SUSAH untuk Aaliyah menghadam apa yang dikatakan Doktor Farha yang berada di hadapannya. Sukar untuk dia menggambarkan perasaan dia tika ini. Nak gembira? Nak sedih? Entahlah.
Doktor Farha yang daripada tadi menjelaskan tentang apa yang terjadi, kini, berasa risau dengan riak Aaliyah.
Tangan Aaliyah dicapai dan digenggam. Memberikan sedikit kekuatan buat wanita itu.
Dia sendiri tidak sampai hati dan agak terkejut dengan apa yang berlaku.
"Puan Aaliyah, saya sebagai doktor peribadi keluarga puan untuk beberapa tahun, juga turut bersedih. Kejadian serupa ini tidak pernah saya sangka. Saya harap sangat puan dapat beri kerjasama," rayu Doktor Farha.
Lama Aaliyah berdiam diri sehinggalah nafas berat dilepaskan,
"Tetapi doktor, pembedahan ini boleh beri risiko yang amat tinggi buat kandungan saya. Tolonglah faham dengan keadaan yang menimpa saya. Saya baru sahaja tahu soal malaikat kecil saya ni. Saya juga mahu merasakan hangatnya mempunyai anak yang akan menambah seri keluarga kecil saya. Saya tidak sanggup untuk korbankan kandungan saya," putus Aaliyah dalam tangisan kecilnya.
Ya, dia baru sahaja tau yang dia telah mengandung 2 minggu yang lepas, dan Alhamdulillah kandungannya sudah mencecah 3 bulan. Suaminya belum tahu soal ini.
Sebenarnya, hari ni adalah hari check-up Aaliyah. Dan dengan ultrasound yang ingin dibuat, hajatnya untuk memberikan gambar ultrasound itu buat suaminya sebagai bukti.
Namun impian itu terjadi disebaliknya.
Runtun hati Doktor Farha mendengar luahan hati Aaliyah.
Suasana ruangan bilik Doktor Farha tika itu ditemani dengan bunyi cengkerik dan suasana yang hening.
Doktor Farha menghembuskan nafasnya berat. Otaknya ligat berfikir, cara macam mana lagi untuk selamatkan kedua mereka, iaitu Aaliyah dan bayi kecil yang sudah 3 bulan menghuni rahim miliknya.
"Baiklah, kalau itu yang puan hendakkan. Ini betul-betul last option. Memandangkan kanser rahim puan masih ditahap yang pertama dan ianya masih baru, saya sarankan dan saya benar-benar merayu untuk puan lahirkan bayi puan cukup tika kandungan puan mencecah tujuh ke lapan bulan. Dengan izin Allah, saya yakin bayi itu sihat cuma dilahirkan pramatang dan itu tidaklah mengambil apa-apa risiko cuma harus diberi banyak tumpuan terhadap bayi puan. Lepas saja melahirkan, saya akan usahakan untuk puan tetap sembuh dan anak puan akan mendapat kasih sayang seorang ibu kandung," terang Doktor Farha panjang lebar.
"Macam mana saya nak bagitau suami saya tentang hal ini. Saya tak nak dia bersedih," daripada tadi lagi nafas yang dihembus Aaliyah kedengaran berat.
"Saya juga tiada idea. Apabila saya mendapat tahu tentang barah yang menghidap puan, dari sini saya terus membuat pemeriksaan macam mana itu terjadi. Soalnya setiap pesakit barah, mereka mempunyai simptom-simptom awal. Bila saya membuat pemeriksaan yang lebih teliti, puan ingat mengapa setiap kali puan haid, dia punya kesan menjadi-jadi dan teruk? Saya membuat andaian itulah salah satu simptomnya," terang Doktor Farha.
Aaliyah juga turut memikirkan soal itu. Patut la dia haid tak macam orang lain. Buat kesekian kalinya dia menghembuskan nafas beratnya.
"Okayla doktor, saya mintak diri dulu," pamit Aaliyah dengan senyuman hambarnya.
HANDBAG berjenama Dior itu diletak. Lemah saja kakinya ingin melangkah. Kain telekong yang ada disampingnya, mula direnung.
Dia mula menuturkan langkah ke kamar mandinya untuk mengambil air wudhu.
Pada siapa lagi dia ingin mengadu jika bukan pada Tuhan-nya, Tuhan sekalian makhluk.
Kain tekeong mula disarung dan dia mulakan dengan lafaz 'ta'awuz' dan niat untuk solat sunat.
Selesai, dia mula merintih dengan tangisan yang semakin lebat.
