twenty two

357 20 6
                                    

Kesemua pelajar tingkatan 4 dikehendaki berkumpul di Dewan Sheikh Siddiq.

Aleena bergerak meninggalkan kelas berseorangan bagi menuju ke dewan.

“ Eh Aleena , kenapa jalan sorang sorang je ni ? Yasmeen mana ? ” - Faleeq Abbas

“ Dengan tak bagi salamnya, aku cepuk jugak kang awak ni Faleeq ” - Sumrah Aleena

Faleeq Abbas tersengih sumbing lalu mengangkat kening sambil bertanya

“ So , mana Yasmeen ? ” - Faleeq Abbas

“ Ouh Yasmeen dia dah keluar awal awal lagi sebab dia bertugas sebagai MC untuk acara nanti ” - Sumrah Aleena

Faleeq Abbas mengangguk.

Mereka berdua berjalan bersama sehinggalah terdengar beberapa bisikan kecil dari mulut pelajar pelajar lain.

“ padan siot Aleena dengan Faleeq ”

“ seorang tinggi , seorang pendek , comel betul ”

Aleena yang menyedari bisikan itu lalu ketawa besar.

Faleeq yang berada di sebelahnya keliru dengan aksi rakan karibnya itu.

“ Awak ni dah kenapa Aleena ? Terlebih panadol yang tiba - tiba gelak ni ? ” - Faleeq Abbas

Semakin kuat tawa Aleena

“ Weh Aleena jangan macam ni. Saya takut la. Setan negara mana rasuk awak ni ” - Faleeq Abbas

Terdengar sedikit bergetar suara Faleeq.

Aleena menjinjat sedikit kakinya lalu merapatkan mulutnya ke telinga Faleeq.

Dari A hingga Z , Aleena terang ke Faleeq.

Faleeq Abbas yang tadinya kelihatan keliru akhirnya meletuskan tawanya.

“ Baru saya faham. Eeee taknak la saya dengan awak. Saya dah ada orang lain ” - Faleeq Abbas

“ habistu awak ingat saya nak sangat ke dekat awak Faleeq Abbas bin Abu Bakar ? ” - Sumrah Aleena

Mereka berdua ketawa kecil tanpa menyedari dua pasang mata yang memerhati kemesraan mereka berdua sejak tadi.

Aleena mengambil tempat di kawasan paling hadapan. Hal ini bagi memudahkannya mencatat dan mengambil maklumat yang diberikan guru sepanjang majlis itu berlangsung.

Selang beberapa minit , Yasmeen bergerak untuk duduk di kerusi MC yang ditempatkan sekitar tempat duduk Aleena. Aleena lalu menyedari mata sang rakan merenung kearahnya langsung melambaikan tangan.

Namun, lambaian tidak dibalas atau lebih mudahnya , dihiraukan.

“ Eh minah ni, memang tak nampak ke saja saja buat tak nampak ? ” getus hati Sumrah Aleena

Majlis itu ditamatkan setelah berada hampir satu jam lebih di dalam  dewan.

Aleena bergerak menghampiri Yasmeen untuk mengajaknya pulang bersama ke kelas.

“ Yasmeen,jom ah naik kelas sama sama ” - Sumrah Aleena

“ Kau pegi la naik dulu,aku ada benda nak uruskan lagi ni ” - Yasmeen Hannah

Keadaan dewan yang agak bising menyebabkan suara Yasmeen sebentar tadi tenggelam. Aleena yang tidak dapat mendengarnya meminta Yasmeen untuk mengulanginya.

“ Apa ??! Aku tak dengar la Yasmeen ” - Sumrah Aleena

“ ISH AKU KATA AKU BUSY LA. PEKAK KE ? ” - tempik Yasmeen Hannah

Dewan Syeikh Siddiq bagaikan dirempuh angin bisu. Kesemua pelajar yang tadinya sibuk bersembang dan berketawa terdiam tatkala mendengar tempikan si pengawas tegas, Yasmeen Hannah.

t a k d i r  Where stories live. Discover now