5.0 : Syarat

47 7 0
                                    

UNTUK kesekian kalinya, pihak kerajaan Malaysia telah mengetatkan lagi syarat semasa proses permohonan dan pengambilan untuk menjadi angkasawan negara. Selain mengambil kira tahap latar belakang pelajaran iaitu calon-calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya transkrip ijazah sarjana muda atau lebih tinggi.

Antara syarat ketat lain yang telah ditetapkan adalah calon yang memohon haruslah lulus pemeriksaan perubatan aero, kadar organ yang seratus peratus berada dalam keadaan optima, lulus ujian penglihatan tanpa ada sebarang masalah rabun jauh mahupun dekat, lulus ujian kecergasan tanpa ada sebarang masalah saraf tunjang mahupun sendi-sendi, dan lulus ujian kecerdasan emosi tanpa ada masalah tekanan perasaan, depresi (depression) mahupun penyakit cemas melampau ataupun kegelisahan yang teramat (Acute Anxiety disorder).

Sihat tubuh badan disini bukanlah bererti sihat  tanpa mempunyai sebarang masalah, malah, segenap perincian termasuklah kadar penglihatan, pendengaran, tiada sebarang masalah caviti di gigi atau kerosakan gigi dan lain-lain. Jika anda sudah lulus perincian fizikal ini, doktor akan menilai anda pula daripada aspek organ dalaman untuk mengesan sebarang kehadiran penyakit dan masalah dalaman dengan kaedah mengambil sampel darah, najis dan air kencing melalui teknologi perubatan yang terkini dan pintar.

Keupayaan dalam kerohanian (spiritual) serta kekuatan psikologi calon semasa berhadapan dengan situasi getir yang super ekstrem dan dapat melaksanakan tuntutan tugasan dalam situasi mencabar yang bertekanan tinggi seperti kaedah pengemparan di angkasa, kaedah eksperimen dibawah mikro graviti atau graviti sifar, kaedah kadar denyut nadi dan penerimaan sinar radiasi yang tinggi di angkasaraya dan juga kaedah aerochamber turut dilakukan dengan bantuan teknologi kecerdasan pintar (AI) yang terbina.

Seorang angkasawan yang bakal mewakili negara kelak juga seharusnya mempunyai latar belakang kehidupan yang cemerlang. Sejarah kehidupan mereka akan diperiksa dan diteliti secara menyeluruh dan mendalam untuk memastikan mereka tidak pernah terpalit dalam sebarang gosip, kontroversi mahupun cerita-cerita yang tidak elok didengar dimata masyarakat mahupun kerajaan. Sokongan daripada ahli keluarga juga merupakan satu nilai tambah kepada pencarian angkasawan negara yang ideal.

Dengan kata lain, mereka sedang mencari seorang rakyat Malaysia yang boleh dikatakan 'hampir sempurna dari segenap aspek'. Hanya calon-calon yang terbaik daripada segenap aspek akan dipilih dan layak untuk menjadi wakil negara ke angkasaraya. Ini kerana misi menghantar manusia ke angkasaraya dan stesen angkasa antarabangsa khususnya adalah suatu misi yang bukanlah murah mahupun mudah, malah ianya merupakan satu misi yang teramat mahal kosnya selain berisiko tinggi jika berlaku sebarang kesilapan yang kecil sahaja.

Tidak dapat tidak, calon-calon ini wajib menjalani satu skim latihan rejim yang sangat ekstrem selama setahun di Rusia, Khazakstan mahupun di Houston, Amerika Syarikat bagi membiasakan diri dengan keadaan super ekstrem dan prosedur peringkat pemilihan akan dilaksanakan melalui 10 peringkat pemilihan berbeza yang kesemuanya merangkumi pelbagai aspek rentas fizikal, mental, spiritual, kerohanian, dan juga aspek diet pemakanan dan kesihatan. Skim latihan ini telah dirangka semasa berlangsungnya sesi latihan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2006 sehingga 2007 yang lalu.

Secara dasarnya, kesemua ini akan mengguna pakai skim prosedur operasi standard (SOP) bagi modul-modul latihan rejim yang sedia ada ketika pengambilan angkasawan pertama negara pada tahun 2007 yang lalu dan akan digunapakai kembali semasa pengambilan angkasawan kedua ini. Namun, akan terdapat sedikit penambah baikkan dan pindaan terutamanya dari segi modul latihan, rejim diet serta kemampanan teknologi stesen angkasa itu sendiri mengikut peredaran zaman seiring keampuhan teknologi yang lebih pesat membangun pada masa kini dan masa akan datang.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now