six

382 21 0
                                    

" kau tanya dah ke Faleeq Abbas ? " - Sumrah Aleena

" em , belum. " - Yasmeen Hannah

" lah engkau ni pun haih . Asal tak tanye ? " - Sumrah Aleena

" malas la aku, Faleeq tu suka cari pasal dengan aku. Nanti dia tuduh aku balik adalah " - Yasmeen Hannah

Sumrah Aleena hanya mampu berdiam diri saja. Kemudian anak matanya menangkap kelibat Faleeq Abbas yang kebetulan melalui kelasnya.

" FALEEQ !! tunggu jap ! " - Sumrah Aleena

" ye kenapa Aleena ? " - Faleeq Abbas

" awak ada nampak tak buku pengawas Yasmeen ? " - Sumrah Aleena

Yasmeen Hannah memunculkan diri dia di hadapan Faleeq Abbas dan Sumrah Aleena.

" tak nampak pun. " - tipu Faleeq Abbas

wajah Yasmeen Hannah kelihatan semakin resah. Kesemua rakan rakanya tidak mengetahui keberadaan buku itu.

" Hah itulah kau, benda penting letak merata rata. Dah hilang baru nak gelabah " - Faleeq Abbas

" wey jangan la marah dia Faleeq. Bukannya dia sengaja " - tegur Sumrah Aleena

" Tak la. Kalau dah tahu pegang jawatan pengawas kena make sure la everything perfect. Ni tak, haritu masuk kelas lambat , sekarang bagi hilang buku pengawas pulak. Lepas ni kau nak buat apa pulak ? " - Faleeq Abbas

bertubi tubi teguran kasar Faleeq Abbas ke Yasmeen Hannah. Di sisi Yasmeen Hannah pula, dia hanya mampu menahan takungan air matanya dari jatuh. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan lelaki yang selalu mencabar kesabarannya ini.

Namun, dirinya hanyalah insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Tanpa berkata apa - apa , Yasmeen Hannah berlari menuju ke tandas. Sumrah Aleena turut mengekori rakannya itu.

Perasaan bersalah serta merta menikam hati Faleeq Abbas.

" aku just nak usik dia je. tak sangka sampai nak nangis " - Faleeq Abbas di dalam hati.

Segala kejadian itu telah disaksinya. Tengku Faiz menyaksikan segala - galanya. Mengapa Yasmeen Hannah menangis ? Mengapa Sumrah Aleena kelihatan marah ? dan mengapa Faleeq Abbas kelihatan kecewa ?

" Faleeq Abbas tu confess dekat Aleena ke ? tapi kenapa Yasmeen Hannah menangis ? Adakah sebab dia suka dekat Faleeq tapi ditolak ? Adakah riak wajah kecewa Faleeq Abbas itu kerana Aleena menolak perasaannya ? " - bisikan hati Tengku Faiz

Tengku Faiz berasa susah hati. Entah kenapa juga dia tidak tahu. Mengapa dia risau Aleena menjadi milik orang sedangkan dia sendiri tidak memiliki apa - apa perasaan untuk sahabatnya itu ? Adakah sekadar atas perasaan takut kehilangan rakan baiknya itu ? Entah lah. Dia sendiri tidak tahu.

Hubungan Tengku Faiz dan Sumrah Aleena masih belum pulih.

Bahkan ketika diberi mereka tugas berkumpulan bersama, Aleena meminta kepada guru untuk menukar pasangannya atas sebab kurang selesa. Tengku Faiz yang melihat keadaan ini semakin sedih. Dia amat merindukan rakannya itu. Tapi, dia sendiri sudah buntu cara untuk memulihkan keadaan.

Namun sebuah kejadian pada petang tadi sedikit sebanyak merubah hubungan persahabatan mereka.

Jam menujukkan pukul 3:05 petang. Hujan tiba - tiba membasahi bumi. Sumrah Aleena hanya berseorangan ketika itu menunggu orang tuanya mengambilnya pulang berlari mencari kawasan untuk berteduh. Yasmeen Hannah sudah pulang lebih awal kerana dia mengatakan bahawa kepalanya pening. Hujan tiba tiba lebat lantas menyukarnya untuk membuka mata dan melihat jalan. Kanta kaca matanya sudah dipenuhi dengan titisan air hujan. Sumrah Aleena bagaikan pasrah. Dia hanya membiarkan dirinya dibasahi hujan.

" Awak ambik ni, keep it to you. Saya balik dulu " - Tengku Faiz

Jari jemari Sumrah Aleena tiba tiba dipegang oleh seseorang lalu dia menyedari bahwa dirinya sedang mengenggam sekaki payung

" eh jap , awak!! " - Sumrah Aleena

namun kelibat pemilik payung itu sudah hilang dari pandangan matanya.

" Faiz, seriously. You didn't need to do this to me. I'm not strong enough for this." - Sumrah Aleena di dalam hati.

Ya walaupun dia tidak dapat mengecam wajah pemilik payung itu, namun dia yakin itu Tengku Faiz. Dia mengenali suara itu.

t a k d i r  Where stories live. Discover now