"Ya Rabb, aku tahu Engkau menguji makhluk-Mu yang lemah untuk menjadi kuat. Namun, harus bagai mana lagi untuk aku kuat, ya Allah. Aku buntu. Aku buntu apa yang ingin aku bicarakan tentang penyakit barah ku ini pada suamiku. Aku tidak sanggup melihat dia bersedih. Aku tidak inginkan simpati. Aku hanya perlukan kekuatan
Anakku, berkuatlah kamu di dalam rahim walidah. Tahan sayang. Hanya kamu saja yang walidah harapkan untuk terus bersama walidah. Walidah sayangkan kamu," helanya panjang.
Lama dia jeda dengan tangisan derasnya yang menghiasi ruangan biliknya yang terasa hening sehingga dia merasakan sebuah pelukan yang hangat ditujukan buatnya.
Sebuah pelukan yang terasa memberi kekuatan buatnya.
Dia membuat andaian bahawa suaminya mendengarkan apa yang dia mengadu pada Tuhan mereka sedari tadi.
Lama mereka dalam keadaan sebegitu sehinggalah, kerongkongnya berasa mual.
Dilepaskan pelukan suaminya dan dia terus berlalu ke tandas.
Kedengaran suaranya yang mengeluarkan segala isi perutnya. Sudahla perutnya hanya diisi untuk sarapan, lunch dan dinner habis di-skip-nya.
Nasib sahaja dia sempat membuka telekongnya supaya tidak kotor.
Habis saja dia mengeluarkan segala isi perutnya, dia kembali semula.
Dia mula melabuhkan punggungnya disebelah suaminya.
Segaris senyuman dihadiahkan buat si suami. Namun suaminya yang bijak itu, dapat tahu senyuman itu baginya adalah senyuman pahit si isteri.
Suaminya hanya menunggu apa yang ingin diluahkan si isteri.
Dia kenal sangat isterinya yang lebih suka berdiam lama sehinggalah mendapat kekuatan untuk meluahkan padanya. Jadi kerja nya hanya mendengar dan menunggu.
"A-Abang dengar?"
Cukup sebuah anggukan membuatkan tangisannya kembali deras.
Dan tugas suaminya pun,
"Berapa bulan?" lembut saja suara suaminya.
"Tiga bulan,"
Tangan sasa suaminya mula mengusap perut isterinya sambil berkata dalam separa berbisik,
"Salam 'alaik, anak walid. Sihat tak? Jaga walidah elok-elok ya sayang? Jangan bagi walidah sakit. Banyak yang walidah perlu tempuhi untuk malaikat kecil kami ini. Walidah sakit, jadi jangan banyak karenah ya? Jadi anak yang soleh mendengar kata ya?" pesanan lembut itu cukup menyentuh hati isterinya.
Dia tidak mahu menyentuh isu kanser yang dihidap isterinya. Dia tunggu emosi si si isteri stabil dan baru lah dia menanyakan soal itu ataupun biar isterinya saja yang memberitahunya.
Selesai menuturkan itu, Redzuan meletakkan Aaliyah dalam dakapan hangatnya.
Dengan baju kasualnya yang masih tersarung belum bertukar. Manakan tidak, baru saja dia pulang dari kuliahnya, tiba-tiba dia mendengarkan luahan si isteri.
Hampir terduduk dia mendengarkan hal itu. Namun digagahkannya jua. Betapa beratnya dugaan isterinya yang perlu ditempuhnya.
Nasih saja tika Aaliyah buat check-up, dia tidak mempunyai kelas.
Patutla Aaliyah meminta izin ingin pergi berjumpa Doktor Farha.
Baju kasual yang tersarung pada tubuh sasanya mula dibasahi dengan air mata Aaliyah.
Ubun-ubun Aaliyah mula diusapnya dan diciumnya tanda memberi semangat dan kekuatan buat isterinya.
"Baby kita sihat?" soal Redzuan prihatin.
"Alhamdulillah! Baby kita sihat! Walidah dia je yang sakit-"
Redzuan menunggu apa yang ingin dikatakan isterinya. Saat inilah yang Aaliyah ingin memberitahu segalanya.
"Kanser Rahim, permulaan stage,"
Hampir luluh jantung Redzuan mendengarkan soal itu. Semakin erat pelukannya buat isterinya.
Dan saat itu Aaliyah menceritakan daripada A hingga Z.
TBC

KAMU SEDANG MEMBACA
Kau imamku, Aku makmummu
AcakDinikahkan ketika berusia 16 tahun. Memang orang akan cakap "GILA". Tapi tidak bagi Redzuan dan juga Aaliyah. Mereka cuba untuk berkahwin diumur muda dan membina cinta selepas sahaja mereka di ijab kabulkan. Mereka sangat bahagia selepas sahaja mem...