Bab 1:Yatim

339 12 0
                                    

Tanah perkuburan Al-Islam, Semua orang beransur pulang setelah selesai menguburkan Jenazah pasangan suami isteri itu. Tan Sri dan Puan Sri yang meninggal akibat Kemalangan jalan raya..Malangnya Pasangan itu meninggalkan dua orang anak yang masih remaja.

Tiara menangis sedikit di kubur Ibubapanya, Adiknya Ishraf diam saja masih terkilan dengan kematian mengejut itu. Baru semalam mereka sambut harijadinya yang ke 13, Sekarang dia dapat berita kematian ibubapanya pula.

"Tiara, Ishraf, Sudahlah tu..Yang pergi tu sudahlah,Tak baik menangis depan kubur,"Mak Ngah memujuk Anak-anak saudaranya yang kini bergelar yatim piatu itu.

"Mari kita balik ya,"Pujuk Mak Teh pula.

Dua beradik itu bangun perlahan bersedia untuk tinggalkan kubur itu..'Mummy,Daddy Kami balik dulu,Semoga kalian tenang disana,'.Mereka keluar tinggalkan kawasan perkuburan itu.
*
*
Majlis tahlil dibuat di rumah Hajah Sakinah, anak-anak Hajah Sakinah ada 5 orang,kini menjadi 4. Tan Sri Haikal iaitu anak ketiganya bersama isteri pergi menghadap Ilahi. Dua cucunya yang menjadi yatim piatu dipandang, Sejak balik dari perkuburan dua beradik itu asyik berdiam diri, tak nak makan, tak nak bercakap dan asyik berkepit berdua. Dia faham keadaan dua beradik itu, Mereka tak pernah terpisah dari ibubapa mereka,sejak kecil ibubapa ada depan mata.

"Tiara,Ishraf mari kita makan nak?. Kalian tak makan dari tadi lagi, nanti kalian sakit,"Kata Mak Long.

"Jom, kita makan sikit ya,"Mak Ngah turut memujuk.

Dua beradik itu bangun saja mengikut Mak saudara mereka. Hajah Sakinah mengeluh saja.

"Puan,"

Hajah Sakinah toleh melihat En Kamil, iaitu pembantu peribadinya bersama seorang lelaki.

 "Ini Tan Sri Thoriq,dari Perwira Cooperation,"En Kamil kenalkan.

"Assalamualaikum Puan, Saya rakan kongsi Haikal..Kami sudah lama bersama dalam dunia perniagaan ni. Saya ucapkan takziah atas kehilangan ini,"Tan Sri Thoriq tunduk simpati.

"Terima kasih Tan Sri,"

"Tak perlu ber-Tan Sri dengan saya Puan,Saya dah anggap Haikal seperti abang saya sendiri. Dia banyak bantu saya dan syarikat saya..Saya terhutang budi padanya,"Tan Sri Thoriq senyum sedikit. Dia toleh lihat dua beradik di meja makan itu.

"Kamu kenal dengan dua beradik itu?,"tanya Hajah Sakinah.Tan Sri Thoriq senyum.

"Mereka seperti anak-anak saya, Isteri saya pernah jaga mereka sejak kecil..Sejujurnya saya terkilan Haikal pergi dengan cepat, Baru semalam kami berkelah bersama satu keluarga, sambut harijadi Ishraf di pantai. Dia selalu cerita pada saya yang dia nak anak-anaknya sentiasa gembira, sentiasa senyum tanpa fikir masalah. Dia juga cakap pada saya supaya tolong tengokkan Tiara dan Ishraf jika apa-apa jadi pada dia. Dia bagai tahu saja yang dia akan 'pergi',"Tan Sri Thoriq mengeluh. Hajah Sakinah turut tunduk.

"Apapun terima kasih kerana sudi hadir,"Hajah Sakinah senyum cuba untuk tidak sedih. Tan Sri Thoriq mengangguk.

En Kamil iring tetamu pergi, Hajah Sakinah mengeluh...

'Haikal,Tania..Kalian pergi terlalu cepat,'


OVERprotectiveWhere stories live. Discover now