Bab 31 Gym

49 6 2
                                    

BUK!..BUK!..BUK!.

Ishraf menumbuk punching bag di hadapannya.Itu cara dia release tensionnya...Sebaik saja pulang dari kerja terus dia datang ke Gym ni. SM Gym, Sebuah Gym persendirian yang terletak di rumah kedai. Jarang datang sini sebenarnya sebab dia dah ada mini gymnya sendiri..Tapi kali ni dia pilih untuk berada di gym itu.Dia sewa satu bilik untuk dirinya saja.

Dia masih marah dengan kejadian tadi.Kakak keluar dengan lelaki tu..Ingatkan lelaki tu dah give up,rupanya tak lagi.Teringat perbualannya dengan Wahyu 2 minggu lepas.

Saya cintakan Tiara, Saya akan buat apa saja untuk miliki dia,

BUK!.
Ishraf tumbuk punching bag itu bagai lelaki itu ada di hadapannya sekarang..'

'Senang je kau cakap kau cintakan kakak aku,Kau tak layak kau tau tak!

Jadi lelaki yang bagaimana yang layak untuk Tiara?..Saya akan cuba jadi lelaki yang kamu harapkan untuk bersama Tiara.

BUK!.

'Kau berubahlah jadi sultan sekalipun aku tetap takkan terima kau!

BUK!

Layak atau tidak,itu bukan hak kamu untuk halang kami.

BUK!,BUK!.

'Ya ia hak aku!,Semuanya hak aku!..Kakak soulmate aku sejak dulu lagi. Muncul saja kau semua jadi porak peranda!.

BUK!

Semua tu tak menghalang saya untuk dapatkan Tiara...Saya akan buktikan yang saya layak jadi pasangan Tiara..Jika ada jodoh antara kami,kamu buatlah apapun kami tetap akan disatukan..Itu semua Allah tetapkan dan bukan kamu.

Ishraf mengetap geram teramat...'Jika ada jodoh'. Ya memang Allah tetapkan jodoh kita...Tapi dia paling benci dengar ayat tu!.

"Aku takkan senang-senang saja serahkan kakak aku pada kaulah!,"
Ishraf buat pusingan dan tendang punching bag itu kuat..Bergegar punching bag seberat 90Kg tu.

Ishraf tercungap-cungap kepenatan,berpeluh tubuhnya sekarang..Dia tarik nafas perlahan dan hembus.

"Tak pernah lagi orang tendang punching bag seberat 90kg tu sampai bergoyang..Kau satunya manusia yang berjaya buat begitu,"

Ishraf toleh pada Abang Shafiq yang asyik memerhati,Bila masa dia masuk?. Abang Shafiq senyum saja dekati..Dia lempar botol air yang dia pegang sedari tadi pada Ishraf.Ishraf sambutnya,dia minum rakus air itu hilangkan penat..Ah lega.

Abang Shafiq duduk di treadmill,dia juga pelanggan Gym ni.

Memandangkan dia berkawan baik dengan owner Gym ni jadi dia macam VIPlah di sini.

"So what happen bro?..Siapa lelaki malang yang dah kacau kakak kau tu?,"Abang Shafiq teguk airnya.Tahu dah dilema yang dihadapi oleh Ishraf tu..Sejak kecil lagi dia berkawan dengan Ishraf dan Tiara.

Daddy Ishraf dan Ayahnya berkawan baik jadi dia memang kenallah dua beradik ni..Lepas Daddy mereka meninggal,Ayah ambil dua beradik itu jadi anak angkat..Dia pun dah anggap Ishraf dan Tiara sebagai adiknya sendiri.Ishraf mengeluh keras.

"Lelaki yang tunggu masa untuk ditumbuk,"Ishraf masih geram.. Abang Shafiq senyum.

"Kesiannya abang dekat Kakak kamu tu,...Tak berpeluang nak cintai lelaki,"

"Kalau lelaki begitu tak payah nak berpeluang sangatlah!,Saya tak suka!,"Ishraf dekati Abang Shafiq dan duduk di treadmill sebelah.

"Siapa lelaki tu yang kamu benci sangat pada dia?,Musuh ketat kamu zaman sekolahkah apa ni?,"Abang Shafiq hairan.Ishraf berdengus.

"Tak payah tahulah,tak penting. Yang pasti saya tak suka lelaki tu,"

"Hm,jadi lelaki yang macam mana yang kamu suka?,Yang sesuai dengan kakak kamu tu?,"tanya Abang Shafiq.Ishraf diam.

"Kenapa?,nak masuk linekah?,"

"Boleh jugak,Abang dah lama berkenan dekat kakak kamu tu..Bagi kat abanglah ya,kitakan kawan,"Abang Shafiq sengih.

