BAB | 32

8.1K 656 54
                                    

"Kau memang gila! jantan tak guna!"pekik Nurra Danisa Lee.

Dia sudah tidak takut lagi untuk bersuara lantang. Mungkin dulu dia lemah dan tidak mampu untuk melawan. Tetapi tidak untuk kali ini. Dia akan pertahankan maruah dan harga dirinya. Walaupun nyawanya menjadi taruhan.

Begitu sakit dikepala dia menyengat tetapi dia tetap gagahkan diri untuk menentang lelaki iblis itu. Lelaki tersebut tidak wajar untuk dimaafkan. Terlalu banyak kejahatan dan dosa yang dia lakukan. Lelaki itu patut dihukum dan dimasukkan ke dalam penjara.

Panas hati Nurra Danisa mengingati peristiwa pahit itu.

"Kau bunuh kawan-kawan aku, kau seksa mereka dengan sangat kejam!"marah gadis tersebut.

Wajahnya berubah sedikit bengang.

"Wowww.."

"Tak sangka kau dah ingat balik kejadian tu?"Freddy tersungging jahat.

"Senang kerja aku.."semakin melebar senyuman lelaki tersebut.

Sangat menyeramkan.

Nurra Danisa yang mendengarnya pun perlahan-lahan mengesot ke belakang. Dia sudah tiada tempat hendak melarikan diri kerana keadaan dia yang semakin lemah akibat penyiksaan fizikal dari lelaki tersebut. Dia terdampar diatas lantai.

Gadis itu rasa bersalah dan sungguh berdosa apabila auratnya terdedah. Tiada lagi tudung sarung yang menutupi rambut dan kepalanya akibat perbuatan Freddy yang langsung tidak menghormatinya sebagai seorang muslim.

Lelaki itu kisah apa?

Dia seorang atheis dan tidak menganuti sebarang agama. Dia tidak mempercayai Tuhan.

Psiko!

Freddy semakin menggila apabila dia cuba untuk meleraikan tali pinggang diseluarnya. Pandangan matanya sangat tajam dan nafsunya mengganas apalagi melihat gadis yang dia gilakan begitu menggoda dimata lelakinya. Sudah lama dia mahukan tubuh itu.

"Kaa.. auuu.. nakk.. buatt.. apaa.. hahh?"suara Nurra Danisa tergetar-getar melihat perbuatan tidak elok lelaki itu.

"Aku nak rasa tubuh kau perempua, aku dah lama idamkan tubuh kau..."Freddy menjilat bibirnya sendiri.

Pelbagai fikiran kotor yang dia bayangkan saat ini. Mahu berduaan dan berasmara dengan gadis tersebut. Dia seorang lelaki gila seks sebenarnya. Sejak kecil lagi dia sudah terdedah dengan perbuatan jijik dan kotor itu. Hidupnya yang sosial dan penuh dengan maksiat.

"Lepaskan aku lah!"marahnya.

"Lets fun sayang.."Freddy mendekati gadis itu sedikit demi sedikit.

"Pergi! Pergi!"pekik Nurra Danisa kasar.

Dia memejam matanya tidak mahu melihat perlakuan tidak senonoh lelaki tersebut. Freddy semakin hampir kepadanya dengan sengihan nakal dan sangat jahat. Dia sudah tidak peduli apa pun yang berlaku dia harus melampiaskan nafsu batinnya itu.

Dasar iblis kau Freddy!

Tubuh langsing Nurra Danisa begitu menggiurkan dia. Walaupun gadis itu memakai pakaian cukup sopan. Tetapi pandangan mata Freddy yang tajam dapat menembusi pakaian gadis tersebut dan membayangkan bermacam-macam fikiran.

Namun, belum sempat Freddy melucutkan pakaian dan seluarnya kedengaran pintu bilik diketuk bertalu-talu. Bunyi ketukan tersebut membingkitkan telinganya. Dia mendengus kegeraman apabila ruang mereka diganggu. Cepat-cepat dia menarik seluarnya semula.

Dasar mengganggu orang nak berbuat maksiat aje!

Carutnya di dalam hati.

Padan muka kau Freddy!

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now