40.0 : Pelan Pemindahan

27 3 0
                                    

HARI yang di tunggu-tunggu telah tiba. Hari ini, pihak ROSCOSMOS dan juga agensi NASA akan memberikan kata putus samada mereka akan melepaskan kru-kru ISS ke stesen angkasa negara masing-masing ataupun dipanggil pulang ke bumi. Mesyuarat ini penting bagi menentukan nasib kru-kru ISS yang kini sedang menumpang di stesen angkasa YOUSHÉNG milik negara China terbabit. Hampir kesemua kru-kru ISS berkehendakkan untuk berada di stesen angkasa masing-masing sehingga menunggu keadaan di bumi reda.

Mesyuarat yang diadakan secara tertutup itu menghimpunkan beberapa agensi angkasa negara-negara yang terlibat termasuklah ROSCOSMOS, NASA, ESA, CNSA, MYSA, KARI dan juga JAXA serta beberapa negara ahli yang lain. Buat pertama kalinya, agensi angkasa China (CNSA) dilibatkan secara langsung sejak diharamkan daripada terlibat dengan ISS pada tahun 2011 yang lalu. Negara China akhirnya dilibatkan secara langsung dalam kerjasama pelbagai hala sebagai pengiktirafan kepada bantuan yang diberikan kepada kru-kru ISS berkenaan oleh stesen angkasa milik negara terbabit.

Dalam mesyuarat ini juga, mereka akan membincangkan secara strategik bagaimanakah caranya untuk menghapuskan makhluk yang telah memakan nyawa sehingga beratus-ratus orang individu di dua negara setakat ini. Terdapat beberapa cadangan seperti membina penempatan di bahagian bawah bumi, mengadakan sekatan perjalanan kepada seluruh rakyat di negara terlibat dan ada idea yang lebih ekstrem iaitu membunuh makhluk berkenaan dengan sinaran radiasi.

***

Selepas dua jam mesyuarat berlangsung, akhirnya satu kata putus telah diambil. Kru-kru ISS yang sedang menunggu di hadapan skrin paparan komputer menunggu dengan sabar tentang apakah keputusan akhir agensi. Satu mesej yang dihantar daripada Baikonur Cosmodrome ke stesen YOUSHÉNG selamat diterima stesen angkasa berkenaan. Mereka membuka mesej berkenaan yang berbunyi :

     Dear all ISS crew,This is new information for you

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.


Dear all ISS crew,
This is new information for you. Today, we managed to discuss about your request to be transferred out from YOUSHÉNG Space Station to your country's space station.

After a long session of discussion, risk assessment and mobility of the crew, we've agreed to transfer all the crew to your country's space station.

Here the list of the transfer :

🛰Commander Andes Shkaplerov, Captain Yuskov Viktor and Alexander Sergie will be transfer to ZEMLYA Space Station.

🛰Flight attendant Marie Claire will be transferred to PATRIOT Space Station.

🛰Oliva Anastasia will be transferred to ELIZABETH Space Station.

🛰Akito Nakamura will be transferred to TEIKOKU Space Station.

🛰Park Han-gyeol will be transferred to BYEOL Space Station.

Awanama KosmosNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