“REDZUAN!!!” Syafiq menjerit namanya dengan tidak kisah high note dia pecah atau tak. Lagi-lagi dengan keadaan sekeliling yang ada manusia namun sunyi macam dalam kubur.
Syafiq, syafiq. Suka hati dia je buat umpama. Ni kalau guru bahasa melayu dengar, sah-sah kena sebat dengan rotan.
“Haa! Kat sini pun kau! Aku ingat nak ajak kau kat kafeteria kejap,” ya Allah tu je ke yang dia nak cakap. Menjerit dia bukan main sampai hilang malu. Huwaaa.
Redzuan yang terkejut tadi terus rasa nak cekik-cekik Syafiq. Gila! Ingatkan berita buruk ke apa ke sampai main redah je.
“Kau, kalau tak boleh cakap pelan-pelan memang tak sah eh? Ada jugak keluar surat khabar bertajuk ‘SEORANG SAHABAT DICEKIK KERANA MEMBUAT KEKECOHAN’ haa tak ke naya?” bebel Redzuan dengan geram.
Orang punya la risau dengan keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa kat dalam tu, dia boleh pulak dengan selambanya mengajak Redzuan macam ajak lepak tepi mamak.
Someone! Sape ada kenal budak ni? Sila claim ya Megat Syafiq ni.
Nazrul yang melihat Syafiq tadi pun turut menepuk dahinya melihat karenah Syafiq yang tidak pernah matang itu.
Wajah Redzuan yang kian memerah yang menandakan gunung berapi ingin meletop itu membuatkan Syafiq tersenyum gerun. Tahu takut. Tadi waktu nak buat tak pulak takut. Haihla.
“Ajak Nazrul je, aku tak de masa nak layan kau. Isteri aku lebih perlukan aku dari kau,” suaranya yang tertahan-tahan itu semakin meremangkan bulu roma Syafiq.
“Yang kau macam kucing tak dapat berak ni asal?” tegur Redzuan pelik.
“Takla, kau la seram sangat,” jujur Syafiq.
“Tu la kau, tadi sebelum buat tak nak fikir. Aku main-main je tadi. Tak payah pucat sangat muka tu. Dah la aku kena cepat ni, nanti doktor cari aku,” tampak tenang saja wajahnya.
Syafiq tersengih bila mendengarkan soal itu.
Redzuan berlalu pergi ke tempat tadi.
Sesekali matanya mengerling ke arah jam tangannya.
Tasbih digital yang selalu ada bersamanya di-on-kan. Dan bermula daripada istighfar dan bermacam-macam zikir lagi hingga dia terlelap kepenatan.
Mereka yang perasan akan itu hanya membiarkan Redzuan.
Mereka tahu dia penat.
Mereka tahu dia sakit.
Mereka tahu dia tak punyai kekuatan.
Mereka tahu dia tampak sahaja tenang namun hatinya sebaliknya.
Mereka tahu dia banyak berkorban.
Jadi mereka membiarkan dia berehat dari dunia yang agak kejam ini. Bila doktor keluar, mereka akan kejutkan dia dari mimpi indahnya yang penuh dengan harapan.
Seketika dia bermimpi sekelilingnya putih. Sehingga datangnya seorang wanita didatangi dengan sinaran cahaya dan sekelilingnya terus bertukar menjadi taman yang begitu indah hingga dia terpesona melihat pemandangan itu.
Wanita itu tertutup wajahnya dengan kain yang menghalang wajahnya dari dilihat.
Wanita itu berpakaian semua putih. Dari kepala hingga hujung kaki semua kelihatan putih.
Namun apa yang berbeda, wanita itu tampak benar-benar berseri.
Redzuan yang melihat akan itu terus memeluk wanita itu dengan linangan air mata.
“Sayang! Sayang dah sedar?” walau dia tahu itu hanya mimpi, namun dia benar-benar berharap agar tidak dibangunkan dari lenanya.
Dapat dilihat dari mata wanita itu bahwa dia tersenyum dan mengangguk.
“Abang, tolong jangan berharap lebih. Sayang takut sayang tak mamlu lawan kesakitan ini. Jika ini kali terakhir yang abang akan mimpi tentang sayang, sayang harap sangat abang jaga anak kembar kita dengan penuh kasih sayang. Besarkan mereka dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Jika mereka inginkan kasih sayang seorang ibu, abang boleh kahwin. Jangan risaukan sayang. Sayang tenang je dekat alam ini.
