BAB | 28

7.8K 586 24
                                    

Bab 8.

"Wahhh.."serentak mereka semua dikejutkan dengan permandangan indah dan cantik itu.

Mereka terpegun melihat perkarangan rumah mewah milik keluarga Nasrul Haziq. Sudah seperti istana sahaja rumah sahabat mereka itu. Lagipun tidak hairan kerana ayahnya seorang tentera yang berpangkat besar dan tinggi.

Ketua dalam ketenteraan.

"Ini ke rumah keluarga kau Nas?"soal Farha kagum.

Rumah keluarganya pun tidak seperti itu. Biasa sahaja.

"Yes.."balas pendek Nasrul.

Automatik pintu pagar besi rumah keluarganya itu terbuka luas. Keretanya masuk ke dalam garaj. Usai sahaja lelaki itu mematikan enjin keretanya. Mereka semua turun dari perut kereta. Mereka disapa oleh salah seorang pengawal dihadapan muka pintu.

"Selamat datang Tuan Muda.."tegur hormat pengawal itu.

Nasrul hanya membalas bersahaja.

"Ayah saya dekat mana?"soalnya.

"Tuan Besar ada dekat dalam Tuan Muda.."jawab pengawal tersebut.

"Tak apa lah kami masuk dulu.."pamitnya.

Pengawal itu menurut perintah dan membongkokkan sedikit badannya memberi laluan kepada mereka semua. Rumah itu seperti kelihatan sunyi sahaja. Ke mana semua orang pergi? Selalunya ramai pengawal peribadi ayahnya. Adakahnya mereka dipecat?

Angin ayahnya itu pelik juga.

Masuk sahaja ke dalam rumah keluarga Nasrul mereka dikejutkan lagi dengan hiasan di dalam rumah itu. Rumah tersebut di hiasi dengan cat berwarna putih keemasaan ala ala Inggeris gitu! Nampak mewah dan sungguh elegen.

Mulut Aireen sudah terngaga luas.

"Tutup mulut kau Aireen.."bisik Nurra Danisa ditepi telinganya.

Sebenarnya dia tidak hairan melihat kemewahan orang lain. Tanpa mereka sedari Nurra Danisa jauh lebih mewah dan kaya dari Nasrul Haziq. Cuma dia dan keluarganya hidup secara bersederhana.

Tidak begitu menunjuk. Rumah datuknya di Itali lagi serba mewah ibarat sebuah istana. Gadis itu tersengih kecil. Terkesima agaknya melihat rumah mewah itu. Dia dan keluarganya hanya ada sebuah rumah kayu yang sudah buruk.

Tetapi dia tetap bahagia.

Bersyukur apa adanya.

"Mana ayah kau? tak nampak pun dari tadi? Rumah keluarga kau pun sunyi je.."Anas pula bersuara.

Dia memandang sekeliling.

Sunyi sepi.

"Biasanya ayah aku ada je berehat dekat ruangan hadapan sana. Kalau tak ada mungkin ayah aku berehat dekat atas dalam bilik.."Nasrul berkata sambil wajah di arah sedikit ke satu ruang yang tidak jauh dari mereka.

Mereka turut berpaling memandang ruangan tersebut.

Nampak luas.

Di ruang itu terdapat almari bacaan dan disediakan dengan tv berskrin yang cukup besar. Terdapat beberapa sofa mewah berbentuk segi empat di ruangan tersebut. Sebuah meja kaca dan salah satu sudut menempatkan gambar ayahnya di sebuah almari berukiran kayu.

Gambar-gambar ayahnya berpakaian seragam dalam pelbagai acara ketenteraan.

"Habis tu pembantu rumah kau tak ada ke Haziq?"soal Zikri pula.

"Ada mak cik Asma.."jawabnya ringkas.

"Tapi waktu macam ni dia dah balik. Ayah aku tak perlukan pembantu rumah tetap.."jelasnya lagi.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now