BAB | 4

16.4K 1.1K 61
                                    

Sahabat baiknya mengetuk pintu bilik Kane Dennis. Walaupun pintu bilik sahabat baiknya itu tidak tertutup tetapi dia masih lagi beradab untuk memohon izin masuk ke dalam. Usai makan malam bersama keluarga lelaki itu dia terus meminta izin naik ke tingkat atas.

Kane Dennis tidak bersama mereka untuk makan malam kerana menjaga adik perempuannya. Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan adiknya Nurra Danisa di dalam bilik seorang diri.

Dia rela membawa masuk makanan ke dalam biliknya dan berkongsi nasi dengan adiknya dan menyuap adik perempuan dia itu dengan tangannya sendiri.

"Bro, boleh aku masuk?"soal sahabat baiknya di muka pintu.

"Masuk je lah yang kau tercegat lagi dekat situ kenapa?"soalan di balas soalan.

"Ayat kau! tak kan aku nak menonong masuk je ke dalam bilik kau."ujarnya dengan muka sedikit menyampah.

Aku minta izin masuk bilik kau, kau perli aku pula omelnya didalam hati. Kalau tak minta izin nanti dikatanya kita menceroboh masuk. Seorang Kane Dennis terkenal dengan ayat pedasnya. Sumpah!

"Jadi?"balasnya kejam.

"Kau ni! Aku ganyang juga nanti."kata lelaki itu.

"Kau jangan macam-macam bro, kau tak nampak adik aku ni tengah tidur."balasnya mendatar.

"Tak pasal-pasal aku lenyekkan muka kau dekat lubang jamban sana."Kane Dennis menjuih bibir ke arah pintu bilik air.

"Daripada kau lenyekkan muka aku yang kacak ni apa kata aku bagi ciuman dekat kau."Lelaki itu tersengih nakal.

"Woww! woww!"

"Apa ni."

Kane Dennis pula mengelak.

Matanya mencerlung tajam kepada sahabat baiknya itu. Auch! Takutnya boboi!

Itu adalah diri mereka. Bergurau dengan kasar itu sudah sebati dalam dunia persahabatan mereka. Mungkin nampak ganas dimata orang. Tetapi tidak bagi mereka. Mereka bukan bergurau dengan gurauan yang lembut.

Lelaki tersebut sudah terpacak dihadapan dia dan hanya melihat Kane Dennis tekun menepuk lembut bahu adik perempuan dia yang sedang lena diatas pahanya itu. Adiknya itu ibarat seorang anak kecil perlu didodoi dan ditidurkan setiap kali keadaan dia tidak stabil.

Lelaki itu tadi mengambil sebuah kerusi meja solek dan meletaknya berhadapan Kane Dennis yang duduk di lbirai katilnya tersebut. Lelaki itu membalikkan kerusi tadi dan duduk diatas kerusi tersebut dengan kedua tangannya di tongkat disisi belakang kerusi kayu jati itu.

Sejak dia melihat wajah bersih gadis muda itu siang tadi dia seakan tertarik. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Selama ini dia tidak tahu mengenai adik perempuan sahabat baiknya itu. Dia hanya mendapat tahu Kane Dennis mempunyai dua orang adik kembar.

Lelaki.

Selain itu juga, Kane Dennis jarang bercerita mengenai perihal keluarganya secara terbuka. Walaupun mereka bersahabat baik tetapi tiada siapa yang berani membuka cerita berkaitan lelaki itu. Sedang dia asyik merenung gadis itu Kane Dennis berdeham kecil.

"Dah puas kau cuci mata dekat adik perempuan aku?"soalnya agak kasar.

"Nak aku cungkil biji mata kau sekali ke?"perlinya sinis.

Aura dingin Kane Dennis jelas terasa!

Lelaki itu mengabaikan sahaja ayat yang di lontarkan oleh Kane Dennis kepadanya. Tidak habis-habis lelaki berusia ini dengan sikap dinginnya. Sebab itu tiada seorang pun wanita yang berani mahukan dia. Bujang terlajak!

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now