twenty one

327 20 2
                                    

Puan Merliesya serta Tengku Syed sudah tiba di restoran yang dijanjikan untuk mereka serta keluarga Aleena bertemu.

“ Awak rasa patut ke kita bagitahu Aleena pasal ni ? ” - Puan Merliesya

Risau juga dengan keadaan Aleena. Takut nanti dia terlalu terkejut sehingga mampu menjejaskan penyakit yang dialaminya itu.

“ insyaAllah tak ada apa apa. Kita doakan yang baik baik je ” - Tengku Syed.

Sejujurnya Tengku Syed juga risau akan Aleena. Aleena yang sudah dianggap bagai anaknya sendiri. Dia tak sanggup untuk terus berbohong dengan Aleena. Terlalu naif untuk dibohongi.

Puan Ameera serta Sumrah Aleena memasuki restoran itu. Mereka bergelak ketawa kecil dan aksi mereka menimbulkan sedikit rasa hiba di hati Puan Merliesya.

“ saya rindu dekat dia , awak. Kalau lah dia masih ada.... ” - Puan Merliesya

Kedengaran suara Puan Merliesya meleret kerana terlalu sedih.

“ takpa jangan sedih. Saya ada ni ” - Tengku Syed cuba menenangkan isterinya.

Puan Ameera dan Aleena menarik kerusi lalu duduk di meja yang telah ditempah oleh Tengku Syed.

“ Papa mana Aleena ? ” - Tengku Syed

“ Papa tengah jawab call someone tadi, nanti dia masuk ” - Sumrah Aleena

Selang seminit, Encik Zafwa menarik kerusi di sebelah isterinya. Lalu dia melabuhkan punggungnya disitu.

“ Order la dulu Zafwa, Ameera. Saya belanja harini ” - Tengku Syed

“ Eh takyah belanja belanja. Susahkan korang je ” - tolak Encik Zafwa

“ Saya yang ajak korang keluar. Saya lah bayar. Dah dah dont worry nanti saya akan tetap bayar jugak. Korang order la cepat ” - Tengku Syed

Setelah selesai memesan makanan, Tengku Syed membuka bicara.

“ Terima kasih sanggup datang malam ni Ameera, Zafwa. ” - Tengku Syed.

“ Aleena, pakcik nak tanya something boleh ? ” - Tengku Syed

Aleena mengangguk.

“ dulu dalam umur 4 - 5 tahun macam tu , Aleena ada ingat apa - apa tak ? ” - Tengku Syed

“ hmm jap Aleena try ingat ” - Sumrah Aleena

Tiba - tiba mata Aleena bagaikan dipenuhi sinaran cahaya putih terlalu terang. Sakit sekali. Namun kepedihan itu turut dirasai di bahagian dadanya. Apakah rasa ini

Matanya perlahan memejam namun akibat rasa sakit yang melampau, Aleena menjerit perlahan sambil menjenggilkan matanya.

“ Aleena ternampak sebuah lampu putih yang terang cucuk mata Aleena. And then bahagian dada Aleena pun sakit macam disiat. Tu je Aleena ingat ” - Sumrah Aleena

“ Ingat rupanya Aleena ya. ” - Tengku Syed

Tengku Syed tersenyum hambar.

Sumrah Aleena pula keliru dengan persoalan tiba - tiba oleh Tengku Syed

“ Saya tak sangka awak dah bersedia untuk bagitahu Aleena. Apa-apa pun, saya yakin ini adalah yang terbaik. ” - Encik Zafwa

Encik Zafwa tidak pulak diberitahu oleh Tengku Syed mahupun Puan Merliesya yang mereka bakal memberitahu Aleena tentang sebuah rahsia yang disimpan rapi hampir 10 tahun itu.

Aleena semakin keliru

“ ada apa ini ? Aleena tak faham ? Can someone explain ” - Sumrah Aleena

“ okay, Uncle explain. Aleena ready okay. ” - Tengku Syed

t a k d i r  Where stories live. Discover now