BAB | 12

14.1K 912 43
                                    

"Aku benci kau iblis! setan!"Nurra Danisa memukul dada Leo bertubi-tubi.

"Jangan datang dekat aku! tak guna!"gadis muda itu mengamuk semula.

Sekejap saja dia berkelakuan baik.

Lelaki tersebut mencengkam kuat pergelangan tangan si gadis. Tetapi masih lembut dan tidak ingin mencederakan gadis itu. Kerana Nurra Danisa sudah tidak boleh di kawal. Pergerakan gadis itu semakin ganas dan kasar.

Dia sudah seperti tidak mengenali lagi semua ahli keluarganya yang berada di situ yang sedang berkumpul. Mereka turut tersayat hati melihat keadaan cucu perempuan tunggal Daniell De yang sedang trauma itu.

"Hey, it's me.."pujuk lelaki itu lagi.

Leo Lev memanggilnya dengan nada lembut. Memujuk gadis muda itu. Namun Nurra Danisa semakin mengganas. Dia memukul dan menendang lelaki itu dengan kudrat yang dia ada. Entah mengapa kebenciannya terhadap lelaki semakin membuak-buat.

Matanya merenung merah mereka yang berada di situ. Sisa air matanya masih jeles kelihatan. Pandangan matanya kian kabur. Traumanya kali ini tidak dapat di halang lagi. Tidak semena-mena tangannya diangkat tinggi.

Barang tajam ditangannya tiada siapa yang perasan kerana dia telah menyembunyikan benda tajam tersebut sejak dari tadi. Baginya benda itu untuk menyelamatkan dirinya dari sebarang ancaman bahaya!

Arghh!

Leo Lev menjerit kasar, Nurra Danisa mencucuk gunting ke atas bahu kiri lelaki itu dengan sekuat hati! Dia membenamkan lagi anak mata gunting tersebut ke dalam menyebabkan lengan lelaki itu kelihatan sedikit terkoyak.

Darah merah mulai mengalir laju. Semua yang melihat keadaan tersebut tercengang! Mereka tidak menyangka Nurra Danisa bertindak seagresif itu, kelakuannya lebih dari sebelum ini. Gadis muda itu ketawa kuat dan tersedu-sedan menggigil menahan tangis melihat darah merah mengalir dari lengan lelaki itu.

Dia ketakutan, Nurra Danisa memeluk tubuhnya rapat ke dada. Dia sudah seperti kena rasuk. Pantas Denizz Lee mendapatkannya dengan segera. Gunting tersebut dicampak jauh oleh babanya dengan kasar. Tubuh kecil anak perempuannya dipeluk erat.

"Isa! Isa! tengok sini sayang, ni baba princess."seru Denizz Lee lembut.

Mendengar suara babanya, Nurra Danisa seakan terpujuk. Dia terus memeluk lelaki separuh usia itu dengan erat. Dia menghamburkan tangisannya didada bidang babanya. Lama-kelamaan, anaknya itu jatuh pengsan! Tubuhnya lemah-longkai jatuh melorot ke lantai.

"Hospital!"

"sekarang!"jerit Denizz Lee kepada semua orang yang berada disitu.

Masing-masing menjadi kalut. Nurra Danisa terus dikejarkan ke sebuah hospital.

Kane Dennis merawat luka sahabat baiknya itu dihujung sofa panjang. Tiga orang sahabat dia yang lain turut serta bersama-sama mereka.

Ketiga-tiganya hanya mampu berdiam diri melihat pertelingkahan kecil dua orang sahabat baik mereka. Ibarat anjing dengan kucing. Ada sahaja yang mereka gaduhkan!

"Aku dah cakap bro, trauma adik aku tu tak boleh dijangka, tapi kau degil juga kan? Pergi pujuk bagai!"ujarnya dengan wajah beku.

Lelaki itu mencuci luka dilengan sahabatnya tersebut dengan antiseptik sebelum dibalut kemas. Sesekali dia menekan dengan kuat kesan luka pada lengan sahabatnya itu. Biar dia rasa sakit! Nak jadi hero sangat kan?

"Auch! sakit lah bahlul, perlahan sikit boleh tak?"pekik Leo dihadapannya.

Kane Dennis peduli apa!

Leo menjuih bibir tanda tidak puas hati. Ikut suka hati aku lah nak jadi hero pun. Jelingnya tajam.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now