CHP 28

772 80 8
                                    

Sebuah senyuman puas hati menghiasi bibir Tengku Laura apabila lauk-lauk kegemaran anak kembar tiganya sudah siap dimasak.

Dia mula mencari bekas Tupperware untuk mengisi tiga jenis lauk iaitu, Tomyam Kung, Ikan Siakap 3 Rasa dan Sotong Celup Tepung.

Ni orang kata gandingan mantap.

" Bonda masak ke?" Datang si putera bongsu entah dari mana.

Tengku Laura berpaling ke arah anaknya. Kepala diangguk.

" Yee, nanti Ayden tolong hantar dekat diaorg boleh kan?"

Dylan mencapai hirisan epal yang ada dalam piring kaca itu. Mendengar arahan bondanya terus di mengangkat muka.

" Lahh untuk budak tiga orang tu ke, dahtu kita nak makan apa? Ayden nak juga rasa tomyam bonda tu" Rungutnya panjang.

Tengku Laura gelak kecil.

" Kita pun lunch lauk sama je, bagi la diaorg merasa juga. Kesian tak boleh balik minggu ni, schedule penuh tau dua minggu ni. Tak lama lagi diaorg dah nak pergi tournament "

Kata si ibu sambil menyusun bekas Tupperware kesayangannya itu.

Dylan mengangguk sambil buat mulut 'o'.

" Tapi bonda, Ayden tak dapat kasi dekat diaorg lah. Ayden... hehe Ayden ada hal dengan kawan ni " Kata Dylan sambil tersengih sumbing.

Tengku Laura merenung anaknya itu.

" Hal apa pula ni Ayden? Asyik keluar je. Haa alang alang nak keluar tu pergi la singgah Acy sekejap, takkan tak boleh kut"

Dylan tunduk.

" Alaa bonda, pleaseeeee.. Ayden sepatutnya dari tadi lagi dah gerak tapi bau masakan bonda mengusik jiwa terus datang dapur"

Mula dah ayat dia.

Tengku Laura menggeleng kepala melayan karenah putera bongsu dia sorang tu.

Lift terbuka dan Kasyaf melangkah keluar. Dia terus menuju ke dapur.

Terus bercahaya mata Dylan melihat abang sulungnya.

" Ian, kau tolong hantar makanan ni dekat budak budak tu eh? Aku ada hal.. chaw lu" Katanya senafas dan terus meluru ke arah Tengku Laura.

Tangan disalam dan terus keluar dari ruangan dapur.

" Eh eh banyak cantik.." Baru Kasyaf nak membalas Dylan dah cabut lari.

" Assalamualaikum byeeee!"

Tengku Laura mengambil beg plastik itu dan dihulurkan kepada Kasyaf.

" Ian takde hal nak buat kan? Tolong bonda ye? "

Kasyaf senyum dan menyambut huluran beg plastik itu.

" Boleh je bonda. Bonda nak kirim apa apa tak? Ian boleh singgah supermarket beli kejap" Tanyanya.

Tengku Laura berfikir.

" Tolong beli stock oreo dengan kinder bueno white dekat Irra dengan Feen. Bonda rasa dah habis dua kotak yang haritu"

Kasyaf mengangguk. Imun sangat dah dengan dua orang tu. Fan of biscuit 'mahal'.

" Ayya nak beli apa?"

" Ribena" Jawab si ibu.

Kasyaf hanya mengangguk menurut perintah.

" Dah.. pergi cepat nanti sejuk lauk dengan nasi tu. Tapi kalau sejuk juga suruh diaorg panaskan. Makan panas panas baru sedap "

Triplets T&NWhere stories live. Discover now