BAB | 44

8.3K 635 20
                                    

Jarum jam menunjukkan pukul 6 petang. Kedengaran bunyi lonceng pintu utama rumah ditekan berulang-kali. Kelima-lima jejaka itu rancak berbual sambil bergelak ketawa. Entah apa yang riuh sangat sampai terdengar ke dalam rumah.

"Ni mesti budak-budak ni.."omel wanita tersebut.

Langkahnya terhenti apabila hendak ke ruang dapur membantu mereka yang lain memasak untuk hidangan makan malam nanti. Kebetulan wanita itu baru sahaja dari tingkat atas menjenguk Nurra Danisa untuk seketika.

Gadis itu memintanya untuk menemaninya di dalam bilik menonton kartun. Semua orang di dalam rumah mewah itu memanjakannya. Melayan segala karenah dan perangai Nurra Danisa Lee. Memandangkan dia sahaja satu-satunya cucu tunggal perempuan.

Wanita tersebut menuju ke ruang pintu utama rumah mewah milik birasnya Denizz Lee. Wanita itu merupakan Leayyen Nadrea isteri tercinta kepada Denillio De. Anak mereka seorang sahaja iaitu Rayyan Firdaus. Anak tunggal mereka.

Daun pintu dibuka membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tersebut.

"Mom.."sapa Rayyan bersama sengihan nipis.

"Baru balik?"soal wanita itu sopan.

Dia terhidu bau sedikit hanyir dari mereka berlima. Rasanya Leo dan Ian tidak tersenarai tetapi budak bertiga ini mesti baru sahaja menyiksa musuh mereka. Wanita itu sendiri maklum mereka dari golongan keluarga mafia.

Oleh sebab itu, dia sudah lali.

"Ya mak ngah.."balas Kane.

Walaupun wanita itu merupakan isteri kepada paksunya Denillio De tetapi mereka memanggilnya dengan panggilan mak ngah. Memandangkan mereka tidak mempunyai mak ngah hanya ada maksu mereka. Wanita itu pun tidak kisah janji mereka bahagia.

Hahaha..

Namun, mereka terlupa satu perkara.

"Isa mana?"soal anak kepada birasnya itu Kane Dennis De.

"Isa dekat tingkat atas, dari tadi asyik merungut cari kamu Kane. Jenuh juga mulut mak ngah ni nak menjawabnya.."beritahu wanita itu sambil tergelak kecil.

"Ya ke mak ngah? Isa ada marah-marah tak?"tanyanya ingin tahu.

Kadang-kala mood adik perempuannya itu tidak boleh dijangka. Jika dia mahukan abang sulung dia akan berkeras sehingga Kane muncul dihadapan matanya. Pernah sekali sewaktu dia sedang bermesyuarat dipejabat. Belum sempat dia berucap mamanya telefon.

Mamanya menyuruh lelaki itu segera pulang ke rumah. Nurra Danisa mengamuk mahukan dirinya. Mujur waktu itu, sidang mesyuarat mereka dipejabat tidak ada urusan penting. Cuma membentangkan laporan mingguan masing-masing.

"Tak ada pula cuma Isa tanya bila Kane nak balik, dia tercari-cari kamu lah tu.."jawab wanita tersebut dengan ramah.

Mereka yang lain hanya menayang riak muka bersahaja. Faham situasi itu.

Setelah menanggalkan kasut masing-masing. Mereka masuk ke dalam rumah. Badan terasa lenguh dan penat kerana tenaga mereka habis digunakan untuk menyiksa manusia durjana itu. Keluarga mereka sudah bebas dari musuh yang licik dan gila tersebut.

Freddy sudahpun mati!

Kumpulannya juga sudah musnah dan hancur ditangan Daniell De. Tiada apa lagi yang tinggal.

Sebelum anak-anak buah Denizz Lee membakar mayat Freddy. Leo dan Ian menembak tubuh lelaki itu sehingga tiada lagi tersisa nyawanya untuk hidup. Mereka hanya menggunakan senjata. Malas hendak menggotorkan tangan mereka dengan darah.

"Kane!"jerit Nurra Danisa dari atas tangga sebaik sahaja melihat kelibat abang sulungnya itu.

Pantas dia berlari anak mendapatkan si abang. Ingin dipeluk tubuh itu kerana rindu. Belum sempat dia memeluk tubuh tegap si abang Nurra Danisa terhidu sesuatu yang menyenget deria baunya. Kepalanya mula berpinar dan dia terus jatuh ke lantai.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now