lesi.

Naluri Aaliyah kuat mengatakan sesuatu yang terjadi buruk menimpa dirinya. Tapi apa ?

Dengan sedikit kekuatan yang ada, Redzuan menarik sedikit nafas sebelum memulakan penyataan itu.

"Sebenarnya, sayang dah preggy dalam 2 minggu camtu, tapi-" penyataan itu terhenti apabila perasaan sebak menimpa hadir.

"Tapi apa, bang ? Sayang keguguran ke ?" walaupun perit menyatakan perkataan 'keguguran' itu, namun harus bagaimana lagi jika itu kenyataan yang pahit dia kena telan. Malahan, lebih pahit dari ubat.

Redzuan hanya sekadar mengangguk.

Butir-butir mutiara jernih perlahan menitis dari kedua mata suami isteri.

"Shhh, jangan laa sedih, dia tengah tunggu kita dekat syurga tu" Redzuan memberikan sedikit kekuatan.

"Tak la sedih mana, sebab kita kena redha atas sesuatu perkara, cuma, rasa terkilan sebab tak tahu janin ni sempat bertahan 2 minggu dalam rahim sayang" terang Aaliyah.

"Sian anak walidah sebab walidah tak tahu akan kehadiran awak. Nanti kita jumpa dekat syurga ya, ibni" bisik Aaliyah sayu.

Redzuan dengar bisikan itu, dia hanya mampu tersenyum melihat dengan kagum kekuatan seorang wanita dihadapannya ini.

"Tak pe, nanti kita cuba lagi" laju sahaja mulut itu dengan senyuman nakal dihadiahkan Redzuan dengan makna yang tersirat.

Aaliyah terkebil-kebil ingin menangkap maksud sang suami.

Lama-kelamaan, akhirnya otaknya ligat memikirkan ungkapan makna yang tersirat.

"Pervert!" dengan sedikit kudrat tangan kecil itu mencubut lengan sasa Redzuan.

Muka yang semerah tomato itu disorok dengan telapak tangan.

"Comelnya sayang abang nii" geram Redzuan dengan kecomelan sang isteri. Sempat dia mencuit hidung mancung milik Aaliyah.

"Abang~" meleret suara Aaliyah yang geram akan tindakan Redzuan itu.

Meletus tawa pasangan yang terlihat sangat bahagia.

...

"Silakan" persis prince charming Syafiq dan Nazrul membukakan pintu wad milik Aaliyah.

"Tak yah acah sangat. Masuk je" ucap Amelya tidak berlapik.

"Ladies first, kata mat salleh" dah mula dah mulut manis si Syafiq ni.

"Eh ?" sengaja Amelya bertaut kening tidak faham akan kenyataan itu.

"Laa kenapa ?" soal Syafiq semula.

"Kau tak tahu ke ?" soal Amelya masih dengan keadaan seperti tadi.

"Tahu ape ?"

"Kita kan orang Islam. Bukan sepatutnya kita mencontohi tingkah laku Rasulullah dan para sahabat Rasulullah atau ahli keluarganya atau sesuatu yang baik ke ? Kata Sayyidina 'Umar Al-Khattab R.A, Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang seorang wanita. Tak pon, ikut kedudukan saf ketika solat, lelaki kan kena kat depan, dan wanita pulak dibelakang. Tak gitu, ustaz Syafiq ?" perkataan 'ustaz' sengaja ditekan oleh Amelya selepas menghabiskan sedikit tazkirah ikhlas dari hati 'suci' miliknya.

Terkedu Nazrul apatah lagi Syafiq. Kaku seperti patung cendana.

"So, cik abang, tak nak masuk ke ? Nak kena bagi tazkirah lagi ?" perli Raisya geram.

Kau imamku, Aku makmummuWhere stories live. Discover now