Berhenti risaukan sayang. Risaukan diri abang dulu. Abang nampak kurus semenjak jaga sayang. Mesti sayang ni banyak menyusahkan abang kan? Sayang mintak maaf sesangat. Abang, halalkan makan minum sayang ya. Maafkan segala kesalahan sayang. Sayang pergi dulu ya?” pelukan hangat tadi kian sejuk umpama dia hanya memeluk angin.
Bayang isterinya juga kian pudar.
Redzuan semakin cemas bila bayang isterinya sudah hilang.
Sekelilingnya bertukar menjadi warna putih semula.
“SAYANG! SAYANG! SAYANG!” panggil Redzuan cemas.
“Sayang tak kesiankan anak-anak kita ke? Mereka juga perlukan kasih sayang sayang sebagai ibu kandung mereka,” laung Redzuan.
Dan akhirnya dia tersedar dari lenanya. Mukanya yang agak basah dilapnya.
Dilihatnya ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya yang risau memandangnya itu terus dia membuahkan senyuman buat mereka supaya mereka tidak merisaukan keadaannya.
Mereka tahu senyuman itu palsu.
Cuma mereka mendiamkan sahaja.
Klak!
Kedengaran pintu terbuka dan keluar Doktor Farha dengan wajah yang berpeluh. Nampak sangat dia benar-benar berusaha.
Semua terus meluru mendapatkan Doktor Farha.
“Maaf, boleh saya pinjam encik Redzuan sekejap?” selepas menuturkan itu, mereka yang lain berundur dengan penuh harapan yang baik-baik.
Redzuan mengikut langkah Doktor Farha yang agak jaub dari ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya itu.
“Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya benar-benar berusaha keras untuk selamatkan Puan Aaliyah. Namun peratus untuk dia diselamatkan benar-benar rendah dan tipis. Mungkin dalam masa terdekat ini, dia akan menghembuskan nafas terakhirnya. Jadi saya benar-benar pasrah dan membenarkan encik bertemu puan sebelum segala kemungkinan yang akan terjadi,” ujar Doktor Farha dalam tangisan.
Dia menjadi doktor buat Aaliyah buat beberapa tahun lamanya. Dianggapnya Aaliyah seperti adik kandungnya sendiri. Tidak mungkin dia tidak akan bersedih juga.
Redzuan memecut laju. Dia takut dia tak sempat ada di sisi Aaliyah tika nyawanya ditarik. Dia takut jika dia tak sempat mengucapkan selamat tinggal buat isteri tersayangnya.
Pintu bilik dibuka kasar.
Aluran nafas Aaliyah sudah dibuka oleh pihak hospital. Nak buat macam mana lagi jika memang ajal Aaliyah sampai saat ini saja. Jadi mereka semua benar-benar pasrah untuk melepaskan Aaliyah pergi.
“Salam ‘alaik, bidadari syurga abang. Sayang, abang harapkan akan keajaiban. Jika sayang dengar ni, abang minta sangat sayang bertahan untuk anak-anak kita. Mereka masih lagi bayi untuk ditinggalkan oleh ibu yang bersusah-payah melahirkan mereka. Tapi lepas apa yang berlaku, satu perkataan saja walau ianya berat dikatakan, ab-ab-abang redha,” usai mengatakan itu, seolah benar ada keajaiban, mesin degupan jantung itu menunjukkan degupan jatungnya semakin lama semakin normal walau ianya lemah. Nafas isterinya juga seakan tersekat dan susah unyuk bernafas. Tapi itu semua menunjukkan sinar harapan mereka semua seperti terjadi.
Kakinya terus mendapatkan Doktor Farha dan memberitahu soal itu. Doktor Farha yang tika itu sedang mengelap air matanya terus berlari mendapatkan Aaliyah dan memeriksa keadaan Aaliyah.
Apa yang Redzuan nampak, alat pernafasan itu kembali dipasangkan pada isterinya.
Sukar untuk menggambarkan perasaannya tika ini.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, Doktor Farha keluar dengan senyuman kecil.
“Nampaknya, Puan Aaliyah menunjukkan tanda-tanda yang ingin sedar dari komanya. Teruskan berdoa ya,”
Setitis demi setitis mutiara jernih miliknya jatuh membasahi wajah penat lesunya.
TBC

CZYTASZ
Kau imamku, Aku makmummu
LosoweDinikahkan ketika berusia 16 tahun. Memang orang akan cakap "GILA". Tapi tidak bagi Redzuan dan juga Aaliyah. Mereka cuba untuk berkahwin diumur muda dan membina cinta selepas sahaja mereka di ijab kabulkan. Mereka sangat bahagia selepas sahaja mem...