"Lawan aku dulu,"Ishraf jeling tajam pada Abang Shafiq.Lelaki tu ketawa saja tak lut dengan jelingan itu.

"Relaks bro aku gurau je,Tiara tu dah macam adik Abang jelah..,"Abang Shafiq tepuk bahu Ishraf..Ishraf mengeluh keras, Orang tengah hangat hati tak habis lagi ni boleh dia buat lawak pula.

"Oh yalah,Abang ada masalahkah?,"tanya Ishraf,Teringat yang proposalnya untuk buat majlis di hotel abangnya itu ditolak.

"Hm?,Masalah?..Masalah apa?,"Abang Shafiq buat muka hairan.

"Abang tahukan saya nak buat Majlis nanti,Hotel abang tu dah jadi tempat rasmi majlis ni..Tapi kenapa Vince cakap Abang tolak pula kali ni?,"tanya Ishraf.

Abang Shafiq diam..Dia mengeluh dan minum airnya sedikit.Berat dia nak katakan semua ni.

"Abang ada masalahkah?...Bagitahulah Ishraf mana tahu Ishraf boleh tolong,"

"No bro,Kamu ada majlis penting nak dibuat nanti,Abang tak nak bebankan kamu dengan masalah Abang..Biar Abang handle sendiri masalah ni,"

"Sekurangnya bagitahulah apa masalahnya,besar sangatkah?,"Ishraf pelik.Abang Shafiq diam sebentar..Dia raup mukanya sedikit.

"Hotel Abang nak bankrupt,"

Ishraf terkejut mendengarnya...Hah?!. Takkanlah,itu hotel 5 star kut,macam mana boleh nak bankrupt?!.

"Abang seriuskah ni?..,Hotel tu dah lama kut,kenapa tiba-tiba nak bankrupt?,"Ishraf berkerut tak faham..Abang Shafiq mengeluh.

"One of my Investor buat hal,dia tarik sahamnya dari hotel tu,Entahlah pening nak cakap ni...yang pasti Abang rugi banyak sangat. Lebih berjuta ringgit. Abang tak rasa hotel tu dapat bertahan dengan kerugian yang banyak tu. Nak bayar gaji pekerja pun rasa tak lepas,"Abang Shafiq tunduk kecewa.Ishraf diam dengar luahan itu.

"Uncle tahu tak pasal ni?,"tanya Ishraf.Abang Shafiq mengangguk.

"Dia yang suruh Abang tolak proposal majlis kamu..dia tak nak majlis tu terjejas dengan berita hotel abang nak bankrupt ni pula...Lagipun banyak wartawan akan hadir nanti...News will spread fast,"

Ishraf raup wajahnya tak percaya apa yang dia dengar..Inilah yang dia takut sangat jika Investor tiba-tiba tarik saham mereka kembali..Sebab tu dia pilih Investor yang boleh dipercayai saja.

"Siapa Investor tu?,Dan kenapa dia tarik sahamnya kembali?,"

"Entahlah,dia cakap dia jumpa hotel yang berpotensi lebih dari golden..Agak tak logik sebab dia boleh melabur banyak tempat..lagi banyak lagi bagus..Tapi kenapa dia nak tarik sahamnya dan tumpu sepenuhnya pada hotel yang dia cakap tu?,"

"Siapa orang tu?,"Ishraf ingin tahu..Abang Shafiq mengeluh.

"Datuk Yusoff,"

Ishraf terkedu mendengarnya..Datuk Yusoff?.

"Datuk Yusoff dari Grand Textile tu?,Abang berurusan dengan dia?,"

"Ya,semua cadar,tuala,sarung bantal di hotel tu semua dari syarikat dia,..Dah bertahun dia jadi investor abang sejak hotel tu buka lagi..Entahlah,Jika dia tarik saham tu semua akan dikembalikan..Nak pakai cadar apa nanti?..Yang bewarna warni bercorak tu?,"Abang Shafiq mengeleng..Jatuh Imej hotel 5 star jika begitu.

Ishraf mengetap,..Orang tua nak mampus tu lagi!. Suka sungguh dia buat masalah. Hotel apa yang orang tua tu nak laburkan tu?,Takkan hotel anaknya pula?...Takkan Wahyu tak tahu apa yang bapak dia buat?.

Tak,mesti lelaki tu tahu,Mesti mereka dah berkomplot bersama nak jatuhkan Abang Shafiq.

Botol air yang dipegang digenggam hingga kemik...Dia dapat rasa lelaki tu dekati kakaknya sebab arahan dari orang tua tu.
'Jika itu niat kau nak dekati kakak aku,memang aku takkan maafkan kau sebab dah permainkan kakak!,'

31 Ogos 2021

Extra bab sempena 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
*Next Chapter in Thursday(Insyallah)
*⭐⭐⭐⭐⭐

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now