7.0 : Akhirnya

52 7 0
                                    

"Nora, nanti lepas habis kerja, Nora terus balik yer. Ibu nak dinner sama-sama dengan Nora. Ibu ada masakkan makanan special untuk Nora hari ini. Jangan lambat tau," pesanan ringkas daripada Aunty Anne untuk Nora Yuhanis. Nora Yuhanis mulanya agak suspicious dengan tingkah laku hanya membiarkan sahaja, dan menganggapnya sebagai makan malam yang biasa sahaja.

"Mungkin birthday budak-budak jagaan ibu kot. Tu yang ibu masak lebih," getus hatinya untuk menyedapkan hati. Ibunya, Aunty Anne mengambil upah untuk menjadi penjaga kepada beberapa orang anak jirannya yang bekerja pada waktu pejabat sebagai mengisi masa lapang yang ada selain dapat membantu meringankan beban jiran-jiran tetangganya. Aunty Anne akan menetapkan anak-anak jagaannya mestilah berusia dalam lingkungan 1 tahun sehingga 5 tahun, dan bayaran kebiasaan dikira sebanyak RM250 sehingga ke RM350 sekepala untuk tempoh sebulan, lebih rendah berbanding market price di pusat jagaan swasta berbayar di lokasi kotaraya terbabit yang terkadang boleh mencecah sehingga ke harga RM800 hingga ke RM1,000 sekepala.

Seusai sahaja selesai tugasan di hospital, Nora Yuhanis memecut kenderaan Proton X50-nya yang berwarna merah menyala itu terus pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana seperti yang dipinta oleh ibunya. Sampai sahaja di hadapan pintu pagar rumahnya, ibunya telah setia menunggu di pintu utama rumah, dan Nora Yuhanis terus mengukirkan senyuman dan mencium tangan ibunya.

"Ayuh masuk. Kita dinner sama-sama," Aunty Anne hanya tersenyum.

"Ada apa ni ibu? Masak makanan special ni, ada birthday anak jagaan ibukah?" Nora Yuhanis menyoal ibunya sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi jati berhadapan meja makan terbabit.

"Ishh bukanlah. Duduk dulu. Nanti kita cerita. Nah, ceduk nasi ni. Ada macam-macam lauk ni. " ujar Aunty Anne sambil membuka tudung saji. Ada lauk pauk seperti Ikan Siakap masak tiga rasa, Ayam masak lemak cili api & sayur cendawan campur.

"Cerita? Cerita apa tu ibu? Banyaknya lauk. Siapa nak makan ni banyak-banyak?" Sambil menceduk lauk-pauk yang tersedia di atas meja makan malam tersebut. Memang sudah menjadi tradisi keluarga kecil Aunty Anne ini untuk makan malam seawal pukul 6 petang.

"Ibu sudah beri lauk-pauk kepada jiran-jiran kita, usah risau. Ni pun, ibu ada benda special nak tunjukkan kat kamu. Ibu tahu kamu mesti suka ni," ujar Aunty Anne dengan loghat hokkien-nya yang sedikit pekat.

"Special? Special apa tu ibu?" Nora Yuhanis masih tertanya-tanya maksud di sebalik kata-kata ibunya.

"Nah. Ini surat untuk kamu. Kamu pasti suka punya," Aunty Anne menghulurkan sepucuk surat, kelihatan surat rasmi dengan kepala surat tertera jata negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

"Surat apa ni ibu?" Nora Yuhanis kelihatan agak terkejut sambil menyambut surat yang dihulurkan oleh ibunya.

"Pagi tadi, posmen datang hantar surat ni," ujar Aunty Anne sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Nora Yuhanis seakan-akan tidak percaya. Namun, dia berdebar-debar untuk melihat isi kandungan surat rasmi berkenaan.

Nora Yuhanis membaca isi kandungan surat sambil didengari ibunya, "Jemputan untuk Menyertai Larian ke Orbit 2. Adalah dengan ini, anda dijemput untuk menyertai acara Larian ke Orbit 2 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai memenuhi syarat kelayakan dan pemilihan Program Angkasawan ke-2 negara."

"Untuk memenuhi syarat kelayakan pemilihan, anda akan diberi masa kurang 25 minit bagi melengkapkan jarak 5.0 km larian. Acara pemilihan akan diadakan pada hujung minggu ini dan semua peserta diminta untuk hadir awal untuk proses mempersiapkan diri dan juga acara regangan pagi. Flag off larian akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi," Nora Yuhanis nyata teruja dengan kehadiran surat berkenaan. Setidaknya benarlah program Angkasawan kedua negara ini legit dan wujud.

"Alhamdulillah,  syukur," Nora Yuhanis menadah tangan sambil mengucapkan kesyukuran. Aunty Anne hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

"Dah. Habiskan nasi tu. Nanti boleh tatap surat tu sampai masuk ke dalam mimpi."

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now