CHP 13

1.1K 122 5
                                    

Alarm di handphone milik Amanda berbunyi. Mata perlahan di buka.

Jam tertera di skrin handphone nya dilihat.

8:30 a.m.

Mata digosok dan dia duduk atas katil. Mulut ditutup apabila dia menguap.

Hari ini hari terakhir mereka tiga beradik 'berkhemah' di rumah keluarga mereka. Petang nanti mereka harus pulang semula ke Academy Sport Highschool.

Amanda bangun dan pergi bersihkan diri di kamar mandi.

Selepas mandi, dipakainya t-shirt putih dan seluar track suit hitam. Santai jela duk rumah kan ak ala.

Rambut diikat tocang.

Dia keluar dari bilik tidurnya dan pergi ke bilik sebelah, iaitu bilik adiknya, Mikayla.

Pintu diketuk. Dia terus masuk apabila mendengar suara Mikayla menyuruhnya masuk.

" Eh eh awalnya bangonnnnn " Kata Amanda.

Mikayla yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer pandang tepi dimana Amanda sedang menuju ke arahnya.

" Aku tak tidur lepas subuh tadi memang la 'bangon' awal. Bukan macam kau lepas subuh kroh atas katil. Rezeki tak masuk tau tak? " Balas Mikayla.

Amanda angkat kening.

" Yang kau ni dah bebel macam Feen kenapa?"

" Ye erk. Anyways, cakap pasal Feen. Dah bangun belum dia?" Tanya Mikayla.

Amanda jeling mata ke atas.

" Ko tanya buat apa. Memang matahari duduk kat garisan khatulistiwa baru bangun kakak kau sorang tu"

Mikayla mengikat rambutnya menjadi messy bun .

" Kau pergi la kejut Feen, aku nak turun tolong bonda masak. Feen dengan kau bab bangun tidur dia senang sikit" Tukas Mikayla sambil berjalan keluar dari bilik.

Amanda berlalu ke arah bilik Hazel yang berada di sebelah kiri biliknya.

Tak ketuk pintu dah, terus masuk. Kalau ketuk sampai raya haji tak buka lagi pintu.

Nasib baik tak kunci. Pintu dibuka perlahan dan dilihat si kakak yang sedap betol berselubung dengan selimut atas katil.

" Ya ampun... tidur terlajok buas nya "

Punggung Hazel di tampar.

Tak jalan.

" Feen... Tashfeen!"

Tiada respond.

Amanda cekak pinggang. Perlahan bibirnya didekatkan ke telinga Hazel yang sedang nyeyak tidur.

Nafas ditarik dan..

" Tengku Tashfeen Hazel....!!"

Bantal dibaling tepat terkena muka Amanda. Dia terkejut.

Tak sempat nak cakap apa-apa kena marah dengan Hazel.

" Apa dia?! Kau diam boleh tak. Aku nak tidur. Kacau aaa"

Amanda mula geram.

" Tengkorak kau, nak tidur sampai bila? Tahun depan? Bangun la Tashfeen! Dah pukul berapa ni. Kejap lagi nk gerak ASH dah"

Hazel mengeluh. Paling pantang tidurnya terganggu.

Dia bangun duduk.

" Keluar"

"Hah?"

" Takyah nak hah, keluar skang"

Amanda jeling si kakak dan keluar dari bilik.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now