BAB | 39

8.3K 615 34
                                    

WARNING!🔥
Read on your own risk. ❌
Torture 1. 🛠

Setelah berjam-jam lamanya mereka pun tiba di Malaysia. Tempat utama yang menjadi persinggahan mereka adalah dimarkas Denizz Lee. Dikawasan hutan dan agak terpencil dari bandar. Kane Dennis menggunakan helikopter peribadi datuknya.

Kawasan hutan itu merupakan tanah milik Denizz Lee dan dijadikan sebagai markas untuk menjalankan kegiatan sisi gelap keluarga mafia itu. Mereka mengangkut Freddy ke situ yang masih tidak sedarkan diri itu. Mereka yang menceroboh dan menyerang.

Rumah keluarga musuh mereka itu.

Sudah tentu Kane Dennis ditemani oleh salah seorang sahabat baiknya iaitu Leo Lev jejaka Rusia yang misteri itu. Dua orang sepupunya dan seorang sahabat mereka Ian Vijay tidak turut sertai ke Itali sewaktu menjalankan misi mereka.

Itupun atas arahan Daniell De.

Dia meminta ketiga-tiga jejaka itu hanya duduk di Malaysia. Soal musuh tradisinya tersebut Kane Dennis dan Leo yang akan selesaikan. Ternyata mereka sangat cekap mengendalikan musuh. Si abang sudah tidak sabar untuk membalas dendam kesakitan adik perempuan dia.

Dia akan membalas semua perbuatan Freddy untuk adik perempuannya Nurra Danisa Lee. Freddy masih tidak sedarkan diri dan dicampak masuk ke dalam bilik besi. Kau tunggu nasib kau kemudian. Tapi sebelum itu kau akan saksikan penyiksaan mak kau.

Jantan tak guna!

Kane Dennis mengutuk jahat musuhnya itu.

Sudah pasti datuk dan babanya juga akan turut menghukum lelaki tersebut. Bukan dia tidak tahu datuknya seorang yang sangat kejam dalam menyiksa dan membunuh musuh-musuhnya. Jika keluarga mereka diganggu Daniell De tidak akan berdiam diri.

Dia akan turun padang.

Walaupun usianya sudah begitu tua dan Sufi Mariam Lee sering-kali risau akan kesihatan dia. Tetapi Daniell De masih lagi dalam dunia mafianya itu. Mana mungkin dia meninggalkan sisi gelapnya. Mujur isterinya seorang yang sangat memahami.

Cuma dia bertindak apabila keluarga dan organisasi mafia dia diganggu. Dia membunuh dan menyiksa mereka yang mencari onar terhadap kehidupan mafia tersebut. Selagi dia dan keluarganya tidak diapa-apakan dia tidak akan membunuh manusia lain.

Splashhh..

Satu baldi air disimbah ke seluruh tubuh Freddy oleh anak buah Denizz Lee. Dia agak terkejut dan mencelikkan matanya. Apabila sudah sedar dia mengibas-ngibas kepalanya yang basah kuyup itu. Apa sudah jadi? Siapa pula yang menyimbah dia dengan air?

Kurang ajar sungguh manusia itu.

Marahnya di dalam hati.

"Bangun pun kau! amacam sedap tidur?"soal satu suara garau.

Freddy memandang tajam orang itu.

"Kau siapa? apa yang kau dah buat dekat aku?"tanyanya agak bengang.

"Well, kau tak perlu tahu siapa aku. aku yang culik kau.."Lelaki itu tersenyum senget.

"Kaa.. uuuu.."Freddy sudah seperti dapat mengecam lelaki tersebut.

Daniell De Vazquez.

Ya.

Dia kenal orang itu musuh tradisi keluarganya. Dia baru menyedari setelah mengenal pasti wajah itu dengan teliti. Kerana selama ini dia hanya melihat dimedia dan bukan secara bertentang mata. Namun, dendamnya tidak pernah padam terhadap lelaki itu.

Daniell De tersenyum sinis.

"Good! kau kenal pun aku siapa kan? jadi aku malas nak bercerita panjang, buang masa dan tenaga aku aje sebab tu mari kita mulakan perhitungan diantara kita.."Daniell De bersuara.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now