twenty four

281 18 11
                                    

hari berganti hari , hampir seminggu sejak kejadian gelap bagi Tengku Faiz.Rahsia yang disimpan oleh keluarganya.Dia merasakan bagaikan dirinya tertipu.

dan sepanjang seminggu itu jugalah Aleena tidak menghadirkan diri ke sekolah. Ingin sekali dia bertanyakan kemana Aleena pergi , bagaimana keadaan Aleena sekarang , namun egonya yang tinggi menghalang dari berbuat sedemikian.

Faiz tahu dia bukan sesiapa untuk marah terhadap Aleena. Bukan juga sesiapa untuk tidak meredhai pemergian adik kembarnya , Tengku Nayraa. Tapi kenyataan bahawa Aleena bagaikan memyembunyikan fakta itu darinya membuatkan Faiz sedikit kecewa.

Faiz yang dulunya melihat Aleena dengan renungan mata yang penuh empati kerana kesihatan si dia yang kian memburuk kini berubah. Hanya dengan melihat gambarnya bersama Aleena sudah cukup membuatnya jijik.

Atau dengan erti mudahnya , Faiz sudah mula membenci Aleena.

Aleena pula di sisi lain , sedang menjalani rawatan susulan setelah menjalani sebuah pembedahan kecil. Beberapa hari setelah rahsia pembedahan antara dirinya dan Tengku Nayraa itu diketahui Faiz , kesihatannya kembali memburuk setelah hampir 6 bulan lebih membaik.

“ Aleena sayang , ni Mama ada belikan donut favourite Aleena ”

Puan Ameera meletakkan bungkusan plastik Dunkin Donuts yang berisi donut kegemaran Aleena di meja kecil bersebelahan katil.

Aleena hanya memandang lesu ke arah plastik itu . Matanya kembali mengarah ke arah tingkap. Hujan renyai di luar . Menambah suasana sendu di dalam bilik hospital

“ Aleena kenapa tak nak makan ? Aleena rasa tak sedap badan ke ? ”

Puan Ameera kian risau dengan keadaan anak perempuannya ini.

Jarang sekali Aleena menolak makanan.Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

“ Ma ... ”

meleret sekali kedengaran suara Aleena memanggil Mamanya.

“ Ya sayang , kenapa ? Aleena nak makan benda lain ke ? Mama boleh belikan ”

Aleena menggeleng kecil.

“ Aleena letih la Mama. Haritu doktor cakap Aleena dah nak sihat. Kenapa kesihatan Aleena makin teruk ni ma ? ”

Bergetar suara Aleena.

Puan Ameera bagaikan terkedu setelah mendengarkan kenyataan Aleena.

Hati ibunya tersentuh.

Andai Aleena tahu bahawa dirinya sendiri sebagai seorang Ibu juga luluh harapan melihat anak terlantar lesu di atas katil hospital dipenuhi wayar .

“ Tak la sayang , InsyaAllah ni kali terakhir sayang. Lepasni Aleena akan sihat , Mama yakin ”

Puan Ameera cuba untuk memberikan kata semangat untuk puteri kesayangannya sekaligus menyedapkan hati dirinya sendiri.

Namun kata kata itu dinafikan oleh Aleena

“ dari Aleena kecil Ma , Mama dengan Papa keep on repeating the same words. Ulang benda sama je. Aleena penat ma , penat sangat. Kan lagi bagus kalau Aleena tak buat that surgery. Faiz pun takkan benci Aleena macam ni. ”

Air mata Aleena yang ditahan kini laju merembes keluar. Dia terlalu letih . Terlalu banyak ujian buat dirinya.

Encik Zafwa dan Sayf Aaron kebetulan memasuki bilik hospital Aleena terkejut.

Aleena menangis teresak esak. Pertama kali Aleena berinteraksi menujukkan emosi setelah hampir seminggu berada di hospital.

Situasi sedikit reda. Puan Ameera menerangkan apa yang terjadi ke Aaron serta Encik Zafwa.

t a k d i r  जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें