TANGISAN bergema dalam ruang yang kosong disertakan gelap.
Aku kat mana ni, ya Allah.
Darah semakin banyak mengalir. Kesakitan pada ari-ari tidak begitu terhingga.
Ngilunya, hanya Allah je yang tahu!
Perutnya dipegang.
Macam-macam benda buruk dalam pikirannya.
Berlegar-legar benda yang sepatutnya dan susah dia ingin terima dalam kepalanya.
Terasa dirinya bagai ditikam-tikam.
Sakit Ya Allah...
"ASTAGHFIRULLAH!"
Terbangun Aaliyah dari mimpi buruknya.
Hatinya benar-benar bersyukur itu semua cuma mimpi, permainan syaitan.
Peluh yang seakan bermandi pada tubuhnya, dilap sedikit.
Mata merenung jam dinding yang berada dihadapannya.
Kerana terlalu awal dia TERbangun dari lenanya, dia mengambil langkah untuk mengambil wudhu dan menyambung tidur yang tergendala.
Sempat perut lepernya diusap.
"ALHAMDULILLAH!" hanya ucapan syukur terlepas dari mulut mereka.
"Bilaaa?" soal Raisya teruja. Yela nak jadi makcik mana tak happy?!
"Hari tu, aku ngan suami aku check. Tak sangka pulak betul. Doakan yang terbaik ya" pinta Aaliyah.
Tersenyum Aaliyah dibalik helaian kain itu. Kawan-kawannya terlalu happy. Dia pun terus happy dengan reaksi kawannya.
"Berapa minggu? Ke bulan?" soal Amelya. Jelas terpapar riak teruja mereka berdua.
"Baru 3 minggu. Baby masih kecik" balas Aaliyah.
"Alhamdulillah! I'm happy for you! Take a good care for my nephew pleaseee. Jadi mama muda la kau. Lepas ni turn Raisya pulak!"
Suka hati je si Amelya ni aku pulak yang geram!
Jelingan dihadiahkan dengan berbesar hati buat Amelya.
"Doakan je la. Kau, bila nak kawin? Geli aku tengok kau dating ngan Syafiq hari-hari tu. Asyik nak melekat aje, macam ulat belancas!" selamba saja Raisya mengutuk Amelya.
"Eh, hello makcik! Dating hotak kau! Eee aku cili jugak mulut kau sekarang ni. Tu meeting la. Andd kau tak nampak ke ada RAMAI orang kat sanaa" bidas Amelya pedas. Sengaja perkataan 'ramai' ditekan Amelya.
"Dah, sudah. Tak habis-habis lagi ke nak gaduh. Pening tahu" tegur Aaliyah.
"Kau dengar tu mak buyong tegur kena dengar" sempat saja Raisya mengusik Aaliyah.
"Ada-ada je kau ni, Sya. Aku yang kurus ni kau cakap buyong. Baby, marah makcik Raisya!" gurauan dibalas gurauan. Markah seri!
"Nampak tua la, ngek. Aku yang muda ni tiba-tiba dipanggil makcik. Auntie sudahla" luah Raisya tidak puas hati.
Hanya tawa dilepas dari mereka.
"TAUla nak jadi bapak bayi tak yah la terlalu serius, seram tahu?!" tegur Syafiq.
"Ah kau! Kau tu dua kali lima sepuluh je dengan Red. Taula dah jadi kekasih orang perangai tu tak boleh improve ke?" pedas saja Nazrul memulangkan paku pada Syafiq.

YOU ARE READING
Kau imamku, Aku makmummu
RandomDinikahkan ketika berusia 16 tahun. Memang orang akan cakap "GILA". Tapi tidak bagi Redzuan dan juga Aaliyah. Mereka cuba untuk berkahwin diumur muda dan membina cinta selepas sahaja mereka di ijab kabulkan. Mereka sangat bahagia selepas sahaja mem...